S009 Permata999 sampai ke 485.

1. Kelas Permata telah sampai ke hari 485, 15 hari lagi melalui nisfu (separuh) yang dijadualkan. Ayat 93 sehingga ayat 105 Surah Am Mu’minuun, surah ke 23 di dalam Juzuk ke 18. Untuk pengetahuan, kelas ini tidak berlansung setiap hari, tetapi sekurang-kurangnya 4 kelas dalam seminggu. Pada awalnya ia lebih kerap, tetapi dengan kegiatan kelas tambahan dan saya menghadiri kursus, pada tahun ini bilangan hari seminggu semakin kurang. Bagaimanapun, bilangan akhir kelas ini masih ditetapkan pada 999 hari, atau anggaran awal lebihkurang 3 tahun.

2. Suka saya memetik tiga ayat untuk dikongsi bersama pembaca, iaitu ayat 104 sehingga 106, seperti berikut;
104. Api Neraka itu membakar muka mereka dan tinggallah mereka di situ dengan muka yang hodoh cacat.
105. (Sambil dikatakan kepada mereka): Bukankah ayat-ayatKu selalu dibacakan kepada kamu, lalu kamu terus-menerus mendustakannya?
106. Mereka menjawab: Wahai Tuhan kami, kami telah dikalahkan oleh sebab-sebab kecelakaan kami dan dengan itu menjadilah kami kaum yang sesat.

3. Sebagaimana yang diketahui, ayat-ayat Allah terdapat dalam dua kategori besar, iaitu ayat-ayat yang dimuatkan di dalam Kitab Al Quran, yang berjumlah 6,236 dan ayat-ayat dari Kitab Alam, yang tidak terkira jumlah banyaknya. Ramai yang sedia maklum kehadiran ayat-ayat Al Quran, tetapi jauh lebih ramai yang tidak tahu dan tidak mahu tahu adanya ayat-ayat Kitab Alam. Kehadiran ayat-ayat Al-Quran dalam bentuk tersurat sementara ayat-ayat Kitab Alam merupakan apa yang tersirat di dalam perancangan dan ketentuan Allah.

4. Sebagaimana Surah Al Fatehah menjadi pembuka atau pintu kepada Al-Quran, maka keseluruhan Al-Quran itu pula menjadi pembukaan atau pintu kepada Kitab Alam. Allah menerangkan di dalam Al Quran, bahawa segala kejadian yang berlaku di Alam ini, dengan diambil contoh penciptaan langit dan bumi, serta pertukaran malam dan siang, sebagai tanda-tanda atau ayat-ayat yang membuktikan wujudnya Allah dan kuasaNya. Ayat-ayat Alam inilah yang dirujuk sebagai Sunnah Allah dan Al Quran menjelaskan bahawa ianya tidak pernah dan tidak akan berubah mengikut masa. Lihat Bhg 3 Teori Darwin - Keadilan pada Pintu.

5. Di Bhg 16 Teori Darwin – Hukum garisan dan hukum halangan, saya cuba menarik perhatian kepada mendahulukan yang utama atau mengambingi kehadiran kedua kesan dari jenis ayat-ayat di atas. Malangnya Muslim seakan mendustakan kehadiran ayat-ayat Alam dan ini sangat jelas dapat dilihat kesan pendustaannya dari kemunduran di dalam segala bidang kehidupan di atas muka Bumi ini. Mereka lupa bahawa kehidupan di dunia ini adalah sebagai jambatan ujian yang akan menentukan kehidupan akhirat. Adakah dengan tidak mengambil ujian, atau menduduki bahagian kecil ujian, kita akan lulus ujian?

6. Terlebih lagi malang adanya yang angkuh dengan memperkecilkan dunia seraya berkata “Biarlah mereka menyibukkan diri dengan keduniaan, bahagian kita di akhirat”, setelah hanya melakukan segala suruhan tanpa mahu memahami untuk apa ia dilakukan. Mereka lebih mementingkan ritual dari cuba memahami tujuan melakukannya. Mereka terus melakukannya ibarat robot yang telah diprogram untuk membuat sesuatu, sehinggalah satu hari nanti meraka lenyap dari muka Bumi. Di akhirat kelak alangkah terperanjatnya mereka apabila mendapati di Dunia mereka terlalu asyik dengan duduk di pintu tanpa keluar medalami Kitab Alam.

7. Keredhaan dari Allah akan diperolehi apabila kita tahu mencari keizinanNya di Dunia. Keizinan melalukan sesuatu merupakan ujian kehidupan bagi menentukan kehidupan seterusnya. Jangan diimpikan mendapat keredhaan Allah sekiranya di Dunia tidak mengkaji dan berusaha memahami ilmu Allah yang ditulisNya di Kitab Alam. Segala-gala yang ada di Kitab Alam itulah SunnahNya atau CarakerjaNya, yang hanya Dia berikan kunci ghaib membukanya kepada sesiapa yang berusaha mencarinya. Sesungguhnya ayat-ayat Kitab Alam itulah Sunnah Allah dan sangat menentukan kehidupan di Dunia dan Akhirat.

S008 Barisan itu warisan.

Kereta lembu baru tiba di Kota Melaka. Bukan pilihan utama menaiki kereta lembu tetapi kerana kekangan semasa selalu membuatkan kita tak mempunyai pilihan. Tetapi awas jangan sampai kita tidak membuat pilihan kerana mahluk yang tidak membuat pilihan sebenarnya membenarkan mahluk lain membuat pilihan untuknya. Yang malangnya dia kemudian mengatakan dah suratan takdir. Dah ketentuanNya. Allah juga yang disalahkan akhirnya, walaupun dia yang membuat kesalahan tidak membuat pilihan. Jauh sekali membuat pilihan yang tepat. Kerana ilmu yang kurang se kolah.

Kota Melaka jatuh semasa pemerintahaan Islam kepada Protugis. Sayur orang Islam kalah bertanding pada sayur Ah Cheong (selalunya bukan Islam) kerana sebab yang sama. 500 tahun dijalah kini Melayu dah memerintah kembali. Malangnya adakah Melayu (yang selalunya Islam) mudah lupa diri atau tekanan pasaran hawa nafsu lebih menentukan halatuju kehidupan sendiri? Apakah Melayu perlu menjadi bukan Melayu untuk menyedari dan mempelajari apa yang telah berlaku? Kini susah payah Parameswara membangunan Kesultanan Melayu di Melaka, yang 100 tahun kemudiannya tersungkur kerana hambatan nafsu, nampaknya sedang berlaku lagi. Setelah 50 tahun merdeka dari susah payah pejuang kemerdekaan, isu cara kerja manusia mula menguasai nafsu penduduknya yang bergelar Melayu, kalau tidak Muslim.

