Arkib untuk Disember, 2007

R64 Hujung tahun

R64

#23 Pak Din Says:
December 24th, 2007 at 11:37 pm →

Saya teringat pendapat SS MAZA semasa berhujah berhubung ‘agama dan media’ di TV3, di mana beliau tidak menolak kepakaran yang ada pada pengiat media dan tidak patut pendakwah melarikan diri dari media (pelakun dan sebagainya) sebaliknya memberikan panduan kepada pengamal media menyesuaikan hasil selaras agama. Sebagai ulama beliau menjalankan tugas memberitahu sementara sebagai umara’ (keseluruhan sistem pemerintahan iaitu kerajaan dan pembangkang) membuat keputusan berdasarkan kepada yang terbaik dan setelah mengambilkira pandangan ulama’.

#9 Pak Din Says:
December 24th, 2007 at 11:25 pm →

Syabas Akhi Ibnu Ahmad Shah, walaupun disyaki denggi masih dapat menghadiri wacana ilmu tersebut. Beritahu saya kalau ada yang seumpamanya diadakan lagi. Bagi saya common denomiator bagi agama (percaya) adalah sains (pembuktian) apa uyang dipercayai.

#12 Pak Din Says:
December 24th, 2007 at 11:20 pm →

Sokong tentang korban masa itu (kadang-kadang) lebih bermakna dari korban harta, kerana masa itu emas. Harta yang terlepas boleh dicari tetapi masa yang dah terlepas tak mungkin akan dapat dicari. Cuma sindrom lari (phizikal) jemaah tu (kadang-kadang) kerana khatib lari (minda) dalam penyampaian, samada isi atau penyampaian.

#7 Pak Din Says:
December 24th, 2007 at 11:12 pm →

Salam
Sungguh mendalam kajian Ustaz tentang kemungkinan yang disebabkan oleh radiasi. Walau apapun kesulitan yang berkaitan dengan kematian. ia adalah satu proses perpindahan dari satu alam ke alam yang lain yang perlu kita lalui. Tiada apa yang perlu dirisaukan sekiranya segala usaha telah dilaksanakan dan dari Dia kita datang kepada Dia kita akan kembali.
]
#18 Pak Din Says:
December 24th, 2007 at 11:07 pm →

Akhi muslim
Terlalu sedikitnya nilainya kalau hanya ‘all expenses paid’. Ustaz membuat pengorbanan yang sangat besar meninggalkan keluarga dan segalanya dengan mengutamakan perjuangan membentuk ummah. Semuga kita memahaminya. Syabas Ustaz, teruskan usaha gigih walaupun ‘angin’ tersekat di jasad.

R63 Seminar Khaldun 2

#7 Pak Din Says:
December 19th, 2007 at 3:41 pm →

Salam Khaldun

1. Satu program yang baik dan harus diteruskan walaupun perlu beberapa pembaikan. Dari sambutan yang dijangkakan hanya sekitar 25 orang, akhirnya yang datang 3 kali ganda. Terima kasih pada Saifulislam.com khasnya dan kesemua AJK penganjur yang telah merancang dan mengendalikan program seumpama itu. Seperti yang ditekankan oleh En Wan, ia bukan inter religion dialogue, tetapi sebagai wadah mencari kesepakatan bersama berbincang hal menjalankan aktiviti kemanusiaan bersama antara agama. En Wan juga mencadangkan penubuhan sayap temptan pertubuhan tersebut, dan saya kira penyelarasan idea dari pehak Islam boleh dilakukan dengan lebih berkesan lagi.

2. Beberapa pekara penting yang perlu dilanjutkan perbincangan ialah isu sekular, common sense, akhlak dan keadilan, selain dari isu asas paling utama pendidikan. Pendidikan kepada masyarakat, samada generasi muda ataupun tua, secara menyeluruh, merangkumi segala aspek kehidupan, sudah pasti akan menjadikan masyarakat dapat meningkatkan kepekaan akal atau intelek dan seterusnya berfikiran terbuka menerima sesuatu yang baru. Benih percaya dalam agama, seterusnya memerlukan pembuktian, melalui proses berfikiran kritikal, bagi meningkatkan lagi mutu kepercayaan yang ada dalam beragama.

3. Walaupun tidak disebut di dalam majlis, kaitan antara common sense dan berfikiran kritikal mempunyai landasan mula yang sama. Begitu juga displin ilmu sains dan falsafah, yang pada mulanya tercetus kerana keinginan mendapatkan penjelasan kepada setiap sesuatu yang berlaku, samada peristiwa-peristiwa alam semulajadi dan juga peristiwa pelakuan manusia. Selaras perkembangan tamadun manusia, pembuktian berkembang dengan lebih jitu dengan adanya displin ilmu sains, yang dapat diterima oleh semua agama dan tamadun. Kehidupan sekarang tidak dapat lari dari pencapaian sains dan teknologi. Semua tamadun mendapat keselesaan, malah kemewahan melalui kemajuan sains.

4. Sekular asasnya ialah pemisahan percaya dan fikir. Beragama memerlukan lebih kepercayaan bagi memudahkan penyebarannya. Sementara berfikir lebih kepada proses pembuktian apa yang dipercayai. Pada satu tahap percaya dan fikir, terpaksa dipisah, dan apabila ini timbul maka belakulah pemisahan agama dan urusan harian, terutamanya politik. Dengan sebab itu banyak negara mengamalkan sekular dalam ertikata cuba memisahkan mereka yang mahu menggunakan fikir sebagai alat utama pembuktian, berbanding dengan mereka yang terus mahu hanya dengan percaya semata-mata (atau dengan pemikiran yang terhad).

5. Akhlak lahir dari semua sistem beragama. Nilai murni, sayang menyayang antara manusia merupakan hasil utama dari berpegang teguh kepada kepercayaan. Kebanyakan agama bertujuan menanam benih akhlak kepada penganutnya. Hanya apabila penganut agama terus berpegang kepada kepercayaan semata-mata, termasuk taksub kepada ketua, tanpa mahu berfikiran kritikal, ahlak yang mulia menjadi alat untuk digunakan oleh ketua bagi kepentingan kumpulan atau yang lebih malang untuk kepentingan diri ketua sendiri.

6. Keadilan perlu dilihat dengan makna meletakan sesuatu pada tempatnya. DEB yang dikatakan memihak satu kaum, adalah bukan asasnya perkauman. DEB cuba menyelaras diperingkat makro 4 kaum utama di negara kita dari segi ekonomi. Ia bukan sesuatu yang diukur dengan jangkamasa, contoh 1990, tetapi lebih kepada kesimbangan penglibatan bidang asas kehidupan iaitu ekonomi. DEB mensasarkan matlamat 30% bagi Bumiputra, dan selagi penglibatan itu tidak tercapai, disebabkan apa sekalipun, dasar kesimbangan perlu diteruskan. Ia lebih adil diteruskan dari dicadangkan untuk dibubarkan, kerana dengan tiadanya dasar tersebut kesimbangan penglibatan ekonomi semua kaum tidak dapat dicapai.

7. Masih banyak pehak yang perlu terlibat, dari pehak kerajaan dan juga pembangkang, bagi memastikan keberkesanan dialog seterusnya. Kita tidak dapat membuat perancangan berkesan tanpa data-data menyeluruh. Kita juga tidak dapat meneruskan perbincangan yang berkesan sekiranya tidak dapat menumpukan kepada cara fikir yang lebih kritikal. Bukan sahaja perbezaan timbul diantara agama berbeza, malah di dalam setiap agama juga terdapat perbezaan yang banyak, selalunya kerana perbezaan penggunaan berfikiran kritikal. Saya tidak mengesyurkan fikir tanpa percaya, kerana memilih itu akhirnya menyebabkan kita kehilangan tuhan, seperti atheist.

R62 Habis cuti

#25 Pak Din Says:
December 18th, 2007 at 4:08 pm →

Salam Ukhti Asmah pun bercuti juga ke? Saya baru balik bercuti 1 minggu. Insya Allah akan mula berfikir dan memberi idea sehari dua ini. Kalau ada yang tak sesuai dengan selera minda, telan dulu (kerana ubat selalunya pahit kan?) kemudian fikir dan cadangkan pembaikannya, agar kita sama-sama dapat manfaat dari idea Ustaz. Artikel Ustaz tidak dinafikan banyak menjentik minda dan merupakan rakaman perlakuan manusia di persekitaran kita. Penting sekali tingkatkan kepekaan akal (rational) dan kurangkan kepekaan perasaan (nafsu).

#60 Pak Din Says:
December 18th, 2007 at 11:20 am →

Salam Akhi Fazil, setuju benar dengan ramainya syaitan berbulu manusia dan hum man qulubuhum mareedhoh … Saya pula teringatkan ayat Khatama al LLah hu `Alá Qulbihim

#18 Pak Din Says:
December 18th, 2007 at 3:56 pm →

Salam

Satu artikel Ustaz yang secara terus dan telus menyatakan persetujuan dan tidak, terutamanya ke atas istilah ‘PEMBERONTAK dan PEMBERONTAKAN’. Memang mustahak mengetahui kesesuaian penggunaan istilah, apatah lagi mengetahui apa yang dimaksudkan oleh istilah tersebut. Dengan kepelbagaian latarbelakang dan pengalaman, istilah yang sama digunakan oleh orang berbeza dengan makna yang hampir selalunya melebarkan perbezaan pendapat. Ambil sahaja istilah Islam itu sendiri yang sepatutnya membentuk satu Muslim, telah ‘berjaya’ membentuk pelbagai pendekatan manhaj mengesakan Tuhan. Sudah pasti hanya satu Allah yang wujud, jadi perselisihan sepatutnya menjadikan kita memuhasabah diri dalam ‘kembara mencari Tuhan’

#23 Pak Din Says:
December 18th, 2007 at 12:44 pm →

Salam

1. Saya masih berkuat mengingatkan diri bahawa syaitan tidak mempunyai kekuatan untuk melakukan sesuatu. Ia juga memohon keizinan Allah untuk diberikan kekuatan menggoda manusia. Dan di akhirat kelak, seperti disebut di Al Quran, syaitan melepaskan diri dengan mengatakan manusia yang tergoda. Maka segala kejahatan, yang disebarkan oleh agennya, syaitan, bukan sesuatu yang patut dipilih oleh manusia, yang telah diberkan akal oleh Allah dan petunjuk bagaimana menjalankan penghidupan seharian. Hanya yang tidak mengenal diri dan Allah akan menyalahkan agen kejahatan, sedangkan tiada penambah-baikan diri dilakukan.

