S001 Bermula bulan ke 6.

Salam semua,

1. Bersyukur kita kepada Allah Azza Wa Jal (awj), dengan limpah kurnia qudrah dan iradah dariNya dapat kita bertemu kembali di halaman ini. Terus terang saya katakan, tiada pekara pokok baru yang ingin diutarakan kerana pada asasnya kehidupan ini adalah berkaitan dengan tauhid atau mengesakan. Sepertimana telah saya sentuh di masa lepas, carakerja Allah mengarah kepada kesatuan (convergent) sementara carakerja mahluk mengarah kepada perpecahan (divergent). Al Quran menekankan bahawa kita tidak akan dapat bertemu dengan perubahan kepada carakerja Allah (Sunah Allah). Sementara penurunan kitab-kitab berbeza mengikut zaman, membuktikan carakerja manusia, sebagai khalifah kepada mahluk, sentiasa berubah mengikut zaman.

2. Mahluk dicipta oleh Allah awj. Sebelum adanya mahluk, zat Allah telah sedia ada atau qidam dan selepas ketiadaan mahluk nanti hanya zat Allah sahaja yang ada atau baqa. Kedua-dua ini jelas kepada kebanyakan kita tentang hanya adanya zat Allah. Yang kurang difahami ramai ialah setelah adanya mahluk atau Alam ini, masih HANYA zat Allah yang ada atau wujud. Mustahil wujud dua zat dengan hanya perbezaan, antara beberapa pendapat, bahawa zat mahluk itu tiada sebelum ada dan kemudian tiada selepas ada. Tidak layak bagi mahluk untuk menggunakan sifat ada. Kalau digunakan kata sifat yang sama bagi menerangkan sifat Allah dan mahluk, ia merupakan hanya sama pada nama atau kata dan tidak sama pada zat atau hakikat.

3. Dengan sifat berkuasaNya Allah (’Az) maka Allah membentuk mahlukNya dengan ‘penjelamaan’ atau ‘penterjemaahan’ (dua perkataan Melayu yang paling hampir untuk menghurai Jal). Kuasa, tenaga dan daya Allah itulah yang tajjali membentuk mahluk. Ini diperhatikan dan dibuktikan oleh saintis dengan rumusan e=mc^2. Maka segala-galanya adalah berasal dari tenaga dan kuasa. Secara saintifiknya kuasa itu ada pengawalan penggunaan tenaga. Allah mempunyai tenaga yang tidak terkira jumlahnya (saintifiknya infinity). Tidak bermakna jumlah tenaga yang banyak jumlahnya sekiranya tidak dikawal penggunaannya. Sebab itu Allah menjadikan sesuatu itu dengan kadar tertentu dan sebab yang ditentukan oleh iradahNya.

4. Kesemua benda (matters) mengandungi mass (m), yang dihurai oleh rumusan di atas, sebagai berhubungan dengan tenaga (e) dan ganda dua kelajuan cahaya (c x c atau c ^ 2) sebagai konstantnya. Ibarat wap air boleh menjadi air sekiranya disejukkan dan air menjadi wap air sekiranya dipanaskan, maka air (cecair) boleh bertukar menjadi wap (gas) dan sebaliknya. Ibarat ini tidak bergitu tepat kerana kedua-duanya masih benda (matters), tetapi ia dapat menggambarkan dari air ia hilang dari pandangan menjadi wap dan kemudian boleh ditukar kembali menjadi air. Dalam rumusan di atas ia mengaitkan hubungan benda (matters) dengan bukan-benda/tenaga (non-matters/energy). Jadi jelas bahawa Alam ini terdiri dari benda (matters), yang kemudiannya menimbulkan konsep ‘materialistic world’, dan tenaga (roh).

5. Di dalam pasa kedua penulisan saya di halaman ini saya akan cuba memaparkan dari sudut ketuhanan segala pemenuan sains yang menyokong kepada adanya kuasa yang membentuk Alam ini. Kita akan juga lihat kemudian bagaimana kuasa ini membentuk jasmani dan rohani Alam. Seterusnya bagaimana kepintaran (intelligent) yang berada bersama Alam itu merupakan tajjali dari adanya Allah. Walaupun mathematik yang terlibat di dalam memahami rumusan-rumusan ini sangat komplek, kita akan cuba menjelajahinya dengan tidak melibatkannya sebaik yang mungkin. Isunya ialah untuk membolehkan kita seterusnya memahami bahagian-bahagian yang positif di dalam percaya dan fikir, arts dan sains, iman dan ilmu, dan sebagainya, yang kemudiannya menerangkan apa itu creationist dan evolutionist.

6. Sebagai manusia, Allah memberikan kita dua kaki dan dua tangan (malah dua bahagian otak) untuk kestabilan dan kekuatan untuk melaksanakan tugas jasmani di dunia. Begitu juga dua carakerja (sunnah atau peraturan) yang akan memastikan perjalanan rohani kita stabil iaitu Sunnah Allah dan Sunnah Mahluk, atau lebih tepat lagi Sunnah Nabi, kerana antara semua mahluk yang ada, Nabi saw telah dipilih untuk menerima wahyu terakhir bagi menjadikan kehidupan manusia ke arah kesempurnaan sebagai khalibah di muka bumi ini. Kalau kecacatan jasmani dengan berkaki satu akan mendatangkan masaalah kepada manusia, maka kepincangan mengikuti kedua-dua sunnah juga akan menyebabkan masaalah besar kepada rohani manusia.

7. Topik utama di bawah Sunnah Nabi akan menyentuh banyak tentang kegiatan ekonomi, kerana ekonomi merupakan kayu ukur yang berkesan untuk melambangkan kegiatan sosial manusia, walau sensitif mana ia akan dilihat oleh sesetengah pehak. Ekonomi juga diberikan penekanan oleh Nabi saw, dengan peringatan bahawa berniaga itu adalah 90% dari sumber rezeki. Nabi saw juga menghabiskan jangka masa yang panjang bekecimpung di dalam bidang ekonomi dengan berniaga, sebagai menyediakan asas keperluan diri sebelum dilantik untuk membawa tugasan yang lebih berat berdakwah kepada manusia di persekitaran, khasnya dan seluruh dunia amnya.

2 Respon to “S001 Bermula bulan ke 6.”


  1. 1 Adros Februari 15, 2008 pada 4:09 pm

    Ingin tahu maksud perkataan ‘TAJJALI’..

  2. 2 shar Februari 15, 2008 pada 5:22 pm

    Ada artikel saya dalam siri DARWIN yang menyentuh itu tetapi sebagai contoh kita ambil dunia kapas, maknanya kapas sebagai bahan paling asas. Dari kapas kita buat benang kemudian kain dan seterusnya digunting menjadi baju. Sifat-sifat baju itu tidak lain daripada menggunakan sifat-sifat asas bahan yang membentuknya, maka bolehnya baju yang hanya ada pada nama adalah kerana tajalli sifat kapas yang ada pada zat. DARWIN32 Sekejap tiada sekejap ada .

Tinggalkan jawapan