Tahukah anda jarak antara masjid di Malaka adalah yang paling banyak hampir antara satu dengan yang lain, dan yang paling banyak umurnya di antara yang ada? Tapi isunya bukan masid di Melaka. Tetapi di msjid di mana tradisi lama telah dipecahkan. Bukan perlu dibaca dengan nada suka atau duka. Sokong atau bantah. Baca dengan akal yang berirama RAP, Ransangan Akal bukan Perasaan. Peringatan “ .. jangan menggunakan masjid untuk berpolitik”. Apakah politik sebenar terlalu kotor untuk dilaksanakan di masjid? Apakah politik itu bukan akhirnya menentukan kempimpinan? Bukankah kempimpinan itu sesuatu yang sangat asas kepada manusia? Sehinggakan “Aku ingin menjadikan seorang kahlifah (pemimpin) di muka bumi”.

Apa yang berlaku membuktikan siapa sahaja bermain (bukan berkerja atau beribadah) politik, caranya sama sahaja, sehinggakan mereka sendiri tahu ia tidak layak dikerjakan atau diibadahkan di masjid. Maka sebab itu barisan itu warisan. Barisan pemimpin dan barisan pembangkang telah memerintah Malaysia sejak kemerdekaan. Hanya selepas 50 tahun kematangan kedua-dua barisan nampak setara atau setanding. Dahulunya hanya catu tahu cara-cara kawin campur. Sekarang kedua-duanya dak tak tahan nafsu untuk berkahwin campur. Biarpun akidah yang berbeza. Biarpun apa alasan yang terpaksa dikemukakan untuk menghalalkannya. Kuatkan sedikit irama RAPnya.

Maka robohlah Kota Melaka. Angkara hasad dengki sesama bangsa. Bukan Portugis beberapa kerat yang datang itu kuat jasmaninya, tetapi rohani Melayu di Melaka yang terlalu lemah semangatnya. Ditambah semangat buluh runcing yang ditaufankan kepada jelata, Menyeru (berdoa) hanya mengiungatkan Allah menjalankan kerjaNya, tanpa mahu memahami seruan itu sepatutnya dihalakan kepada dirinya sendiri. 1 billion Muslim mengangkat tangan agar sea hawk tak meletup di Baghdad, 1 Bush diberikan keizinan menghancurkannya. Kehebatan Sunatullah berbanding saudaranya.

S007 Selamat memblog Dr M

www.chedet.com

Semuga hari-hari berlalu dapat dimanfaatkan dengan penulisan dari pengalaman lalu.

S006 Buku yang #3

Baru 2 bulan tak buat, dah bertukar pulak format WP, kena belajar baliklah nampaknya. Maaf ya gambar tak keluar.
<img src=”http://sharudin.files.wordpress.com/2008/05/buku03.jpg?w=800″ alt=”" width=”500″ height=”800″ class=”alignnone size-medium wp-image-200″ /

S005 Bulan Agama menjadi Sharudin.com

Salam semua

Mulai 1hb Mei 2008 blog ini beralamat sharudin.com

R69 Meniti warisan.

  1. #31 Pak_Din Says:
    March 9th, 2008 at 8:38 am

Salam semua Dah terkeno atau dah terlepas? Barisan adalah warisan. Nak mencari keadilan kena maarifatullah bukan membela parti.

  1. #29 Pak_Din Says:
    March 9th, 2008 at 8:43 am

Ada yang lebih zalim dari yang menindas sesama sendiri, iaitu mereka yang menindas diri sendiri kerana tidak mahu membuka minda melihat kebenaran, mengatakan kenal pada Sunnah Allah tetapi berjalan menentang arusNya. Khatamal Allahu ‘ala kulubihim.

  1. #27 Pak_Din Says:
    March 9th, 2008 at 8:46 am

Saya pula sekarang Ustaz berpegang kepada prinsip berurusan dengan Allah adalah jauh lebih mendamaikan dari berurusan dengan mahluk

  1. #24 Pak_Din Says:
    March 9th, 2008 at 8:50 am

Semuga kematian seseorang menjadi panduan kehidupan kepada yang masih hidup untuk mencari erti sebenar kehidupan. Kematian itu hanyalah bermulanya kehidupan yang lebih menyeronokan bagi mereka yang mengenal Allah.

  1. #29 Pak_Din Says:
    March 9th, 2008 at 8:56 am

Syabas Ustaz kerana berani menyatakan pendirian dan menterjemahkannya dalam kehidupan seharian melalui proses berniaga dengan Tuahan, bukan seperti kebanyakaan arus perdana yang mengharapkan makan gaji (dan kemudian termakan budi). Setuju benar sarananan Kak Ija (hi Kak Ija) makar perlu sentiada disesuaikan denga Sunnah dan Syariah Allah.

  1. #12 Pak_Din Says:
    March 9th, 2008 at 9:01 am

Pentingnya pengurusan kewangan atau ekonomi di dalam kehidupan adalah untuk memastikan kita tidak termasuk golongan suku Sunnah, kerana tidak berpegang teguh kepada Sunnah Allah dan hanya mengambil separuh sahaja Sunnah Nabi (meninggalkan bahagian ekonomi dengan hanya menyebukkan diri di bahagaian syariah yang lain).

  1. #33 Pak_Din Says:
    March 9th, 2008 at 9:05 am

Satu permulaan yang sangat baik untuk kita adalah menjadi manusia yang percaya. Bagaimanapun setelah benih percaya itu bercambah, ia mesti dibaja dengan pembuktian melalui proses pemikiran kritikal dan bersedia menjadi Ulil Al Baab selaras saranan AL Quran mengarahkan kita membaca Kitab Alam selepas membaca Kitab Al Quran.

  1. #9 Pak_Din Says:
    March 9th, 2008 at 9:11 am

Apa lagi perlunya kepada peniupan semangat, sekiranya kita sedar bahawa nadi jantung kita merupakan irama yang mengalunkan kalimah Allah yang Agung. Sudah pasti yang tidak suka irama RAP (Ransangan Akal bukan Perasaan) tidak akan sedar kehadiran irama nadi, walaupun setelah di taufankan (ditup dengan kuat) semangat padanya.

  1. #15 Pak_Din Says:
    March 9th, 2008 at 9:16 am

Ketidakadilan yang paling parah adalah apabila tidak dapat menyedari kesilapan diri sendiri dengan hanya terus mengikut arus perdana yang menyesatkan. Anda mempu mengubahnya bukan dengan hanya bersemangat pada mengundi di PRU12 tetapi mengambil kisah untuk mengundi pilihan yang ada di dalam diri. iaitu untuk percaya atau untuk fikir.

  1. #1 Pak_Din Says:
    March 9th, 2008 at 9:17 am

No comment

  1. #1 Pak_Din Says:
    March 9th, 2008 at 9:20 am

Satu parsa yang sangat perlu pengkajian mendalam, “because they were “born Muslim” from Muslim parents”.

  1. #1 Pak_Din Says:
    March 9th, 2008 at 9:22 am

Allahuma Solli ‘ala Muahammad dan ke atas keluarga dan umat Muhammad.

  1. #10 Pak_Din Says:
    March 9th, 2008 at 9:25 am

“Kita harus saling bekerjasama untuk membantu di antara satu sama lain dan kesilapan seperti kesilapan saya ini, jangan terus dianggap sebagai menghina sahabat Rasulullah SAW. Naudhubillah min dhaalik.” 100% sokongan.