2. “setiap khatib mewarisinya dari Baginda… maka sampai bilakah kita harus mengkhianatinya?” Kita bukan saja menghianati mimbar, bahkan secara keseluruhan hanya mengikuti separuh dari Sunnah Nabi saw dan tidak mahu melihat bahawa keseluruhan kehidupan Nabi saw adalah menjadi contoh dan rujukan kepada Muslim. Selagi Muslim tidak mengikuti Sunnah Nabi saw sepenuhnya, iaitu dengan penekanan pembangunan ekonomi ummah khasnya, tidak mungkin akan dapat menyaingi bukan Muslim, apatah lagi mengelak dari dibuli oleh mereka. Bukan mereka yang membuli sebenarnya, tetapi Muslim yang memilih untuk dibuli kerana tidak mahu berilmu secara syumul.

#3 Pak Din Says:
December 18th, 2007 at 10:56 am →

Akhi Sai

Masa Nabi saw berperang entah berapa barapa kali waktu solat dilewati? bila balik Nabi kata perang nafsu itu lebih besar! Saya nak bagi alasan termudah. Jalan mana nak ke bangunan tu dari Selayang? hehe

R61 Hadiah cuti

#24 Pak Din Says:
December 11th, 2007 at 2:33 am http://saifulislam.com/?p=1127#comment-10080

Dr Shiha

Saya sangat tertarik dengan “penerimaan ilmu sains yang terbaik adalah apabila ilmu itu dapat mendekatkan diri kita dengan Allah Taala dengan cara yang begitu praktikal dan sangat halus, sehinggakan melebihi cara pemahaman ilmu para Sufi mendekatkan diri pada Allah”. Lagi mahal kerana kefahaman bahawa ‘melebihi cara pemahaman ilmu para Sufi’. Memang delima nak menyebut ‘melebihi’ itu, tetapi dengan pelbagainya pandangan tentang sufi, saya merasakan ’sebab nila setitik, rosak susu sebelanga’. Baiaat taklid, menolak syariat, terlebih akhirat, zikir ism yang melerit, tarian pusing dan sebagainya telah mencemar pendekatan yang pada asalnya sangat bermakna. Sufi berfalsafah, tetapi berbahayanya falsafah adalah apabila ia tidak diselarikan dengan pembuktian saintifik. Hanya itu yang kita perlu dan itu yang membuatkan saya tertarik dengan perkataan ‘melebihi’ tadi.

Saya kira tidak keseorangan dalam meredah arus mencari persimpangan yang sepatutnya, kerana persimpangan yang telah di ambil salah kerana tercemar dengan isu dalam jubah, sehinggakan bagi membendung keganasan berfikir, terpaksa difatwakan haram segala yang berkaitan, dan semacam ada papan tanda ‘jalan mati’ dipacak di situ. Saya tidak persoal hukuman mati yang telah dijatuhkan dahulu, kerana kita tidak mengetahui peristiwa sebenar, adakah unsur konspirasi disebaliknya. Bagaimanapun jalan ke arah itu semamangnya menyeramkan kerana alat yang hendak digunakan, iaitu falsafah dan sains, bukan merupakan alat yang diterima ramai untuk membuktikan keesaan Allah, di mata arus perdana.

Bertambah riang rasa percutian yang akan dilalui mulai esok. Terima kasih kerana menyapakan diri “untuk bercakap sebegitu…”

#13 Pak Din Says:
December 10th, 2007 at 6:15 pm http://saifulislam.com/comment-10071

Kalau kita tidak dapat merencana anak kita untuk memilih rancangan TV yang baik, maka masaalah yang sama akan mereka hadapai apabila berhadapan dengan dunia nyata nanti. Alam ini Allah jadikan mempunyai segala-galanya. + dan -, begitu juga TV. Terlalu banyak channel pelajaran di Astro, hanya kita tak mahu melihatnya, jadi tak salahkan anak-anak memilih yang mengikut selera mereka.

#22 Pak Din Says:
December 10th, 2007 at 5:46 pm http://saifulislam.com/comment-10069
Salam

1. Ustaz, kami faham bahawa expression Ustaz adalah mewakili masyarakat, kalau pelajar mengeluh, tulisan Ustaz akan menyuratkan keluhan tersebut, kalau Muslim berpegang kepada Islam popular, suratan Ustaz terpaksa ke situ untuk merakam keadaan sebenar. Jadi Ustaz jangan khuatir dengan, andaian kami yang Ustaz meneluh kerana itu bukan Ustaz, tetapi rakaman penelitian Ustaz. Begitu juga sebaliknya, contoh jika saya mengomen artikel Ustaz yang merakam keluhan pelajar, komen terpaksa diberikan seakan menuju ke Ustaz, tetapi tidak begitu sebenarnya. Ia untuk jawapan kepada apa yang Ustaz rakam dalam penulisan.

2. Amin, saya setuju dengan mensekular itu racun kepada Islam dan ia terlalu meluas berlaku akibat dari kegagalan menterjemah. Ini yang hendak ditangani oleh Ustaz dan Saifulislam, saya kira, dan tugas kita semua terus memberikan pandangan agar penterjemahan sains kepada cara beragama dapat dilaksanakan. Melihat dari survey yang Ustaz lakukan, lebih 70% pembaca mempunyai ijazah atau sedang berijazah. Kalau bukan di ruangan SI kita bercakap tentang sains dan Islam, saya tidak nampak halaman lain yang berbuat sedemikian. Oleh itu walau apa penerimaan mereka, kita sepatutnya terus memperkatakan sains dan falsafah kepada sesuatu yang dipaparkan oleh artikel Ustaz.

3. Persoalan mengambil apa yang dari Barat, serupa dengan mengambil dari manhaj dan pakej Muslim yang ada. Kita selective dalam memilih yang terbaik, termasuklah pemilihan kepada kepentingan ilmu sains dan falsafah adalah kerana ia memberikan makna luas dalam kehidupan dan tidak menjadikan kita jumud dan tidak ‘dunia sendiri’ di bawah tempurung. Alam maya juga tidak boleh dipersalahkan kerana mengurangkan pergaulan alam nyata, bagi yang benar-benar mengenal diri. Hanya yang lupa diri akan hanyut, dan sekiranya tak berinternet pun mereka hanyut juga. Yang memilih merempit di kalangan muda adalah kerana kurang merempit di cafe.

#17 Pak Din Says:
December 10th, 2007 at 12:48 pm http://saifulislam.com/comment-10044

Amin,

Setuju dengan kenyataan kebanyakan kita tidak berfikir tentang falsafah membuat sesuatu, yang membuatkan kita menjadi penduduk dunia kelas kedua. Malah lebih teruk lagi tak berfikir lansung. Kesedaran berfalsafah itu yang penting kerana akhirnya ia membawa kepada pertanayaan siapa, dari mana, nak ke mana kita dan pelbagai soalan kehidupan. ‘Kecintaan pada ilmu’ ini bercampur antara percaya dan fikir pada awalnya, yang membuatkan Muslim akhirnya merasakan pembuktian aqli (fikir) itu sesuatu yang perlu dipinggirkan dan mengambil dalil naqli (nas) dengan hanya sedikit atau tanpa berfikir mendalam. Di dalam pengurusan leisure time sekalipun kita perlu ada semangat ‘tidak main-main’, seperti kata Amin, berfalsafah semasa belatih.

Pentingnya ilmu sains di dalam sukan terbukti sekarang ini dengan lahirnya ahli sukan berprestasi tinggi hasil dari teknologi sains. Maka kepedulian kepada ini sebenarnya adalah antara ciri Islam dan keterbukaan berfikir perlu dalam menjelaskan pelbagai masaalah termasuk masaalah iman. Kekurangan minat pelajar kepada isu agama melambangkan kecelaruan mereka kepada hasil dari sistem percaya sahaja dalam penyampaian, dan tidak berdasarkan kepada pembuktian saintifik oleh kebanyakan ustaz arus perdana. Untuk masih kekal satu ummah, walaupun tidak bersinergi, terpaksalah hidup ’setuju unutk tidak setuju’.

R60

Salam mp3

1. Pepatah Rom pernah menyebut “permulaan kepada sesuatu perkara adalah separuh daripada perkara itu sendiri”. Sekiranya tidak, hasil negatifnya ialah “pi mai pi mai, tang tu juga”. Terlalu sedikit hasil yang diperolehi, walaupun “sudah lama saya menulis tentang sindrom mahasiswa jumud dan tidur ini.” Jumud dari segi meningkatkan kepekaan rational untuk memaksimakan kepedulian kepada persekitaran yang berlaku, samada dari pemerhatian aktiviti tamaddun yang berjaya atau melihat kehalusan seni bena Alam ciptaan Tuhan. Hanya dengan langkah pertama, yang selalunya mengundang kesalahan, langkah-langkah seterusnya dapat diyakini. Malangnya persekitaran pembelajaran mahasiswa diselubungi kepimpinan yang mementingkan pengisian masa kosong dari pengisian minda yang kosong.

