S002 Allah dan AlamNya.

1. Setiap hari Muslim menunaikan solah lima waktu dengan membaca 17 kali surah Al Fatehah. Ditambah dengan wirid selepas solat dan situasi lain, sangat mudah untuk Muslim membaca 40 kali Al Fatehah setiap hari. Apakah banyaknya bilangan membaca Al Fatehah itu menjadikan Muslim benar-benar Islam. Jawapan sebenarnya ialah ‘ya’ kerana tidak layak (dari segi bahasanya) untuk seseorang itu digelar Muslim sekiranya ia tidak berpegang teguh dan memahami apa itu Islam. Bagi tujuan muhasabah, kita selalu dengar, Islam dan Musim tidak berjalan kepada arah yang sama, maka timbul siapa yang bersalah? Islam atau Muslim, walaupun sebenarnya, seperti tadi Muslim itu adalah penganut Islam.

2. Situasi sebegini timbul kerana Muslim semakin jauh dalam membuat penafsiran kepada erti Islam sebenar. Dari kecil kebanyakan Muslim diajar atas dasar percaya dan ikut sahaja, dengan meletakkan kedudukan fikir ke tepi. Dengan latihan sebegini, cara pemikiran bukan setakad membesar dengan taklid semata-mata, malah memberikan zuriat taklidnya kepada keturunan seterusnya. Pengajaran Islam juga dilaksanakan oleh pendakwah yang hanya mementingkan percaya dan ikut sahaja, tanpa mahu atau tahu bagaimana pentingnya meningkatkan keparcayaan tersebut kepada tingkat iman yang lebih tinggi, iaitu tingkat iman ilmu.

3. Ilmu tidak akan diperolehi tanpa penggunaan akal. Kepincangan Muslim yang disebut di atas, adalah kerana merasakan ilmu itu diperolehi hanya dengan membaca wahyu, tanpa mahu memikirkan situasi dan keadaan persekitaran wahyu diberikan. Contoh biasa “N Adam dijadikan dari tanah” sepatutnya dibaca sebagai “N Adam dijadikan dari (unsur-unsur) tanah”. Masih ramai yang mempertahankan apa yang tersurat dari yang tersirat, hanya kerana kononnya, mereka akan menjadi lebih beriman. Pemikiran sebegini yang terus menutup minda Muslim dan akhirnya Sunnah Allah melaksanakan “Khatama Llahu ‘la kulub bihim”. Bukan Allah yang hendak menutup, tetapi Allah telah menetapkan dalam carakerjaNya (SunnahNya), orang yang berciri sedemikian, akan menjadikan penutupan itu belaku.

4. Allah membentuk Alam (segala mahlukNya) dengan tanaga dan kuasaNya. Setiap apa yang ada di Alam ini (termasuk manusia) adalah menifestasi (tajjali) kekuasaanNya. Iaitu bahan asas kepada wujudnya Alam ini adalah tenaga dan kuasa Allah awj. Tiada sesuatu berlaku dan tida kekuatan untuk sesuatu berlaku, melainkan dengan hadirnya tanaga dan kuasa Allah awj. Inilah yang telah dibuktikan oleh penemuan sains oleh sainstis yang sentiasa berkerja keras memerah otak memikirkan tentang bagaimana Alam ini dijadikan. Maka Allah dan Alam tidak terpisah dan sudah pasti kita merasakan kehadiranNya, tetapi kita mustahil akan dapat melihatNya dengan pandangan mata jasad. Hanya dengan akal yang terlatih akan dapat menyelami kesenian yang unggul kehadiran Allah dalam AlamNya.

5. Dari penemuan sains, terdapat 4 daya (istilah sains yang berkaitan dengan tenaga dan kuasa) asas yang hadir di Alam ini untuk membentuk segalanya, samasa dalam bentuk asas tenaga (rohani) atau bertukar menjadi materi (jasmani). Sainstelah menemui bahawa beberapa ketika selepas pembentukan Alam (Big Bang) kesemua daya ini adalah satu, yang kemudiannya berpechah menjadi 4 daya asas utama yang diketahui sekarang. Rajah di bawah menunjukkan pecahan dari 1 kepada 4 daya tersebut. Video Z002 menceritakan perincian proses yang berlaku.

6. Apa yang perlu difikirkan ialah kenyataan bahawa carakerja Allah mengarah kepada kesatuan, iaitu asasnya hanya Allah yang wujud dengan zat, yang kemudiannya membentuk segala yang kita nampak sebagai ‘wujud’ di Alam ini. Maka wujud Allah dan wujud mahluk adalah dua wujud yang sangat berbeza dan sebenar tidak layak wujud mahluk diistilahkan sebagai wujud, melainkan diistilahkan sebagai ‘wujud pada nama’, sementara wujud Allah adalah wujud pada zat. Wujud pada nama bukanlah wujud yang sebenar atau hakiki kerana wujudnya memerlukan kepada wujud yang lebih asas, iaitu wujudnya Allah. Penemuan sains ini yang dirujuk sebagai ‘Teori of Everything (TOE)’ adalah tidak sama dengan konsep Wahdatul Wujud seperti yang pernah diperkenalkan oleh Al-Hallaj, ‘Tiada apa di dalam jubahku melainkan Allah’.

7. Kefahaman kepada TOE akan memudahkan lagi kita membuktikan keesaan Allah. Bagaimanpun ia tidak semudah yang disangka, kerana pemikiran akal banyak yang tersangkut atau terhalang oleh keenganan manusia menggunakan akal semaksima mungkin disebabkan perangkap adat, seperti disebut di perenggan 3. Timbulnya persoalan mengapa ramai saintis tidak mengakui kehadiran Allah adalah kerana mereka pula tidak memulakan pembuktian dengan kepercayaan adanya Allah sebagai asas permulaan. Maka saintis menjadi akur Sunnah tetapi enkar Allah. Sebaliknya kaum Muslimin yang tidak berganjak dari permulaan percaya (yang seterusnya tidak membuktikan kepercayaan itu) menjadi kumpulan yang akur Syariat tetapi masih engkar Allah. Maka kedua-duanya tidak mengenal Allah tetapi akur kepada Sunnah dan SyariahNya. Ibarat kita perlukan pertolongan seseorang, tetapi kita tak berminat mengetahu keupayaan dirinya.

0 Respon to “S002 Allah dan AlamNya.”


  1. Tiada Komen

Tinggalkan jawapan