  1. #28 Pak_Din Says:
    March 9th, 2008 at 9:28 am

“Bercakap biar bertempat” tapi bertuhan jangan bertempat. Sama-samalah kita belajar bahasa Allah, bahasa yang akan mendekatakan kita kepada Allah dan Sunnah Allah.

  1. #102 Pak_Din Says:
    March 9th, 2008 at 9:33 am

Sudah pasti sokongan hanya pada Islam bukan Muslim, pada Prinsip bukan pemegang Prinsip, pada Allah bukan yang mengaku mengenal Allah dab pada barisan pemerintah (kerajaan dan pembangkang) bukan penyokong parti. 

S004 Antara buku yang ada 2.

Testing .. aduh kecilnya. Kecil pun tak apa lah!

R68 SI 23-24/2/2008

1. #7 Pak_Din Says:
February 23rd, 2008 at 7:38 am
Manusia diberikan naluri mempertahankan apa yang dipercayainya. Artikel Ustaz sebelum ini mengukuhkan kenyataan itu. Tamadun manusa dari mulanya terbina atas dasar yakin kepada apa ayng dipercayai. Kebenaran Bumi mengelilingi Matahari hanya ditemui kurang 500 tahun sedangkan tamadun besar telah bermula 5000 tahun. Jadi walaupun kepercayaan manusia terhadap Alam itu salah, ia tidak menghindarnya dari mempercayai sesuatu dan melaksanakan yang dipercayai. Dan ini masih berlaku sekarang. Amerika yang mempunyai ‘amalan kelas satu kempen pilihan raya’ terdiri dari majority penduduk yang bergantung kepada kepercayaan. Mereka dialun irama kempen yang menyakinkan, walaupun apa yang dikempenkan tidak sepenuhnya kebenaran. Itulah yang selalu saya rujuk manusia suka dijaga hatinya bukan dijaga akalnya. Biar apa pun kebenaran yang ada, kepercayaan meyakinkan manusia untuk bertindak. Mereka merasakan bahawa kepercayaan mereka adalah kebenaran dan tidak mahu berusaha membuktikan kepercayaan mereka. Ini dibuktikan oleh 4500 tahun manusia percaya Bumi adalah paksi kehidupan sedangkan ia adalah bukan kebenaran.

2. #46 Pak_Din Says:
February 23rd, 2008 at 7:56 am
Lanjutan dari kenyataan bahawa manusia bertindak lebih banyak atas kepercayaan dan bukan kebenaran maka lahirlah pendapat yang sains sosial itu menggantikan syariah. Sudah pasti saya menyokong Ustaz bahawa bukan itu yang dilaksanakan. Ustaz mengahwinkan kedua-duanya, sebagaimana pentingnya kita menghawinkan atau synergikan Sunnah dan Syariah Allah. Saya lebih gemar merujuk sebagai Sunnah Allah (SA) dan Sunnah Nabi (SN). Maka kalau ada 3 cabang utama dalam beragama (SN) iaitu usuluddin/tauhid … maka kita mesti mengenali 3 cabagn yang sama di dalam SA, yang kajian tentangnya dirujuk sebagai ilmu sains. Saya melihat Pure Science sebagai Tauhid (bukti) dalam SA, sementara Usuluddin sebagai Tauhid (percaya) di dalam SN. Begitu juga dengan Sains Sosial boleh dianggap sebagai Syarak (bukti) di dalam SA, sementara Ibadah sebagai Syarak (percaya) di dalam SN. Setiap yang dipercayai mesti dibuktikan. Hanya apabila kita gagal memaksimakan penggunaan akal kritikal kita akan tidak dapat melaksanakan pembuktian.

3. #8 Pak_Din Says:
February 24th, 2008 at 1:12 pm
Sungguh tepat kata-kata Ustaz, pilihlah prinsip bukan orang yang melaksanakan prinsip. Pilih Islam bukan Muslim. Kerana semua Muslim dari pelbagai mazhab, kumpulan, manhaj dan sebagainya, mengatakan mereka adalah pejuang Islam di lisan mereka. Hasilnya ialah bercakaran, berperang dan berbalah kerana sudut pandangan dari kedudukan mereka ke arah Islam yang luas ini, terlindung akibat halangan, yang selalunya adalah perangkap adat, rabun pemikiran dan tuntutan nafsu. Selagi kita tidak memfokuskan kepada erti sebenar ‘Awaluddin maariful Llah’, kita akan sentiada keluar dari mulut buaya masuk ke mulut rimau dan keluar dari barisan masuk barisan lain.

4. #16 Pak_Din Says:
February 24th, 2008 at 9:37 pm
Semangat yang ditiup melalui slogan memang cepat maraknya, tetapi cepat padamnya secepat maraknya. Semangat yang diazamkan pemikiran yang waras, memerlukan jangkamasa panjang tetapi ia terus hidup lama dan susah nak terpadam. Laungan slogan hanya befungsi jangka pendek dan banyak mengundang bahaya dengan mencetusnya kemarahan pehak lawan. Sudah pasti ia tidak bersesuaian dengan akhlak mulia yang menjadi ukuran. Tanpa disedari kebanyakan slogan, yang merupakan juga sebuah doa dan harapan, hanya membuktikan yang menggunakan senjata tidak tahu apakah yang didoakan. “Hidup Islam, Hancur kezaliman …..” adalah sejagat sifatnya. Ia hanya menghancukan orang yang menggunakan slogan/doa kerana tidak mahu mengakui bahawa slogan itu boleh digunakan oleh dua-dua barisan. Fikir betul-betul siapa lebih Islamik, melihat ‘Islam tanpa Muslim di Paris (KL) atau Muslim tanpa Islam di Kaherah (Kota Baru)’

5. #32 Pak_Din Says:
February 24th, 2008 at 10:21 pm
Hai bang … Pakistan dah ada senjata nuclear, kita masih di tahap senjata no_clear. Jijik kalau kalah. Hakikatnya demokrasi itu yang membuatkan ramai Paki terpaksa jual karpet di sini. Jadi kalau menang nanti, kita harapkan ramai Melayu di Medan! Atau kerana Paki itu Islam kita bagi makan sajalah mereka. Kuasa di Pakistan dan Bangladesh (dulu Pakistan) semua turun temurun, ipar duai. Dua tahun saya merenatau di sna, simpang malikat 44, janganlah jadi macam di sana.

R67 Respond to SI 21-22/2/2008.

1. #35 Pak_Din Says:
February 21st, 2008 at 7:09 am
Pada saya mengikur sunnah Nabi itu bukan mengikut bahasa pertuturannya atau jubah dan serbannya, tetapi konsep kehidupan itu. Sebagai contoh Nabi berekonomi dengan berniaga dari berumur 15 - 40 tahun, iatu yang hendak perlu ditekankan kepada msayarakat kita supaya mengutama aktiviti perniagaan kerana ia 90% dari punca rezaki. Kemudian apa yang hendak diniagakan pun, janganlah ingat dengan jual kurma sahaja ikut sunnah Nabi. Forex juga adalah perniagaan. Isunya bukan bahasa yang menjadikan Muslim tak menguasai sains dan teknologi tetapi sikap. Kopi hitam pahit saya punya!