2. Sememangnya di dalam menyusun apa sahaja aktiviti manusia, peringkat yang paling sukar adalah untuk memulakannya. “Sikap lesu pelajar daripada mahu terlibat dengan aktiviti berpersatuan, hadir ke ceramah dan sebagainya, bukan sekadar soal kelesuan iman yang abstrak tetapi ia berlaku akibat corak kehidupan yang kesemuanya menjurus kepada” pengisian kekosongan masa di atas. Hanya dengan tujuan yang tepat, bukan setakad pengisian, sesuatu aktiviti dapat memperolehi hasil ganjaran lumayan dari usahanya dan kemudian, juga dari Tuhannya. Selepas kesalahan pertama berlaku, tiada kesalahan seterusnya akan terjadi sekiranya keprihatinan menuju tujuan ditingkatkan, dalam pengisian minda yang kosong.

3. Malangnya “gaya hidup kita hari ini kesemuanya menjurus manusia kepada terus menerus berada di dalam ‘dunia sendiri’ lantas hilang kepekaan kepada persekitaran. Semua orang selesa mendengar lagu pilihan masing-masing” Yang muda dengan nada rancaknya dan yang berumur, walaupun lenyap nada musiknya, nada bahan pendengarannya masih sumbang, tak berketentuan halatujunya. Bertambah parah lagi gaya hidup disesuaikan hanya kepada arus perdana yang popular, tetapi kurang menjurus kepada pencarian bukti, ke atas kepercayaan yang diwarisi turun temurun. Gaya hidup berginilah yang kemudian memilih kepimpinan mengikut selera nada kesukaan mereka.

4. “Dan kepedulian terhadap persekitaran sememangnya memberikan banyak pengalaman” kepada “input kehidupan dan pengalaman.” Tamadun kemanusiaan dibena dengan kepedulian mengolah persekitaran. Samada ia ke arah pembinaan tamadun yang sesuai kehendak Tuhan atau sebaliknya, tamadun yang berjaya menggunakan persekitaran keadaan kemanusiaan, secara teratur dengan mengenalpasti selera dan kelemahan manusia. Mungkin kita jelas dengan yang bertentangan dengan ketuhanan (kafir), tetapi malangnya bilangan yang mirip kepada kesamaran, iaitu mengaku berTuhan kepada Tuhan yang satu, tetapi tidak dapat bersepakat melaksanakan kehidupan bersatu, disebabkan perbezaan anggapan dan kepercayaan kepada Tuhan.

5. Kehidupan ke arah satu keTuhanan “yang bersifat perkongsian, semakin terhapus dan terhakis. Keseluruhan lifestyle kita telah menjadikan kita anti sosial. menjadi semakin selfish hingga ia cukup dijadikan alasan untuk usaha baik pulih sosial dianggap jenayah.” Disebabkan kepercayaan mengatasi segala-gala, kelihatan berpuak-puak mereka ini, yang tidak dapat bersosial antara satu dengan yang lain. Masing-masing dengan gaya kehidupan tersendiri, menterjemah satu sunber yang sama. Bukan setakad itu, satu sumber yang sama itu telah diterjemah perlaksanannya oleh seorang manusia yang menjadi contoh rujukan, tetapi hasil dari terjemahan tersebut juga berbeza-beza dalam penterjemahan selanjutnya.

6. “Apa yang difikirkan hanyalah tembolok masing-masing, tanpa ada kepedulian terhadap korupsi, krisis sosial dan politik… malah kesemuanya adalah sampah belaka bagi sebuah masyarakat yang memang dibiarkan tercorak dengan sikap mementingkan diri sendiri, “ dengan pengabaian terhadap penyatuan ummah yang sebenar. Keutamaan diseru ke arah kegiatan persendirian yang sangat ritual, sementara kegiatan berbentuk pembenaan kekuatan ummah dari segi ekonomi, ilmu sains, kepimpinan dan yang paling utama pembuktian keesaan Tuhan, menjadi kegiatan yang kurang diberi keutamaan. Kepeduliannya mengarah kepada pembentukan masyarakat robotik, dari masyarakat yang boleh berfikir, bagi memastikan kesatuan tercapai.

7. Saya paparakan penyimpangan jangkauan dari permasaalah asal, dengan menggunkan ayat-ayat asas yang sama, untuk kita sama-sama berfikir, kepabagaian pemikiran manusia terhadap penyampaian yang sama. Mungkin tidak ramai yang berminat melihat paparan penyimpangan tetapi “apabila kita menyeru dan berdakwah, raikan mereka yang menyahutnya biar pun ia hanya segelintir, mereka yang ganjil, yang peduli dan masih ada hati.” Seperti biasa kepekaan rational amat penting dalam melihat dari sudut-sudut berbeza, kepada isu asas yang sama. Kebijaksanaan bersetuju untuk tidak bersetuju dan dapat terus memestikan kesimbungan masyarakat sedemikian, amat menentukan kebersamaan hidup di dunia.

By Pak Din on Dec 9, 2007

Salam

Saya setuju dengan aimi “dek paradigma ‘kemajuan’ yang sebenarnya jumud …” kerana kemajuan yang berjaya menjadikan masyarakat hampir menjadi robot dalam perkerjaan dan ritual dalam peribadatan.

Tidaklah khuatir sangat kerana “ramai lebih selesa duduk berhujung minggu dirumah di depan internet, dpn ps ataupun dpn tv menonton filem”, seperti kata pauhfc, tetapi kesan pelajaran dan pemerhatian yang lahir dari aktiviti tersebut, yang sangat merisaukan. Dalam segala aktiviti, termasuk pemerhatian Alam, ramai Muslim melihat tapi tak nampak (look but do not see), hanya kerana niatnya ialah untuk memenuhkan masa bukan mempelajari sesuatu.

Senyum Shiha melihat Ustaz mengeluh, begitu juga saya!. Tetapi keluhan Ustaz ke arah positif. Memeperjuangkan pedulism dalam ertikata, seperti perenggan di atas, keprihatinan kita mempelajar sesuatu dari apa yang kita perhatikan dari persekitaran. Kepekaan kita memperbaiki halatuju hubungan sosial, seperti juga kata Shiha, membudayakan semangat kejiranan tanpa elemen berbaur gossip. Peduli sahaja tak cukup kalau peduli itu hanya untuk di sensasikan dan mengisi masa kosong.

By Pak Din on Dec 8, 2007

Salam

Prasangka kita selalunya yang membuat kita menerima yang salah, apa yang disampaikan sudah pasti betul pada penyampai. Tak nafikan belajar menggunakan frequency yang sama adalah satu kesukaran buat manusia. Tersipu-sipu bila tersalah erti pendapat orang.
Apa GBP tu Firdaus? terlupa pula.

R59 Sifat 20 Allah

Salam lemah

1. Tertarik saya menyentuh kata-kata Asmah “Saya hanyalah hamba Allah yang lemah”. Ini adalah kerana Asmah telah memberikan komen yang sangat positif pada komen saya bertajuk ‘Salam taklid’, yang saya rasakan dibuat secara tidak sedar, dengan permulaan “SubhanALLAH..percernaan yang amat JELAS… Berbahagialah manusia…”. Sudah pasti ramai yang faham isu yang berkaitan dengan komen tersebut, tetapi alangkah bererti sekiranya ramai Muslim hari ini yang dapat menerima penjelasan saintifik kepada isu kepercayaan yang dipegang selama ini. Sebagaimana disebutkan simpang yang perlu diambil berhampiran dengan simpang yang telah salah diambil, kerana dibuat tanpa penjelesan sains.

2. Dalam mengatakan kita adalah hamba yang lemah, masih terdapat element ego di dalam diri kita. Tidak seperti kalau dikatakan bahawa kita tak punya apa-apa, kerana wujudnya kita juga tidak layak sama dengan wujudnya Allah. Kita tidak wujud pada zat dan kalau pada bahasanya kita mengatakan kita wujud, kita hanya wujud pada nama berbanding Allah wujud pada zat. Maknya wujud Allah tidak memerlukan sesiapa atau se-apa, manakala wujudnya kita pada nama, menunjukkan kita memerlukan kepada Allah untuk memungkinkan bukan sahaja kekuatan melakukan sesuatu (perbuatan), malah diri yang ada sebelum adanya kekuatan.

3. Hakikatnya sebelum adanya kekuatan pada diri (diri yang lemah), diri itu sendiri perlu diingat tidak ada, bukan sahaja kekuatan pada diri tidak ada. Maka layaknya kita adalah hamba yang tak punya apa-apa kalau tidak diberikan hakguna oleh Allah untuk mempunyai diri, yang kemudiannya ditambah dengan kekuatan untuk diri yang asas tadi melaksanakan segala tugas di dunia ini. Dengan kefahaman penjelasan saintifik tentang 3 teori utama (Big Bang, Darwin dan Everything) kita akan faham dengan kenapa hanya Zat Allah yang layak dipanggil wujud, dan segala yang lain bergantung kepada adanya Allah, untuk memungkinkan ‘keberadaan’nya di Alam ini.

4. Terkandung di dalam pengajaran Sifat20, bahawa kesemua sifat tersebut hanyalah layak dipakai oleh Allah, tiada mahluk yang boleh dikaitkan dengan penggunaan sifat tersebut. Sifat ‘Muhalaftu lil Hawadis’ menguatkan lagi, bahawa sifat wujud (dan yang lain) mustahil ada pada yang lain, selain Allah. Kalaupun kita menggunakan perkataan yang sama untuk menerangkan tentang sifat tersebut, kita perlu sentiasa ingat bahawa hakikatnya berbeza. Jangan sampai kita mengatakan ada dua wujud, dengan ertikata perbezaannya hanya wujud kita berpermulaan dan berpenghabisan, sementara wujud Allah tidak begitu. Ini seperti mengatakan kita lemah dan Allah Kuat. Kuatnya Allah tiada tandingan oleh sesiapa, sehinggakan kita tidak layak kita menggunakan lemah, kerana berkata begitu bermakna, masih ada sedikit kekuatan dibanding dengan Allah. Sebenarnya kita tak punya kekuatan langsung.

5. Selanjutnya begitulah sepatutnya kita berpegang kepada sifat-sifat yang lain, terutama sifat-sifat Maani dan Maanawiah, 7 sifat setiap satu. Tidak layak kita mengaitkan contoh melihatnya manusia dengan adanya mata, sementara Allah tidak memerlukan alat untuk berbuat sesuatu, sebagai perbezaan di antara dua melihat itu. Walaupun mengatakan melihatnya mahluk terbatas dan melihatnya Allah tidak. Hakikatnya mahluk tidak dapat melihat sekiranya tidak kerana adanya sifat Allah boleh melihat. Maka begitulah sifat-sifat yang lain. Kita tidak layak untuk mempunyai semua sifat 20 (dan yang lain), melainkan hanya diberikan hakguna menggunakan sifat tersebut dengan izinNya.

6. Kita perhatikan ayat Al Quran 8:17 “Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah yang menyebabkan pembunuhan mereka dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir) dan untuk mengurniakan orang-orang yang beriman dengan pengurniaan yang baik (kemenangan) daripadaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Demikianlah (caranya nikmat yang dikurniakanNya kepada kamu) dan sesungguhnya Allah sentiasa melumpuhkan tipu daya orang-orang yang kafir.” Walaupun ia mengkhususkan penceritaan kepada perbuatan Nabi saw, seperti tujuan asal, Al Quran sebagai panduan kepada semua manusia, di mana terjemahannya dilaksanakan oleh Nabi saw, dan dikenali sebagai Sunnahnya.

7. Pembetulan komen. Tajuk ‘Salam bebas’ bertarikh 6-Dis perenggan 5 http://saifulislam.com/?p=1056#comment-9865 “kerana terlalu faham dan membudayakan Syariat Allah” sepatutnya “membudayakan Sunnah Allah”. Perenggan yang sama AWSJ sepatutnya ASWJ atau Ahli Sunnah Wal Jamaah. Pada komen http://saifulislam.com/?p=1056#comment-9890 perenggan 1, “tentang bagaimana untuk berlayar menuju tujuan”. Selain dari, seperti biasa, kesalahan ejaaan dan pengolahan bahasa yang biasa. Maaf dipinta.

R58

#14 Pak Din Says:
December 6th, 2007 at 6:21 pm

Salam Kelantan

1. Cerita kali ini saya jumpa jarum emas iaitu “saya pun dalam beras lagi masa tu pakcik”. Saya pernah dengar sekali sebelum ini, dari ibu mertua saya, “masih di dalam daun”. Tetapi secara purata, pada saya, jarang terdengar ungkapan sedemikian dan sudah pasti kalau mahu penjelasan hubungannya kepada kita, sebagai manusia yang telah lahir ke dunia, ia akan mendatangkan kesulitan bersama menceritakannya. Hakikatnya ia sangat berkaitan dengan kesatuan Alam, di mana saintifiknya saya rujuk sebagai termasuk di dalam rangkuman Theory of Everything (TOE).

2. Kita sebagai manusia adalah roh, yang diberikan jasad untuk membolehkan kita hidup di dunia, sebagai ujian menentukan kedudukan di kehidupan yang lebih kekal di akhirat. Kenyataan ini memerlukan benih kepercayaan dan kemudian bila disuburkan dengan ilmu sains, akan memberikan kefaham yang menarik. Roh kita yang akan merentasi 7 alam, tetapi jasad kita hanya berfungsi di alam dunia sahaja. Hidupnya jasad kita adalah kerana roh yang ditiupkan selepas bercantumnya benih dari ibu dan bapa. Kemudian apabila ditariknya roh dari jasad, tubuh kita mereput dan bertukar kembali menjadi tanah atau saintifiknya kembali kepada unsur-unsur asas dalam Chemical Table of Elements, CTE (hanya lebihkurang 117 kesemuanya, yang membentuk Alam ini).

3. Kitaran kehidupan yang berdasarkan superprogram Allah (Qodo’ dan Qadar), membolehkan kesemua 117 unsur asas di dalam CTE boleh dikitar, dari bentuk contoh, jasad manusia reput menjadi makanan kepada tumbuhan berhampiran (yang menerangkan masih dalam daun) yang kemudiannya dimakan oleh binatang daunnya, dan kita memakan daging binatang itu. Dengan pemakanan yang sihat kita menghasilkan benih, yang membolehkan ia menjadi seorang manusia lain sebagai zuriat kita, untuk menggantikan kita hidup di dunia ini. Begitu juga tumbuhan yang mengambil carbon dioxide sebagai sumber tenaga dan mengeluarkan oxygen sebagai bahan buangan, yang manusia (termasuk binatang) ambil sebagai tenaga. Begitulah kitaran sinergi kehidupan.

4. Sebab itu saya sangat setuju dengan “Proses mendidik jiwa bukan hanya boleh dilakukan dengan duduk di dalam majlis ilmu, tetapi kepekaan kita berinteraksi dengan persekitaran juga adalah proses menafsirkan bahasa alam yang disampaikan oleh Allah melalui makhluk dan kejadian-kejadian harian kita.” Dan lanjutan dari itu, pentingnya memahami carakerja Allah atau Sunnah Allah, kerana kesemuanya telah diberitahu Allah di dalam Al Quran, malah menjadi ayat-ayat yang paling awal diwahyukan kepada Nabi saw. “Bacalah (sudah pasti bacalah Alam, kerana Al Quran belum sepenuhnya), … Yang mengajar dengan perantaraan Kalam (Alam). Dia yang mengajar apa yang kita tidak ketahui”.

5. Sudah pasti Allah menentukan segala-galanya. Sebaik mana perancangan kita, hasil darinya merupakan ketentuan Allah. Seperti apa yang berlaku “Walaupun saya tidak berpeluang hadir ke masjid ilmu dengan Tuan Guru tarekat yang menjadi tujuan asal saya keluar rumah, jiwa saya tetap tersentuh dan terdidik apabila bermusafir dengan mata dan hati yang dicelikkan. Bukan sekadar berjalan suka-suka, tetapi seperti biasa saya suka dengan gelagat manusia. Berkenalan dengan manusia, berkomunikasi dengan manusia, dan kembali memanusiakan diri.” Keterbukaan kita menafsir dan bertindak-balas, sesuai perbezaan apa yang dijangkan berlaku sangat penting untuk memberikan manfaat kepada kita. Pentingnya kebebasan yang diberikan digunakan sepenuhnya bukan sebaliknya.

6. Cuma kecenderungan biasa ialah menyebut ketentuan Allah dengan membawa konotasi Jabariah, di kalangan Muslim. Memang benar Allah menentukan sega-galanya, tetapi kita perlu faham apa yang ditentukan? Allah tidak pernah menentukan di azali, Muslim jadi umat tertindas, termiskin, terpechah, terlemah dan apa sahaja yang setara dengannya. Allah menentukan ciri-ciri orang-orang yang akan menjadi sedemikian. Maknanya, siapa sahaja yang sekarang mendapati mereka di dalam keadaan yang sediada (termasuklah contoh ter, ter, ter, tadi) adalah kerana ia memilih, secara sedar atau tidak, secara berilmu atau tidak, ciri-ciri yang menghasilkan keadaan tersebut. Ia bukan sahaja berlaku kepada Muslim, malah berlaku pada semua manusia, tetapi keadaan memaksa kita membuat kesimpulan Muslim telah memilih ciri-ciri tersebut.

7. Di sebelah tangan yang satu, mereka yang Qadariah, mengatakan bahawa tiada unsur-unsur ketuhanan terlibat selepas pemilihan. Apa sahaja yang manusia pilih itulah yang dia akan dapat dan ia semata-mata hasil kerja pelakunya. Mereka ini kekurangan faham konsep tawakkal, iaitu segalanya yang manusia pilih, hakikatnya bukan manusia yang memungkinkan ia berlaku, selaras ‘laa hawala walaa quwata, illa billah’. Ketidak-halusan seni carakerja mahluk, sebenarnya yang membuatkan, apa yang mereka pilih, tidak menjadi seperti apa yang dirancangkan. Sebahagian ASWJ terlalu mirip kepada Jabariah, kesimpulan saya.