2. #7 Pak_Din Says:
February 21st, 2008 at 7:44 am
Allah yang Maha Adil itu pun pernah dituduh tidak adil oleh manusia, apatah lagi kita sebagai manusia. 1/3 yang kalah PRU sudah pasti mengatakan ia satu keputusan yang tidak adil dan kemudian mencari sebab untuk menyokongnya. Dan yang menyatakan bantahan mungkin segelintir dari 1/3 tadi. Dalam pada susah untuk meningkatkan kepekaan rational, sudah pasti kita terpaksa meningkatkan kepekaan emotional hanya kerana jangkaan ada hikmah disebaliknya. Jadi, apakah perlu kira melayan tuntutan emosi hanya kerana empunyanya tidak mahu mengetahui keadaan sebenar?

3. #17 Pak_Din Says:
February 21st, 2008 at 10:01 am
Cakap pasal kena jemur … teringat dulu kena cium pokok pasal lambat datang koko. Sekarang boleh buat tak? Bosan boleh … giveup, never!

4. #11 Pak_Din Says:
February 21st, 2008 at 10:42 pm
Saudara Amin, saya rasa kalau ada PRU di SI ni BA menguasai lebih 2/3.

5. #16 Pak_Din Says:
February 22nd, 2008 at 8:22 am
Sejarah memang tidak menipu tetapi penulisannya bergantung pada siapa memerlukan. Begitu juga wahyu memberitahu … yang membaca atau yang menyampaikan yang keliru. Ini semua realiti. Contoh, hasil dari membaca ‘Solatlah seperti aku solat’ ialah terdapat yang bekunut solat Subh dan yang tidak. Ketepi sementara masaalah cabang, bagamana ia boleh terjadi? Yang tidak gemar membuka luas minda, undilah BA kerana ada kebenaran quote ZN atas kata Hishamudin.

6. #24 Pak_Din Says:
February 22nd, 2008 at 8:40 am
Setuju tu … yang boleh pandang jauh lebih kurang (?) dari yang rabun jauh.
Mengkaji aktiviti pengundi hantu ni berhantu, iaitu boleh terus menghantui pemikiran sehinggakan isu bukan hantu tak dapat difikirkan lagi. Isu penipuan SPR ini akan berlaku walaupun BN ditukar BA kerana pemainnya masih manusia yang digoda hantu. Isunya bukan BN atau BA, ia lebih asas sehinggalah manusia faham ‘Awallud Din maarifatul Llah’

7. #43 Pak_Din Says:
February 22nd, 2008 at 8:57 am
Nampaknya penelitian Ustaz tepat sekali, keruntuhan adab/moral/ahlaq berlaku selari dengan keruntuhan ekonomi (harga naik tu tandanya turun ekonomi). As a case study, terbukti penekanan Nabi saw terhadap kegiatan ekonomi sewaktu zaman muda beliau adalah perencanaan Allah sebagai penyediaan satu contoh yang boleh dijadikan ikutan oleh masyarakat seterusnya. Bagaimana beliau mengutamakan jujur, telus dan ikhlas dalam tindakan yang akhirnya mengambil seorang janda kaya sebagai isteri bagi mencapai tahap ekonomi yang kukuh, guna untuk memperkasa proses dakwah yang diperlukan di zaman senior beliau. Kita perlu membaca coded message ini dengan teliti agar strategi/makar perjuangan seterusnya dapat dilandaskan kepada satu contoh yang mantap, sebagaimana Ustaz decode kisah badwi kencing di atas.

8. #27 Pak_Din Says:
February 22nd, 2008 at 9:15 am
Sdr Amin, saya melihat revolusi (mental), progam awal selepas merdeka dahulu, lebih murah harga dan mudah laksana, dari reformasi, mood 2000 seperti sdr sentuh. Kita menukar jentera sekiranya terdapat kerosakan teruk pada asas pergerakan kenderaaan. Dengan revolusi - mental, kita menaikkan takuk pemikiran dari tahap lama ke tahap terkini, tetapi reformasi hanya proses tak suka Saga kita tukar dengan Ria. Kurang adil mengatakan yang satu lagi tidak kukuh pegangannya kerana kedua-duanya merujuk kepada Al Kitab yang satu. Bukanlah dengan murah itu kita hendak merendahkan kos professional fee, tetapi alternatif murahnya ada, kenapa perlu kepada yang tak pasti?

9. #46 Pak_Din Says:
February 22nd, 2008 at 10:57 am
Kan lebih cantik pengalirannya ke Wadi’ah dari ke Warmak atau WarYam (siam). Lagipun terlebih lemak menghalang pengaliran darah? doktor kata lah! menyekat pengaliran idea. bukan doktor kata. Macamana pun ikut selera sajalah … akal bukan tekak! huh. Saya sokong ukur baju di badan orang … tapi saiz yang samalah.
Nak kata call dari USA, ceramah di ceruk kempung kan! Tersilap biological clock atau biological mind’s clock.

10. #4 Pak_Din Says:
February 22nd, 2008 at 5:16 pm
Tak perlu perang .. yang penting menang!
Waspada, tak boleh dibuat oleh semua orang.

11. #31 Pak_Din Says:
February 22nd, 2008 at 5:24 pm
Salam Sumandak,
Cerita sedikit latarbelakang, IPT mana?, krusus apa? kalau tiada masaalah!

12. #40 Pak_Din Says:
February 22nd, 2008 at 5:40 pm
Salam pena_prima
Saya ingin tahu ukuran jujur, telus dan ikhlas dalam tindakan. Demi Islam dan perpaduan, strategi #36 tu kalau di sumbangkan ke BN untuk perlaksanaan, wajar atau tidak? Atau sebenarnya telah ada perancangan yang sama, mungkin berbeza cara dan pendekatan, yang telah dan sedang dilaksanakan tetapi mengambil masa untuk berjaya. Atau situasinya selalu begini. Infrastruktur asas telah disediakan oleh pemerentahan yang dipilih rakyat (sikit aja yang layak dipanggil pengundi hantu) tetapi kerana ketidak-sediaan rakyat mengembling tenaga menjayakan perancangan tersebut yang selalunya membantutkan kejayaan sesuatu projek atau program. Senerio ini membuktikan bahawa penukaran tuan punya rancangan tak sepenting yang terlibat dengan melaksanakan perancangan.
Selamat berhujung minggu.

13. #113 Pak_Din Says: (tertinggal dahulu)
February 16th, 2008 at 4:25 am
Ada kebenaran pada Evolution (Darwin) dan ada kebenaran pada Creation (Kitab). Segalanya memerlukan akal yang terlatih secara kritikal untuk menjadi Al Baab yang ilmiah (saintifik) kerana Islam itu menghargai iman yang disulam dengan ilmu. 11815

S003 Antara buku yang ada 1.