R57

#51 Sharudin Says:
December 6th, 2007 at 2:03 pm Salam bebas

1. Saya tidak menganggap Ustaz sebagai ustaz-ustaz kebiasaan yang lain, kerana pendekatan Usatz. Sudah pasti tertariknya saya pada Teori Darwin yang Ustaz tidak tolak mentah-mentah, sangat mempengaruhi pengkategorian atas Ustaz sebagai berbeza dari ustaz arus perdana, yang menyebarkan Islam popular. Maka apabila Ustaz “terpaksa mengenepikan persepsi negatif selama ini, bahawa motivasi adalah berniaga air liur”, saya semakin pasti, kembara mencari Tuhan itu, bermula dengan memahami perangai mahluk yang dicipta Tuhan, tertutama yang diberi pilihan terbanyak dalam melaksanakan aktiviti hariannya, iaitu manusia. Lembu tidak banyak pilihan, melainkan memakan rumput, tetapi manusia boleh memilih yang tradisi, sambal belacan atau, yang hampir menjadi tradisi, burger keju MD, BB dan KFC.

2. Apabila Ustaz mempositifkan persepsi negatif kerana kejutan buadaya 11 tahun merantau, saya melihatnya sebagai pengaruh taqlid zuriat Melayu. Maaf kata. Yang sebenarnya bukan sepenuhnya salah, kerana kita memeluk Islam bukan jadi Arab. Seperti kata SS MAZA ”Berdakwah dahulu kemudian berpolitik, jangan masuk politik kerana nak berdakwah”. Memang bidang motivasi pilihan terbaik menyelitkan dakwah, kerana serampang becabang matanya. ”Praktikal, komunikasi dua hala, mesej difahami, bertanggungjawab terhadap kesan, proses berterusan… tidakkah semua ini kehendak agama? Tidakkah ini tanggungjawab sebenar seorang pendakwah?”

3. Bagaimanakah untuk melaksanakannya? Cara terbaik semestinya ”setelah saya memahami cara untuk memahami teks mesej dari Allah SWT (Al-Quran) dan mesej Rasul-Nya (Sunnah Nabi SAW), saya merasakan bahawa saya wajib pula mempelajari cara untuk memahami manusia dan tabiatnya sebagai subjek Allah SWT menujukan Syariat-Nya itu.” Di sini mungkin beberapa perbezaan pendapat menyorok. Al-Quran mengandungi sebahagian besar (6/7?) Syariat Allah (untuk manusia memahami carakerja terbaik), yang sebenarnya memerlukan terjemahan, dan terjemahan itu dilakukan oleh Nabi saw, melalui apa yang kita setujui sebagai Sunnah Nabi saw. Jadi Sunnah Nabi saw itu adalah versi manusia kepada Syariat Allah, yang memang ditujukan untuk manusia, setelah manusia gagal hidup dengan aman antara satu sama lain, sebelum adanya.

4. Sudah pasti ”Hukum Syariat Allah bukan untuk manfaat Dia, tetapi untuk mengatur kita sebagai manusia.” Bukan sahaja hukum bukan untuk manfaat Dia, malah, Dia tidak pernah mengambil manfaat kehadiran ZatNya. Penekanan saya selama ini ialah bagaimana kita hendak mengimbangi kehadiran Sunnah Allah ke dalam sistem percaya kita, kerana kepincangan Muslim tertakluk kepada itu. Merudumnya zaman kegemilangan Islam adalah kerananya. Ketidak-fahaman Muslim untuk mengangkat martabat Sunnah Allah setanding dengan Syariat Dia, sangat diperlukan. Syariat Allah termaktub di Al Quran tetapi Sunnah Allah termaktub di dalam Kitab Alam, dengan sebahagian kecil (1/7?) pautan diletakkan di dalam Al Quran.

5. Saya kurang setuju dengan ”Maka ’kenal Allah’ tetapi ’tidak kenal manusia’, menjadikan kita sombong apabila bercakap kepada manusia dengan lagak tuhan!”. Mengenal Allah dengan sebenar-benarnya tidak akan menjadikan manusia bercakap lagak Tuhan. Sudah pasti yang sebegitu adalah kepincangan juga, kerana terlalu faham dan membudayakan Syariat Allah, dengan hanya mempejalari carakerjaNya tetapi tidak mahu mengenalNya, menyebabkan golongan ini menolak adanya Tuhan tetapi menggunakan hasil kerja Tuhan. Sebab itu penekanan adalah kepada keseimbangan pemahaman kedua-dua Syariat Allah (Sunnah Nabi) dan Sunnah Allah. Sebenarnya itulah yang hendak dipaparkan iaitu, Muslim mesti mengikut dua Sunnah (Allah dan Nabi). AWSJ saya perhatikan hanya suku Sunnah!

6. Pemilihan Ustaz ke atas ilmu sejarah seterusnya adalah separuh dari cerita. ”Kajian saya terhadap tamadun lama (Ancient Civilizations), tamadun pertengahan dan tamadun moden khususnya tamadun Eropah, sarat mengandungi unsur-unsur yang sama berlaku kepada Tamadun Islam. Kebanyakan persamaan itu berlaku kerana ia terbit bukan dari perbezaan Syariat, tetapi datang dari persamaan pelakunya, TABIAT MANUSIA.” Separuh lagi terletak pada sejarah Tuhan dalam ertikata mengkaji sejarah kesan pembentukan Alam dari mula ianya berlaku. Teori Big Bang, Teori Darwin, Teori of Everything dan pelbagai lagi teori-teori yang sebenarnya adalah perakaman carakerja Allah ke dalam bahasa manusia. Seperti di atas, yang dicari adalah keseimbangan bukan kepincangan (hanya satu kaki sahaja untuk berjalan).

7. Setuju 100% Ustaz ”bercakap tentang dakwah, fikrah dan siasah, … bermakna bercakap tentang tabiat manusia, dan bagaimana ia berhubung dengan Allah yang Esa.”, tetapi itu kan satu kaki. Hanya tambah satu kaki, dah jadi dua, untuk kesetabilan semasa berjalan di atas dunia dan akhirat seterusnya. Kita boleh guna tongkat (sub-con pengkajian Alam kepada bukan Muslim), tetapi itulah berlaku di arus perdana. Bila susah sedikit pemahaman kepada ayat-ayat sains, daripada menyalahkan diri sendiri, Muslim mengambil pendekatan menyalahkan saintis dan mengajar pelajarnya untuk taqlid (ikut aja lah, jangan banyak soal) dan taaassub (tak ikut, tak masuk syurga) kepadanya. Sudah pasti ini tak kena pada Ustaz kerana ”Kesemua artikel saya menyeru kepada pembebasan diri dari taqlid dan taasub. Tetapi jika seruan saya itu pula menjadikan segelintir pembaca bertaqlid dan taasub dengan saifulislam.com, mereka telah menghabiskan masa yang banyak di sini kerana gagal menggarap cita-cita dan harapan yang satu itu.”

R56

#46 Pak Din Says:
December 5th, 2007 at 11:12 am

Salam taklid

1. Saya sangat setuju dengan Saifuddin, “lebih ramai yang berjaya menemui Tuhan melalui jalan bukan agama berbanding jalan agama”, tetapi suka mengingatkan bahawa agama (Islam) itu dibena dari sejak Nabi Adam ra sehinggalah disempurnakan syariatnya oleh Nabi saw dan seramai 124k nabi terlibat di antaranya. Sebelum dari berakalnya Nabi Adam, Alam ini juga semuanya Islam (beragama) dengan Al Quran menyatakan bahawa mereka semua (yang tidak berakal) bertasbih kepada Allah. Jadi, bukan sahaja ‘hari ini’, malah sejak dari dahulu kala lagi penemuan Tuhan hanya dengan jalan agama. Yang menjadikan menemui Tuhan melalui ilmu sains, nampak sebagai bukan jalan agama, adalah kerana Muslim hari ini tidak mahu mempercayai atau menserasikan sains pada agama. Ilmu sains itu adalah kajian tentang Alam, Sunnah Allah dan kesan kerja Allah, dan sudah pasti ia sebahagian dari agama.

2. Mencari hakikat ketuhanan juga sangat dipinggirkan sekarang ini. Setelah mazhab sufi tercemar dengan isu ketaassuban kepada guru, semacam semua ajarannya salah, sedangkan terdapat banyak pendekatan mereka yang selaras dengan akal, terutama ke arah mencari hakikat Haliq dan mahluk. Jadi penekanan sekarang ke arah mengenal manusia untuk kemudian dikenalkan dengan Tuhan, sedangkan keutamaannya ialah ‘awwaludin marifatul Llah’, dan kemudian secara automatik kita mengenal siapa manusia di sisi Allah. Kerana beberapa isu berkaitan Ilmu Kalam Sifat 20, disalah tafsir oleh golongan yang kurang memberikan penekanan dalil aqli, pembaharuan (mengemaskini) tidak dilaksanakan, tetapi dipinggirkan keseluruhannya ke tepi. Sebagai ingatan sifat Allah tak terkira banyaknya, tetapi boleh dimulakan dengan Sifat 20 atau Asmaulhusna 99 dan sebagainya.

3. Maka yang taklid kepada iman taklid (iman keturunan), susah untuk diperbetul, dari contoh, seorang yang tidak beragama Islam, memeluk Islam kerana ilmu. Islamnya Melayu adalah kerana gen (zuriat) percaya. Memang kita perlukan percaya sebagai benih asas, tetapi penyuburannya tidak lain dari baja ilmu, bukan baja kepercayaan berterusan, terutama yang telah jauh menyimpang akibat penolakkan daya fikir, yang juga telah menjadikan Muslim anti sains ketuhanan. Hanya kerana tidak dapat memahami ilmu sains, mereka juga menolak orang-orang yang bersains, sehinggalah apabila sains menghasilkan sesuatu manfaat kepada kehidupan mereka, jadilah mereka orang pertama melanggannya.

4. Semakin jelas kesilapan dalam beragama ialah kerana penolakkan konsep maarifatullah sebagai asas. Kemudian dengan penolakkan asas ini, segala kegiatan asas harian tidak lagi berdasarkan kepada ingin mengenal atau mencari Tuhan, jauh lagi dari mengkaji carakerja Tuhan dan Sunnah Tuhan. Kehidupan seharian disebukkan dengan hanya mengkaji carakerja manusia tanpa mahu mengaitkan bahawa, hakikatnya, tiada Tuhan tiada manusia. Tiada yang wujud melainkan yang Esa. Tiada apa-apa boleh berlaku, dan tiada kekuatan melakukan sesuatu, melainkan dengan adanya Dia. Hanya Dia yang berkuasa melaksanakan segala-galanya. Menyebut ‘Dia Dia Dia …’ bukanlah proses mengkaji carakerjanya. Itu mengharapkan keajaiban, sebagaimana salahnya Muslim menggunakan senjata Mukmin, iaitu doa. Tanpa senjata doa, bukan Muslim lebih berjaya kerana penyerapan sebenar konsep doa ke dalam, contoh, Habit 7 Stephen Covey.

5. Sunnah Allah tidak pernah dan tidak akan berubah. Ia mengarah kepada kesatuan. Ilmu sains membuktikan semua mahluk terbentuk dari zarah-zarah halus yang bergelar atom. Kalaulah dapat diterima itu, iaitu dari berbilion jenis mahluk di Alam ini (benda, tumbuahan, binatang, manusia dan lain) adalah berasal dari satu jenis iaitu atom (sebenarnya ada 120 element asas membentuk Alam, Chemistry Table of element), adalah sudah hampir kefahaman ke arah kesatuan Alam. Al Quran juga menerangkan mahluk berasal dari satu, Cuma kita menghadkan di mana satu itu. Ada yang berhenti pada satu Adam, satu cell, satu atom, satu Big Bang, satu ‘Darwin’ dan sebagainya, tanpa mahu mengunjurkan sedikit kepada yang wujud pada zat sebenar.

6. Kedangkalan meneruskan unjuran hanyalah kerana kita masih ada taklid dan taksub (TT) kepada apa yang telah diturunkan melalui zuriat. Seperti berhentinya kesatuan tadi di satu tahap, maka TT kita juga begitu. Yang telah menghapuskan 90% TT pasti mengatakan yang menghilangkan TT pada kadar 30%, sebagai masih TT, sedangkan mereka (yang 90%) masih ada 10% TT untuk dihapuskan. Kalau ia mengambil masa beberapa generasi, dari zaman kecemerlangan Islam kepada zaman perpechahan Islam (kini), Sunnah Allah akan menentukan proses pembetulannya juga akan mengambil masa. Kita mengharap ia tidak begitu lama, tetapi kadarnya bergantung penuh kepada kadar kembalinya Muslim secara keseluruhan, mengambil akal sebagai alat untuk maarifatullah (kenal Allah).

7. Sudah pasti kehilangan akal, mereka yang mengatakan ‘tiada apa di dalam jubahku melainkan Dia’, begitu juga ‘Ana ul Haq’ (Mansur Al-Hallaj) dan sememangnya patut dipisah roh dan jasadnya. Tetapi melalui Al Quran dan kajian ilmu sains, pencarian hakikat menghala ke arah itu. Sudah pasti ada persimpangan yang mengelirukan, tetapi simpang yang perlu di ambil berhampiran persimpangan yang telah salah di ambil. Jadi kenapa kita harus takut mengarah ke persimpangan itu. Hanya akal yang digunakan secara besyukur (ke atas pemberiannya) yang dapat masalahah dalam jubah itu. Ia bukan ke arah pantheism, wahdat al-wujud, Bahá’í Faith’s unity atau sebagainya, tetapi kesatuan ke arah Theory of Everyhing, dengan pandangan dari sudut mereka yang mempunyai benih iman (bukan taklid dan taasub).

#34 Pak Din Says:
December 5th, 2007 at 3:55 am

Usik usik membawa bahagia. Balah berbalah padah ke neraka. Ingat mengingat dah pun dicerita. Masa dah tiba nak layan mata .. ngantuk. Salam.

#32 Pak Din Says:
December 5th, 2007 at 3:42 am

huhuhuhuhu kena beri space lah, takut orang tak tahu. Apa ada pada menyebut tanpa tahu apa yang disebut?

#29 Pak Din Says:
December 5th, 2007 at 1:27 am
Salam ism

1. Kalau dilihat dari fakta dalam 3 bulan SI menerima 6000+ komen dengan 10k komen yang tidak diterima, bukanlah aritkel asal yang bermasaalah, tetapi yang memberikan komen. ”Saifulislam.com bukan agenda suka-suka … gaya bebas tanpa arah dan tujuan…. Saya menulis dengan matlamat. … kembara insan mencari Tuhan”. Terbukti di artikel ”Beragama tanpa Tuhan”, 50% dari komen sesuai untuk padam dari pandangan. Tetapi apa kan daya, itulah SI, menerima apa sahaja pandangan, demi ”mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU.” Lainlah kalau sudah keterlalauan dan bukan ke arah pencarian Tuhan, hanya mahu mengisi masa, menulis sesuatu, tak tentu hala.

2. Kenapa perlu pencarian Tuhan? ”Kalau sudah jumpa, kenapa masyarakat makin binasa? Usahkan dalam majlis lagha, dalam seminar Islam kontemporari pun manusia boleh semacam tidak berTuhan, khususnya ketika tenggelam di dalam debat dan tikam lidah” tak berkesudahan. Ramai yang takut belajar dari Tuhan tetapi mengaku telah berjumpa Tuhan? Memang benar tuhan-tuhan yang ditemui, kerana pelbagai pendekatan dan cara telah dibeza-bezakan. Masing-masing mengaku mendapat petunjuk dan hidayah (Al-Quran dan Sunnah) dari Tuhan, tetapi semuanya hanya bersetuju untuk tidak bersetuju tentang ’Tiada tuhan melainkan Allah’.

3. Beberapa generasi selepas zaman kejatuhan Islam “adalah generasi yang disconnected. Terputus hubungan dengan Allah. Agama yang sepatutnya bertujuan menjawab persoalan siapa aku dan siapa Dia,” menjadi agama ritual semata-mata. Semuanya timbul gara-gara mengenepikan kekuatan fikir, setelah ia digunakan unutk membena zama kegemilangan Islam, gemilang dengan pencapaian dan kemajuan ilmu sainsnya, yang mengkaji kejadian Alam, kepunyaan Tuhan. Apabila berlaku itu (pembekuan akal), persoalan siapa aku dan siapa Dia, tidak dititik-beratkan, hanya cukup menjadi kakak-tua bertasbih di bibir, sedangkan ‘mengenal aku’ tidak ada kena mengena dengan ‘mengenal Dia’.

4. Maka segala niat dan kerja “dibuat atas nama agama, tetapi kesan berTuhankan Allah SWT tidak kelihatan … di mana banyak orang agama, di situlah banyak masalah dan kesulitan” kerana masing-masing memberi pandangan ‘tentang aku’ yang tidak ada kena mengena dengan ‘tentang Dia’. Aku, aku, Dia, Dia. Aku di dunia, Dia entah di mana? (tak boleh tanya!). Salafi, yang asalnya menceritakan tentang zaman, diputarbelit, secara tak sedar menjadi manhaj, mazhab dan sebagainya. Maka tak sesuai Salaf-ul-Soleh, ditukar Salafi-Tajdid, Salafi-Itu, Salafi-Ini, Salafi-Lapuk, Ultra-Salafi dan sebagainya. Begitu juga yang wujudnya satu diharamkan, dan yang wujudnya macam satu (sebenarnya bukan), dibolehkan. Macam mana masyarakat tak makin binasa?

5. Maka yang tidak mahu mencari Tuhan, kerana kononnya telah berjumpa Tuhan, mengajar masyarakat taklid dan taassub kepada ajaran mereka, kerana itu lebih mudah untuk diperjuangkan, dengan modal ‘tak ikut kata, tak masuk syurga’, lain sedikut dari pendekatan zaman Kristian dahulu, ‘siapa nak syurga, belilah sijil’. Tak banyak perbezaannya. Mengetahui manusia senang diperasaankan, pastikan sahaja hati mereka tertawan, biarpun akal jauh bertentangan. Dengan percaya dan perasaan, manusia akan sanggup melakukan apa sahaja, demi syurga, yang menawarkan pun tak pasti!

Dilindungi: R55 Entah kenapa ni?

Kiriman ini dilindungi oleh kata laluan. Untuk melihatnya, sila masukkan kata laluan anda di bawah:


R54 Komen pendek.

R54 Komen pendek

1. #139 Pak Din Says:
December 4th, 2007 at 10:03 am

Niatnya adalah beragama dengan Allah. Tetapi kerana ‘khazanah pintu’ ilmu tak terpilih, maka hatinya jadi tak bersih walaupun kulitnya masih bersih. ‘Usahlah berdengkur’, lalai dengan ritual tak bertujuan, walaupun dengan ‘budi yang baik dan hati pengasih’, semasa memikul belati (tugas) dengan tidak memilih (semua ritual dibuatnya), tetap masih beragama tanpa Tuhan, sekiranya Allah tidak dikenali. Biar kita sentiasa bertafakur, memikirkan tentangNya, bagaimana carakerjaNya, dengan ‘berkata benar dan bermulut fasih’ dan tahu apa yang disampaikan. Niatnya baik, ‘yang mana khilaf, tegur menegur’, tetapi apakan daya Salafi ku, salafi ku .. Salafi mu, salafi mu. Semuga hanya istilah salafinya berbeza, tetapi tidak berbeza apa yang ada di dalam salafi itu (Nabi saw dan sahabat-sahabatnya hanya satu set, tiada yang lain), untuk kembali ke pangal jalan mencari agama dengan Allah. Sebelum tersesat di hujung jalan U-turn lah.