Testing .. aduh kecilnya.

S002 Allah dan AlamNya.

1. Setiap hari Muslim menunaikan solah lima waktu dengan membaca 17 kali surah Al Fatehah. Ditambah dengan wirid selepas solat dan situasi lain, sangat mudah untuk Muslim membaca 40 kali Al Fatehah setiap hari. Apakah banyaknya bilangan membaca Al Fatehah itu menjadikan Muslim benar-benar Islam. Jawapan sebenarnya ialah ‘ya’ kerana tidak layak (dari segi bahasanya) untuk seseorang itu digelar Muslim sekiranya ia tidak berpegang teguh dan memahami apa itu Islam. Bagi tujuan muhasabah, kita selalu dengar, Islam dan Musim tidak berjalan kepada arah yang sama, maka timbul siapa yang bersalah? Islam atau Muslim, walaupun sebenarnya, seperti tadi Muslim itu adalah penganut Islam.

2. Situasi sebegini timbul kerana Muslim semakin jauh dalam membuat penafsiran kepada erti Islam sebenar. Dari kecil kebanyakan Muslim diajar atas dasar percaya dan ikut sahaja, dengan meletakkan kedudukan fikir ke tepi. Dengan latihan sebegini, cara pemikiran bukan setakad membesar dengan taklid semata-mata, malah memberikan zuriat taklidnya kepada keturunan seterusnya. Pengajaran Islam juga dilaksanakan oleh pendakwah yang hanya mementingkan percaya dan ikut sahaja, tanpa mahu atau tahu bagaimana pentingnya meningkatkan keparcayaan tersebut kepada tingkat iman yang lebih tinggi, iaitu tingkat iman ilmu.

3. Ilmu tidak akan diperolehi tanpa penggunaan akal. Kepincangan Muslim yang disebut di atas, adalah kerana merasakan ilmu itu diperolehi hanya dengan membaca wahyu, tanpa mahu memikirkan situasi dan keadaan persekitaran wahyu diberikan. Contoh biasa “N Adam dijadikan dari tanah” sepatutnya dibaca sebagai “N Adam dijadikan dari (unsur-unsur) tanah”. Masih ramai yang mempertahankan apa yang tersurat dari yang tersirat, hanya kerana kononnya, mereka akan menjadi lebih beriman. Pemikiran sebegini yang terus menutup minda Muslim dan akhirnya Sunnah Allah melaksanakan “Khatama Llahu ‘la kulub bihim”. Bukan Allah yang hendak menutup, tetapi Allah telah menetapkan dalam carakerjaNya (SunnahNya), orang yang berciri sedemikian, akan menjadikan penutupan itu belaku.

4. Allah membentuk Alam (segala mahlukNya) dengan tanaga dan kuasaNya. Setiap apa yang ada di Alam ini (termasuk manusia) adalah menifestasi (tajjali) kekuasaanNya. Iaitu bahan asas kepada wujudnya Alam ini adalah tenaga dan kuasa Allah awj. Tiada sesuatu berlaku dan tida kekuatan untuk sesuatu berlaku, melainkan dengan hadirnya tanaga dan kuasa Allah awj. Inilah yang telah dibuktikan oleh penemuan sains oleh sainstis yang sentiasa berkerja keras memerah otak memikirkan tentang bagaimana Alam ini dijadikan. Maka Allah dan Alam tidak terpisah dan sudah pasti kita merasakan kehadiranNya, tetapi kita mustahil akan dapat melihatNya dengan pandangan mata jasad. Hanya dengan akal yang terlatih akan dapat menyelami kesenian yang unggul kehadiran Allah dalam AlamNya.

5. Dari penemuan sains, terdapat 4 daya (istilah sains yang berkaitan dengan tenaga dan kuasa) asas yang hadir di Alam ini untuk membentuk segalanya, samasa dalam bentuk asas tenaga (rohani) atau bertukar menjadi materi (jasmani). Sainstelah menemui bahawa beberapa ketika selepas pembentukan Alam (Big Bang) kesemua daya ini adalah satu, yang kemudiannya berpechah menjadi 4 daya asas utama yang diketahui sekarang. Rajah di bawah menunjukkan pecahan dari 1 kepada 4 daya tersebut. Video Z002 menceritakan perincian proses yang berlaku.

6. Apa yang perlu difikirkan ialah kenyataan bahawa carakerja Allah mengarah kepada kesatuan, iaitu asasnya hanya Allah yang wujud dengan zat, yang kemudiannya membentuk segala yang kita nampak sebagai ‘wujud’ di Alam ini. Maka wujud Allah dan wujud mahluk adalah dua wujud yang sangat berbeza dan sebenar tidak layak wujud mahluk diistilahkan sebagai wujud, melainkan diistilahkan sebagai ‘wujud pada nama’, sementara wujud Allah adalah wujud pada zat. Wujud pada nama bukanlah wujud yang sebenar atau hakiki kerana wujudnya memerlukan kepada wujud yang lebih asas, iaitu wujudnya Allah. Penemuan sains ini yang dirujuk sebagai ‘Teori of Everything (TOE)’ adalah tidak sama dengan konsep Wahdatul Wujud seperti yang pernah diperkenalkan oleh Al-Hallaj, ‘Tiada apa di dalam jubahku melainkan Allah’.

7. Kefahaman kepada TOE akan memudahkan lagi kita membuktikan keesaan Allah. Bagaimanpun ia tidak semudah yang disangka, kerana pemikiran akal banyak yang tersangkut atau terhalang oleh keenganan manusia menggunakan akal semaksima mungkin disebabkan perangkap adat, seperti disebut di perenggan 3. Timbulnya persoalan mengapa ramai saintis tidak mengakui kehadiran Allah adalah kerana mereka pula tidak memulakan pembuktian dengan kepercayaan adanya Allah sebagai asas permulaan. Maka saintis menjadi akur Sunnah tetapi enkar Allah. Sebaliknya kaum Muslimin yang tidak berganjak dari permulaan percaya (yang seterusnya tidak membuktikan kepercayaan itu) menjadi kumpulan yang akur Syariat tetapi masih engkar Allah. Maka kedua-duanya tidak mengenal Allah tetapi akur kepada Sunnah dan SyariahNya. Ibarat kita perlukan pertolongan seseorang, tetapi kita tak berminat mengetahu keupayaan dirinya.

R66 Sekitar PRU 12.

1. #6 Pak_Din Says:
February 19th, 2008 at 1:44 pm

undilah dengan cermat,
boleh lena sampai ke pagi?.

2. #6 Pak_Din Says:
February 20th, 2008 at 10:04 am
Hati-hati dengan perkataan ‘go blog’ dalam bahasa Jawa!