2. #28 Pak Din Says:
December 4th, 2007 at 11:38 pm

Saifulislamism bukanlah dalam ertikata sentiasa bersetuju dengan Ustaz. Itu yang unik Saifulislamism, tarikan kepada satu kelainan yang memberikan ruang meluahkan ’setuju untuk tidak bersetuju’. Ramai yang satu ketika memberikan komen semacam taksub dan taklid, dimasa yang lain komennya berbau anti-SI. Itulah keistimewaan ruangan ‘mencetus fikir ini’ tidak seperti yang lain, di antara yang top 10, tidak menyediakan ruangan sebegitu. Kita tak boleh bidas, bahas, balas kalau konsepnya ialah ‘hukumnya …’. Bukan kata kita tak perlu syariat dan nas, tetapi kita perlu dengan dalil aqlinya sekali. Barulah dapat beragama dengan Allah.

3. #25 Pak Din Says: http://saifulislam.com/?p=1056
December 4th, 2007 at 11:00 pm

1. Kalau saya katakan bahawa kita kena berguru dengan Allah, sudah pasti ramai yang kurang setuju. Di kalangan Muslim terlalu tebal momokkan, kalau belajar tanpa guru, maka syaitanlah yang menjadi guru. Sebenarnya Allah mentrbiah manusia melalui AlamNya. Al Quran menyatakan pada benda, tumbuhan dan binatang (Alam) banyak contoh dan ibarat bagi manusia yang berfikir. Taklid dan taassub, perlu pada pringkat kanak-kanak (pembelajaran) di mana, kita mengharap anak-anak mencontohi ibubapa dalam beribadah, tetapi pada masa yang sama, ilmu yang sebenar, melalui dalil aqli (pengunaan akal) perlu disemai, supaya tidak terus taklid dan taassub selepas kanak-kanak menjadi remaja dan dewasa.

2. Apabila momokan menjadi budaya, maka timbullah taklid dan taasub, ditambah lagi yang berguru tidak dapat membuka minda untuk belajar menggunakan dalil aqlinya. Kalau dia boleh sebut dalil aqlinya pun, kerana dia taqlid dan taasub, bukan kerana kefahaman dari pelajarannya. Sebenarnya terlalu ramai guru yang mengajar dan membentuk murid menjadi taklid untuk kepentingan mereka (pengajar), tanpa disedarinya. Tidak ramai guru yang membimbing, untuk murid berfikir dilandasan yang betul, dengan penekanan bahawa satu hari nanti, pelajar perlu belajar terus dari Allah. Peranan guru sebenarnya, adalah untuk membimbing murid belajar berfikir, sehinggalah murid dapat berfikir sendiri, bukan dengan jalan mudah memomokkan murid bertaklid dan taksub kepadanya.

3. Kalau dilihat dari segi politik (kepimpinan) sekarang ini, keadaannya lebih teruk. Antara kesetiaan (taklid dan taasub) dan kepintaran (penggunaan akal), arus perdana memilih kesetiaan sebagai jalan mudah untuk berjuang, kononnya. Maka terbentuklah masyarakat robot, yang cukup pintar untuk bertaklid, terutama kepada yang menawarkan ketenangan jiwa (dengan menjanjikan syurga), kemewahan harta dan sebagainya. Maka kalau guru (agama terutamanya) dan kepimpinan, telah menitik-beratkan kesetiaan, tidak hairan kalau murid dan masyarakat tidak dapat berfikiran terbuka, dari kehidupan seharian sehinggalah hal-hal agama.

4. #18 Pak Din Says: http://saifulislam.com/?p=1056
December 4th, 2007 at 6:51 pm

Sebagaimana saya percaya adanya Allah dan tidak percaya kepada kebanyakan Muslim bercerita tentang Allah, begitulah saya juga taklid dan taassub kepada Saifulislam dan bersetuju dengan Ustaz “artikel saya menyeru kepada pembebasan diri dari taqlid dan taasub”. Dalam percaya dan beriman kita kena berilmu selepas benih iman tertanam di jiwa, maka taklid dan taassub juga perlu kepada ilmu untuk perlaksanaannya. Bak kata Asmah, ahlak itu ada +ve dan -ve nya.

S06 Blog melepasi 3 bulan

Salam bulan #3

1. 29-Nov menandakan blog saya berumur 3 bulan. Apa yang penting dalam memperingati umur blog, adalah bagi memastikan ianya mencapai tujuan dan matlamat asalnya diadakan. Dengan tidak membuat muhasabah dan melihat kepada kemajuan dan pencapaian, sudah tentu kita tidak menyedari arah mana halatuju yang sebenar. Betigulah juga dengan kehidupan kita seharian. Penting niat dan azam (sebahagian dari DUIT) selaras dengan pembetulan halatuju, perlu dikemaskini setiap masa dan hasil dari penelitian itu, digunakan untuk memperbetulkan situasi yang tersasar atau yang lebih baik memperbaiki apa yang telah dicapai.

2. Walaupun semasa jangka waktu bekerja secara serius selama 17 tahun, saya telah menulis tidak terkira banyaknya surat, lapuran dan berbagai jenis artikel, namun perbezaan penulisan blog saya amat berbeza, dari segi isi yang di tuliskan. Blog saya merupakan luahan, atau lebih tepat cubaan luahan, segala apa yang tersirat di ingatan berkaitan pengalaman mengumpul data-data kehidupan. Semasa sebuk bekerja untuk dunia, saya tidak lupa kepada pencarian jawapan persoalan kehidupan tidak nyata (ghaib) atau kehidupan akhirat. Saya kategorikan sebagai tidak nyata, kerana keperluan kehidupan alam nyata di dunia ini, juga sangat penting untuk diambilkira. Tidaklah menjadi kejayaan sekiranya harapan kejayaan kehidupan akhirat dikejar, tetapi secara tidak sedar kehidupan dunia ditinggalkan. Dunia itu pengukur kejayaan akhirat.

3. Nabi saw diangakt menjadi rasul ketika beumur 40 tahun dan berdasarkan itu, lansung atau tidak, pendapat mengingatkan kita, kehidupan bermula pada umur 40. Pelbagai terjemahan dibuat di situ, berdasarkan suasana persekitaran dan minat yang menterjemah kenyataan itu. Ada yang minat pada menambah tangga pada rumah, terus memetik sunah Nabi sebagai alasan untuk berkhawin lagi, tambahan poket dah agak penuh ketika umur meningkat 40. Ada juga dengan mengjangkau 40, pelbagai jenis penyakit jasmani mula timbul untuk dijadikan kerisauan hidup. Walau apapun kepelbagaiannya, melepasi 40, saya mengalami kehilangan kepercayaan kepada sebahagian besar apa yang dikemukakan kepada saya, oleh orang yang hanya berdasarkan kepada kepercayaan semata-mata, tanpa mahu berfikiran terbuka menanganinya.

4. Maka sebelum berumur 40 cukup taklid saya pada apa yang dikatakan oleh arus perdana. Kalau di Malaysia ini, arus perdananya ASWJ, dalam pada mahu mempertikaikan pendekatan yang diberikan, saya terpaksa akur kerana latarbelakang pelajaran bukan di dalam bidang agama, walaupun semasa kecil terdedah pada sukatan pelajaran Johor yang agak tinggi itu. Kerana kurang berilmu pada waktu itu, segala apa yang diterima perlu ditelan walau tidak diterima akal dan pahit di selera minda. Segala kepahitan menelan itu kesemuanya menjadikan saya sentiasa berfikir dan mengkaji, apa ada disebalik kepahitan yang perlu ditelan itu. Alhamdullilah, bersyukur kepada Allah, apabila melepasi umur 40, saya mendapat kekuatan untuk menolak apa yang tidak mendatangkan selera minda, dengan hujah-hujah untuk menolaknya sekali.

5. Maka satu persatu ilham dari Allah datang, menghurai segala yang telah saya tempuhi dalam kehidupan. Dengan sijil asas kejuruteraan, yang mementingkan logik dan bukti, segala-gala yang berlaku perlu ada dalil aqlinya, walau bagaimana tentangan yang diberikan tentang penggunannya. Kebanyakan penyampaian tradisi dan konventional, tidak mementingkan akal dan kemudian timbul pula mereka yang menganggap tajdid dari tradisi dan konventional, juga tersekat di satu tahap dalam penggunaan akal. Saya mendapati hanya manhaj ilmu sains, yang terbuka luas ke arah penggunaan akal yang maksima. Displin sains memerlukan, pada waktu pembuktian dan pengkajian sesuatu kejadian, kepercayaan seseorang tidak boleh terlibat, sehinggakan ia boleh menimbulkan bias dan prasangka tidak menentu kepada keputusan.