3. #12 Pak_Din Says:
February 20th, 2008 at 10:35 am
Berdasarkan modus oprendi penceritaan di dalam Al Quran, saya mengkategorikan pembukaan kunci-kunci ghaib di Kitab Alam merupakan siri cerita yang terpanjang dan paling komplex untuk difahami dan dikaji. Tidak dinafikan mode penceritaan adalah terbaik mentarbiah minda, tetapi malangnya substance cerita mempengaruhi keterbukaan indera pendengar. Hal ini menjadikan pendengar terlatih dengan cerita yang sedap di hati berbanding cerita yang membena akal kritikal. Hasilnya adalh Muslin hariini yang minat mendengar cerita untuk dipercayai dan bukan cerita untuk difahami (fikir).

4. #22 Pak_Din Says:
February 20th, 2008 at 11:10 am
“Keluar barisan, masuk bulatan, untuk keadilan (meletakkan sesuatu pada tempatnya yang betul .. dan memiksimakan tujuan carakerja).” Petikan dari siri DARWIN yang pernah saya sentuh satu ketika dahulu. Yang mengundi kerana terkesan dengan kempen PRU akan dapat hasil pandang dekat yang diniatkannya. Yang mengundi kerana mengambil berat tentang politik dan kepimpinan (bukan kerana kempen mengundi) adalah sebenar-benar pengundi. Mari kita menjadi pengundi yang berpandangan jauh ke hadapan dan jauh kebelakang dan tidak terburu-buru dengan janji manis kempen semasa mengundi. Jangan dikhuatirkan pengundi hantu kerana hantu itu adalah mainan orang yang percaya. Berfikir untuk tidak menjadi hantu adalah jauh lebih baik hasilnya.

Jangan lupa merenung zuriat-zuriat yang menjadi pelapis kepada anak-anak kita. Dapat bertindak sebaiknya selepas memandang yang ada di depan mata (anak-anak) adalah satu kejayaan, tetapi dapat memandang dan berfikir persekitaran zuriat kepada anak-anak kita adalah satu kecemerlangan. Menyusur lepas kejayaan dan kecemerlangan adalah kesempurnaan yang ada pada Haliq. Mengarahkan usaha (wahjahtu wajhia lillazi fatara sama wati wal ardh) ke arah sempurnaan Haliq, dengan membudayakan carakerjaNya, memerlukan kefahaman mendalam tentang carakerjaNya. Semuanya memerlukan kepimpinan yang memahami kepentingan mengikuti dan mengkaji Sunnah Allah (cara Allah bekerja).

5. #29 Pak_Din Says:
February 20th, 2008 at 11:26 am
Kunci kepada segala yang ghaib adalah milik Allah dan Dia sentiasa memberikan kunci tersebut tanpa pilih kasih kepada mahlukNya, samada mereka percaya atau tidak kepadaNya. Jangan kita rasakan dengan status Muslim yang sediada secara automatik telah menghampiri Dia untuk mendapatkan kunci ghaib Alam. Jauh sekali. Lihat sahaja keadaan umat Islam dewasa ini dengan segala yang TER … miskin, tindas, kebelakang, mundur, tutup minda dan yang setara dengannya, tidak melambangkan keagungan Islam, malah memalukan dan mencemar Islam.

Selagi usaha dan upaya tidak difokuskan kepada mendapatkan keizinan membuka pekara ghaib milik Allah di Alam ini, Sunnah Allah akan terus menjadi musuh yang percayakan mereka adalah Muslim. Isu sayur subur sebagai peringatan. Kunci kesuburan adalah pada Allah. Adakah Allah suka memberikan kunci kepada bukan-Muslim? atau kerana Muslim kurang berusaha mendapatkan ilmu unutk memahami carakerja untuk mendapatkan kunci dari Allah? Berikanlah kunci kepada yang ahli … politik dan kepimpinan memerlukan dua Sunnah iaitu Sunnah Allah dan Sunah Nabi.

Satu pandangan yang sesuai dengan jiwa saya “ramai pemimpin kita mudah lupa, tak kira BN/BA”. Ini adalah kerana mereka adalah manusia dan tidak diperingatkan oleh pengikut mereka, tentang apa yang mereka lupa. Kejayaan negara bukan terletak hanya pada pemimpin tetapi lebib banyak kepada yang dipimpin. Iaitu pengundi. Samada pengundi pergi mengundi atas dasar percaya semata kepada kempen atau menjalankan kajian dan penelitian kepada pengalaman yang lepas.

6. #59 Pak_Din Says:
February 20th, 2008 at 3:55 pm
Setuju … tapiiiiiiii arah persetujuannya tak pasti.
Tugas kita adalah memastikan PRU berlaku dengan adil dan sempurna. Selepas 50 tahun merdeka sepatutnya ada peningkatan cara berfikir masyarakat kerana itu yang akan mencorak suasana politik atau kepimpinan. Kalau dahulu susah nak menterjemah ayat ’setuju untuk tak bersetuju’ sekarang ni ada peningkatan etika bersidang di parliment, tak sampailah naik kaki dan tangan, cukup dengan pertikaman lidah. Yang jauh lebih susah dan masih belum mencapai tahap memuaskan adalah keupayaan merationalkan pemikiran selepas mood terganggu disebabkan ketidak-sehaluan pendapat. Ini masih jelas berlaku di semua peringkat masyarakat.

Seperti yang saya sentuh dahulu, gabungan BN-BA sahaja yang berupaya memerintah dengan adanya check and balance. Jangan terlalu kuat 2/3 nya sehinggakan, ramai yang ponteng bersidang pun boleh senang-senang luluskan akta. Pada masa yang sama mendapat kerajaan simple majoriti juga akan membuka peluang menghabiskan masa bersidang untuk menegakkan benang yang basah, tanpa penafsiran kukuh nas yang dirujuk, tambahan lagi kedua-dua merujuk kepada nas yang sama. Perbezaan padang permainan, dasar percaya atau dasar fikir, memerlukan akhirnya kepada ’setuju untuk tidak bersetuju’.

Kita memerlukan pemimpin yang berdiri atas dua kaki yang kukuh, Sunnah Allah dan Sunnah Nabi. Tidak dapat tidak pemimpin atau sekumpulan pemimpin yang memimpin, perlu mempunyai kedua-dua asas atau tahu mengutamakan kedua-dua sunnah. Kita bersaing dalam dunia global bukan lagi bermain di padang kampung. Lawan kita sekarang adalah mereka yang lebih memahami Sunnah Allah dan mendapat keizinan melakukan apa sahaja dengan menekan butang, sedangkan kita masih di takuk terpaksa membeli alat untuk menekan butang. Tiada keredhoan Allah di hari Akhirat tanpa mendapat keizinanNya menjalankan kehidupan di dunia. Percayalah apa yang perlu difikirkan dan fikirkanlah apa yang perlu dipercayai.

R65 Terima kasih SI kerana ruang dan peluang.

1. #30 Pak_Din Says:
February 14th, 2008 at 2:39 am
Salam semua,
Kisah singa dan rusa sangat menarik … tetapi saya selalu ingat ‘Early bird catches first worm’ … being first does matter, from the right angle. MFR … dah lama tak tengok cerita, tapi cerita tu habis saya tengok, mungkin pasal budak sixth sense.

2. #5 Pak_Din Says:
February 14th, 2008 at 12:37 pm
Saya lebih suka compilation ‘budak 6th sense’ tu dari ‘testing ceramah’ yang kurang audio-less-visualnya, hehe.
Untuk tidak hilang wang pertaruhan, jangan pertaruhkan semangat buluh runcing di zaman tekan butang ni. 2/3 yang ada tidak ada masaalah tayar bocor untuk meneruskan perjalanannya. Saya faham ada tyre balancing dan wheel alignment yang perlu dibuat, tetapi setiap kali wiper rosak (masaalah yang agak kecil) kita beli kereta baru tu, sama dengan semangat buluh runcing.
Ada lagi ke siri ‘budak 6th sense’ tu, yang akan datang? Terima kasih.

3. #14 Pak_Din Says:
February 14th, 2008 at 2:38 pm
Dalam isu berdoa ni kita perlu berhati-hati mengendalikan senjata yang diberikan. Tak tahu menggunakan dan tidak mahu tahu menggunakan senjata menjadikan senjata Mukmin ibarat Gajah Putih, kalau tidak lebih teruk lagi memusnahkan diri Muslim. Ada satu kata-kata yang selalu saya ingat ‘Tak berdoa kufur dan berdoa syrik’. Kalau setiap kali berdoa hanya mengingatkan Allah tentang kerja yang sepatutnya Dia lakukan, contoh ‘Ya Allah berikan kemenangan Muslim ke atas bukan Muslim’, kita hanya mengingatakn Allah, semacamlah Allah lupa kerjaNya. Sebab itu berdoa jadi syrik, kerana mengarah Allah memberikan sesuatu. Sebaliknya kalau tak berdoa sudah pasti kita akan menjadi kufur kerana tidak menghayati kesempurnaanNya.

Doa itu tidak boleh dijadikan satu pulau sendirian. Doa, Usaha, Iltizan dan Tawakal (DUIT). Doa sepatutnya menyeru diri (mengingatkan diri) supaya berazam membuat pillihan terbaik (Ikhtiar) dan dengan azam itu diterjemah menjadi usaha mengikut Sunnah Allah, contoh mengambil tahu kenapa sawi Ah Chong subur dari sawi Ali. Ramai Muslim yang berdoa kemudian berusaha, bukan untuk mengambil tahu (belajar) sawi AC subur, tetapi sibuk dengan Fardu Ain semata-mata tanpa mahu mengetahui keperluan FA itu diadakan. Fardu Kifayahnya untuk memastikan, seperti kata Ustaz, “kesempurnaan usaha melengkapi syarat kemenangan” dianaktirikan.

4. #17 Pak_Din Says:
February 15th, 2008 at 11:32 am
Terima kasih Ustaz atas alu-aluan. Saya tak ke halaman lain pun semasa cuti. Memang rindu nak menulis di SI ni. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Ustaz atas milestone terbaru dengan penerokaan ke Timur Tengah, walaupun ia bukannya suasana baru bagi Ustaz. Sudah pasti kejayaan akan datang buat Ustaz dan sesiapa sahaja yang meniti usaha mengikut acuan Allah. Sunnah dan peraturanNya menentu segalanya. Syabas sekali lagi.

Sesekala di masa akan datang saya akan bercuti lagi, tujuan untuk memuhasabah apa yang telah ditulis. Ditambah pula dengan mode ‘menulis tetapi bukan penulis’ memaksa graph mood penulisan turun-naik. Mungkin ia satu kelemahan diri saya tetapi itulah yang saay cuba untuk perbaiki dan mencari kekuatan di dalam kelemahan yang ada. Walau apapun yang dapat dirumus dari turun-naik mood itu, ia adalah jatidiri saya dalam merentasi hutan belentara kehidupan yang penuh dengan ujian ini.

Menyentuh hal perang, atau lebih tepat bemain mercun, saya melihatnya sebagai bukti kepada benarnya kata-kata bahawa kepercayaan semata-mata itu, bersifat bahaya asasnya. Tanpa ilmu dan pengetahuan yang kemudian membuktikan kepercayaan, manusia sesat di dalam banyak aspek kehidupan. Mungkin mercun bagi mereka tetapi apa kata meraka kepada apa yang mereka kata sebagai gangguan kepada mereka yang berdasarkan kepada kepercayaan sahaja.

5. #24 Pak_Din Says:
February 15th, 2008 at 12:54 pm
Kalau kita percaya kenaikan harga adalah kerana BN maka betullah kepercayaan itu, tetapi sebaliknya sekiranya kita percaya dan kemudian berpengetahuan tentang ilmu ekonomi, kita akan dapati kepercayaan itu meleset. Kenaikan harga tiada kaitan hampir dengan siapa memerintah, ia berkait rapat dengan siapa yang memilih pemerintah, iaitu pengguna. Kerakusan pengguna yang menaikkan harga barang. Buktinya tunggu bulan puasa nanti, dimana kita percaya bahawa dengan datangnya Ramadan pengambilan barang makanan sepatutnya berkurangan, tetapi hakikat menunjukkan sebaliknya. Inilah kuasa percaya tanpa bukti. Untuk yang duduk atas pagar lompat kepada percaya dan fikir dan bukan percaya semata-mata.

6. #41 Pak_Din Says:
February 15th, 2008 at 4:27 pm
Dasar perjuangan kedua-dua sebenarnya sama, cuma beza satu Hadari (lebih fikir) satu lagi Popular (lebih percaya). Bagaiman boleh berbeza kalau kedua-dua BA dan BN punya rakan kongi yang berlainan akidah. Wajib kita memperbetulkan salah tanggapan bahawa yang satu tu sahaja yang berjuang untuk Islam.

7. #17 Pak_Din Says:
February 15th, 2008 at 4:36 pm
Kesian Ustaz, Ini kes guna matahari sebagai lampu suluh sampaikan tak nampak tulisan yang ada.

8. #39 Pak_Din Says:
February 15th, 2008 at 5:59 pm
Untuk tidak termakan ‘ubat racun’ eloklah diandaikan BA tidak menang kerana sebelum bertanding lagi jawapan kepada kegagalan memerintah telah diberikan … termakun racun. Saya lebih kuhatir rarun-racun PRU semasa kempen yang samar, yang selalunya berdasarkan andaian dan jangkaan yang dibuat tanpa pengalaman. Memanglah kalau tidak diberi peluang pertama, masakan boleh ada pengalaman, tetapi itulah kekhuatiran yang ada di sudut benak. Belum berjaya mengendali skala mini dan memasang semangat mengejar skala mega. Belum pasti boleh berjalan dah berkempen mengajak berlari. Kita perlu menghayati realiti kerana fantasi senang diperolehi di alam maya (cyber) sekarang ini. Belum belajar membuktikan percaya sudah mahu membuat andaian.