6. Ilmu sains adalah alat untuk menghasilkan bukti. Ia tidak dapat dan tidak boleh menjadi asas membenih kepercayaan atau iman. Keperluan beriman atau percaya perlu, pada asas dan permulaan, tetapi sekiranya ia tidak disambung dengan penggunaan alat (ilmu sains), kepercayaan tersebut akan terus hanya berdasarkan kepercayaan tanpa pembuktian. Itu asas kepincangan umat Muslim hari ini. Terlalu dihantui dengan ugutan kehidupan akhirat, sehingga mati kekuatan pemikiran. Lupakah kita bahawa, hanya dengan pemberian akal, kita layak bergelar manusia? Hanya dengan pemberian ilmu (yang bergantung pada akal) manusia dilantik menjadi khalifah di Bumi Allah ini? Dan beragama itu (Islam) tidak lain hanya kerana berakal? Jadi kenapa pendekatannya selalu menolak penggunaan akal? Untuk mempermudah penyampaian … sehingga semuanya tergelincir dari jalan yang lurus!

7. Dengan belalunya bulan ke 3 ini, saya sudah merasa selesa menulis, walaupun pada asasnya ia tidak berdasarkan mahu menulis, kerana kekuatirkan kesalahan menyatakan fakta dan kebenaran. Tetapi ingatan melepasi umur 40 juga mendewasakan saya untuk menulis berdasarkan tahu atau ilmu, yang saya perlu menulis kerana ramai yang menulis dan menyampaikan tidak berdasarkan fakta atau hanya menyangka fakta sebenar. Ia dibuktikan dengan pelbagaiannya tangapan tentang Syariat Allah yang sebenar. Masing-masing merujuk kepada Al Quran dan Sunnah Nabi yang satu, tetapi tidak menghasilkan satu kesatuan berummah. Bagaimana seterusnya untuk menghasilkan kefahaman kepada kesatuan dalam kehidupan? Hanya menyatakan Allah adalah segala-galanya, tetapi pejalanan hidup seharian tidak membuktikan kefahaman apa yang meniti dibibir. Cakap tidak serupa bikin! (kata yang merempit).

R53 Komen pendek

R53 Komen pendek

1. #132 Pak Din Says:
December 1st, 2007 at 5:47 am

Saya merasakan ada kehilangan satu komen sebelum #130 (8:58) kerana saya merujuk kepada orang bertakwa. Saya kurang pasti perkataan ‘*****’ yang dicadangkan untuk di delete, tetapi perkataan itulah yang digunakan di dalam Al Quran sebelum dita’wilkan. Terserlah kebijaksanaan Ukhti bila mengtakan “Maknanya luas seluas alam ciptaan Allah, bagi mereka yang mengerti”. Bagaimanapun ada satu lagi perkataan yang lebih sensitif iaitu ‘++++++++’ yang maknanya jauh lebih luas. Syabas Ukhti, Hari ke 4 memberi komen atas nama Asmah? Demi memahami tajuk ‘Beragama tanpa Tuhan’ kita manfaatkan ruangan ini. Senyum selalu.

2. #6 Pak Din Says:
December 3rd, 2007 at 12:28 am

Salam trojan

1. Saya lihat pemikiran bahawa material itu tiada kaitan dengan tenaga (energy) juga masih terus tidak diterima di zaman sains ini. Sumber manusia (rohaninya) adalah tidak banyak perbezaan dari jasad manusia (jasmani), di mana kedua-dua hanya wujud pada nama. Dalam kata lain kalau material disalahkan sebagai sumber kepada kebanyakan salah manusia, sebenarnya, rohaninya juga tidak terlepas dari pekara yang sama, kerana kedua-duanya mempunyai sumber asal yang satu, iaitu tenaga dan kuasa. Tanpa jasmani, rohani tidak dapat dihadirkan kepada manusia, maka sepenting mana rohani (sumber manusia) tidak akan berjasa sehingga kita dapat merasakan pentingnya jasmani. Menyalahkan material hanyalah mempunyai unjuran untuk menyalahkan rohani. Saja nak berteori, senyum dalam serius.

2. Allah mangajar manusia untuk mengambil apa sahaja sebagai contoh, sehinggalah kepada sekecil nyamuk. Seperti dipaparkan di dalam Al Quran, sesungguhnya pada binatang, tumbuhan dan benda (kesemuanya sebahagian dari Alam) terdapat banyak contoh bagi manusia yang berfikir dan sentiasa mengingatiNya. Maka dengan berfikiran selari, kita dapat memanfaatkan segalah yang ditarbiahkan Allah melalui Alam. Menjadikan cerita sebagai contoh dalam menyampaikan kefahaman sesama manusia, sememangnya sangat berkesan dan berhasil. Bagimana terawang-awangnya cerita yang mungkin dipaparkan, dengan pengalaman dan kebijaksanaan menjejaki bumi, cerita tersebut boleh menghasilkan asas persekitaran pencerita. Membaca yang tersirat mungkin mengarah kepada kesilapan, tetapi lebih baik dari tidak dapat membaca. Lagenda adalah sebahagian dari fakta membentuk sejarah.

3. Extinction event (http://en.wikipedia.org/wiki/Extinction_event) yang ke 6, dirumuskan sebagai sesuai dengan apa yang dihurai di dalam Al Quran, iaitu disebabkan tangan-tangan manusia. Menyentuh kemusnahan tamadun di dunia sejak dahulu, sudah pasti ketepatan faktur utama iaitu keruntuhan ahlak, tidak dapat disangkal. Tetapi agak kurang tepat sekiranya dikaitkan dengan ketinggi IQ, mungkin ya kalau EQ. Kerana will power yang mendesak, selalunya berdasarkan kepada keyakinan diri yang menghala ke arah yang salah, yang menggunakan atau memanipulasi keyakinan diri yang berarah betul. Berdasarkan kepada teori 20:80 Pareto principle, (http://en.wikipedia.org/wiki/80/20) yang selari dengan ‘sebab nila setitik, rosak susu sebelanga’ menjelaskan, kemusnahan adalah kerana kehilangan akal sebahagian kecil dari ahli masyarakat manusia berakal.

4. Pengalaman manis Ustaz mengembara, seperti yang Ustaz ceritakan, saya kira berlaku bukan mengira tempat, tetapi lebih kepada tindakan Ustaz. Ikut hukum Newton ke 3, selalu keluar kat TV, setiap tindakan akan dibalas dengan tindakan yang sama kuat dan bertentang arahnya. Keterbukaan tuan rumah menyambut tetamu (pengembara) sudah pasti berdasarkan tindak tanduk berahlak tetamu. Yang baik disambut baik dan seebaliknya.

3. #14 Pak Din Says:
December 3rd, 2007 at 6:19 pm

1. Saya tertarik dengan huraian Asmah ahlak yang boleh dipengaruhi +ve dan -ve, kerana banyak istilah yang sedemikian selalunya hanya ditafsir berat sebelah. Contoh ‘malam amal’ dengan majlis yang condong ke -ve sudah pasti jadi ‘amal -ve’. Begitu juga adanya jiwa, hati yang boleh terpengaruh dengan +ve dan -ve. Segala-gala yang di tengah (neutral) boleh terpengaruh dengan agen kejahatan (syaitan) dan ajen kebaikan (malaikah).

2. Pembetulan baris pertama #6 dari ‘tiada kaitan’ kepada “material itu berkaitan dengan tenaga”. ‘Mass–energy equivalence’ http://en.wikipedia.org/wiki/Special:Search?search=matter+energy menerangkan hubungan mass (material, matters). Samada kita faham, itu adalah pekara kedua. Ia adalah hasil kajian sains tentang Alam.

4. #39 Pak Din Says:
December 3rd, 2007 at 12:25 am

Saya faham perasaan pihak yang proaktif, walaupun setelah kita melihat dari pelbagai sudut, untuk merasionalkan keadaan. Malangnya itulah teka-teki yang susah nak jawab ‘kenapa aku tidak mereka?’ Semakin kuat kita berpegang kepada perkahwinan itu seumur hidup, ujiannya akan menjadi semakin banyak. Yang dikuhatiri dari tekanan menjadi tertekan. Hanya DUIT, seperti Shiha kata menjadi penawar mujarab. Dugaan lagi bertambah, bila hasil sinergi dikreditkan samarata di atas modal sinergi yang tidak sama. Kita hanya boleh mengharapkan balasan adil di hari kemudian nanti. Bersabar dan senyum selalu.

5. #36 Pak Din Says:
December 1st, 2007 at 5:44 am

Betul tu Saifuddin, tak ramai yang berkobar bila disebut evolusi, tetapi masing-masing sanggup bermandi asid bila berrevolusi. kalau revolusi sikap itu benar-benar berlaku tak apa juga, tetapi kebanyakannya revolusi semangant ’short sighted’

6. #153 Pak Din Says:
December 3rd, 2007 at 9:21 am

Tak ada apa-apa, cuma Shiha lama hibernate, tiba-tiba keluar komen politik, jadi assume hasil sinergi (no #6 kan?), 1 +1 = dah bertambah satu lagi, semua selamat dan sejehtara.

Sementara itu, dari tuisan Ustaz, dalam berpolitik (kepimpinan), “Mahu tidak mahu, kita tetap merupakan sebahagian dari politik. Sama ada kita berperanan mencorakkan politik, atau kita sendiri menjadi mangsa percaturan politik akibat buta politik. Atau sengaja memejamkan mata terhadapnya”, kita tidak dapat lari dari bersatu, walaupun tidak dalam pemikiran. Dalam penyatuan, sudah pasti hanya satu akan menjadi ketua (executive) dengan segelintir boleh menjadi penasihat. Kebanyakan terpaksa menjadi yang dipimpin, dan kategori ini sebenarnya yang amat menentukan corak kepimpinan, dalam ertikata bahawa ketua yang dilantik adalah hamba (penyelaras) kepada yang dipimpin. Jadi, bersetuju unutk apa yang hendak disatukan itu yang selalu menjadi masaalah, bukan niat nak bersatu yang tak ada.