Kepada YusMMu, saya bukan rindukan Mahathir, tetapi saya rindukan orang-orang yang berwawasan seperti dia. Ciri-ciri jatidiri bukan menunggu penggal kedua atau ketiga, tetapi dari sebelum menjadi pemimpin sudah terserlah kepimpinannya. Saya bukan sukakan wadah (BN) tetapi saya rindukan isi di dalam wadah. Jangan asyik menukar wadah kerana kita akan terlupa kepentingan isinya. Kalau rasa isinya kurang masin, kenapa tak cari garam. Kenapa tidak sama-sama membetulkan citarasa dari sibuk mencari wadah baru? Kita tidak menyusun keutamaan akibat selalu mengikut selera dan hati.

S001 Bermula bulan ke 6.

Salam semua,

1. Bersyukur kita kepada Allah Azza Wa Jal (awj), dengan limpah kurnia qudrah dan iradah dariNya dapat kita bertemu kembali di halaman ini. Terus terang saya katakan, tiada pekara pokok baru yang ingin diutarakan kerana pada asasnya kehidupan ini adalah berkaitan dengan tauhid atau mengesakan. Sepertimana telah saya sentuh di masa lepas, carakerja Allah mengarah kepada kesatuan (convergent) sementara carakerja mahluk mengarah kepada perpecahan (divergent). Al Quran menekankan bahawa kita tidak akan dapat bertemu dengan perubahan kepada carakerja Allah (Sunah Allah). Sementara penurunan kitab-kitab berbeza mengikut zaman, membuktikan carakerja manusia, sebagai khalifah kepada mahluk, sentiasa berubah mengikut zaman.

2. Mahluk dicipta oleh Allah awj. Sebelum adanya mahluk, zat Allah telah sedia ada atau qidam dan selepas ketiadaan mahluk nanti hanya zat Allah sahaja yang ada atau baqa. Kedua-dua ini jelas kepada kebanyakan kita tentang hanya adanya zat Allah. Yang kurang difahami ramai ialah setelah adanya mahluk atau Alam ini, masih HANYA zat Allah yang ada atau wujud. Mustahil wujud dua zat dengan hanya perbezaan, antara beberapa pendapat, bahawa zat mahluk itu tiada sebelum ada dan kemudian tiada selepas ada. Tidak layak bagi mahluk untuk menggunakan sifat ada. Kalau digunakan kata sifat yang sama bagi menerangkan sifat Allah dan mahluk, ia merupakan hanya sama pada nama atau kata dan tidak sama pada zat atau hakikat.

3. Dengan sifat berkuasaNya Allah (’Az) maka Allah membentuk mahlukNya dengan ‘penjelamaan’ atau ‘penterjemaahan’ (dua perkataan Melayu yang paling hampir untuk menghurai Jal). Kuasa, tenaga dan daya Allah itulah yang tajjali membentuk mahluk. Ini diperhatikan dan dibuktikan oleh saintis dengan rumusan e=mc^2. Maka segala-galanya adalah berasal dari tenaga dan kuasa. Secara saintifiknya kuasa itu ada pengawalan penggunaan tenaga. Allah mempunyai tenaga yang tidak terkira jumlahnya (saintifiknya infinity). Tidak bermakna jumlah tenaga yang banyak jumlahnya sekiranya tidak dikawal penggunaannya. Sebab itu Allah menjadikan sesuatu itu dengan kadar tertentu dan sebab yang ditentukan oleh iradahNya.

4. Kesemua benda (matters) mengandungi mass (m), yang dihurai oleh rumusan di atas, sebagai berhubungan dengan tenaga (e) dan ganda dua kelajuan cahaya (c x c atau c ^ 2) sebagai konstantnya. Ibarat wap air boleh menjadi air sekiranya disejukkan dan air menjadi wap air sekiranya dipanaskan, maka air (cecair) boleh bertukar menjadi wap (gas) dan sebaliknya. Ibarat ini tidak bergitu tepat kerana kedua-duanya masih benda (matters), tetapi ia dapat menggambarkan dari air ia hilang dari pandangan menjadi wap dan kemudian boleh ditukar kembali menjadi air. Dalam rumusan di atas ia mengaitkan hubungan benda (matters) dengan bukan-benda/tenaga (non-matters/energy). Jadi jelas bahawa Alam ini terdiri dari benda (matters), yang kemudiannya menimbulkan konsep ‘materialistic world’, dan tenaga (roh).

5. Di dalam pasa kedua penulisan saya di halaman ini saya akan cuba memaparkan dari sudut ketuhanan segala pemenuan sains yang menyokong kepada adanya kuasa yang membentuk Alam ini. Kita akan juga lihat kemudian bagaimana kuasa ini membentuk jasmani dan rohani Alam. Seterusnya bagaimana kepintaran (intelligent) yang berada bersama Alam itu merupakan tajjali dari adanya Allah. Walaupun mathematik yang terlibat di dalam memahami rumusan-rumusan ini sangat komplek, kita akan cuba menjelajahinya dengan tidak melibatkannya sebaik yang mungkin. Isunya ialah untuk membolehkan kita seterusnya memahami bahagian-bahagian yang positif di dalam percaya dan fikir, arts dan sains, iman dan ilmu, dan sebagainya, yang kemudiannya menerangkan apa itu creationist dan evolutionist.

6. Sebagai manusia, Allah memberikan kita dua kaki dan dua tangan (malah dua bahagian otak) untuk kestabilan dan kekuatan untuk melaksanakan tugas jasmani di dunia. Begitu juga dua carakerja (sunnah atau peraturan) yang akan memastikan perjalanan rohani kita stabil iaitu Sunnah Allah dan Sunnah Mahluk, atau lebih tepat lagi Sunnah Nabi, kerana antara semua mahluk yang ada, Nabi saw telah dipilih untuk menerima wahyu terakhir bagi menjadikan kehidupan manusia ke arah kesempurnaan sebagai khalibah di muka bumi ini. Kalau kecacatan jasmani dengan berkaki satu akan mendatangkan masaalah kepada manusia, maka kepincangan mengikuti kedua-dua sunnah juga akan menyebabkan masaalah besar kepada rohani manusia.

7. Topik utama di bawah Sunnah Nabi akan menyentuh banyak tentang kegiatan ekonomi, kerana ekonomi merupakan kayu ukur yang berkesan untuk melambangkan kegiatan sosial manusia, walau sensitif mana ia akan dilihat oleh sesetengah pehak. Ekonomi juga diberikan penekanan oleh Nabi saw, dengan peringatan bahawa berniaga itu adalah 90% dari sumber rezeki. Nabi saw juga menghabiskan jangka masa yang panjang bekecimpung di dalam bidang ekonomi dengan berniaga, sebagai menyediakan asas keperluan diri sebelum dilantik untuk membawa tugasan yang lebih berat berdakwah kepada manusia di persekitaran, khasnya dan seluruh dunia amnya.

X001 Halatuju IT - Open flatform.

Y002 China, what you need to know?

Y001 The Ultimate Dollar Collapse.

Z003 The God Theory.

Z002 The Big Bang.

Z001 Listen to the scientists.

Pandangan saya hanya akan muncul selepas 15hb Feb 2008. Selamat memasang deria pandang dengar dan fikir.