Ayat-ayat Al Quran yang telah dirujuk
Ayat 1:185 Bhg 19
Ayat 6:57 Bhg 11
Ayat 6:90 Bhg 10
Ayat 30:8 Bhg 13
Ayat 32:9 Bhg 12
Ayat 33:23 Bhg 18
Ayat 55:19 Bhg 15
Ayat 96:1-7 Bhg 21
A
Falsafah carakerja Haliq
Ayat-ayat Al Quran yang telah dirujuk
Ayat 1:185 Bhg 19
Ayat 6:57 Bhg 11
Ayat 6:90 Bhg 10
Ayat 30:8 Bhg 13
Ayat 32:9 Bhg 12
Ayat 33:23 Bhg 18
Ayat 55:19 Bhg 15
Ayat 96:1-7 Bhg 21
A
96:1-10 Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu. Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah., Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. Ketahuilah! Sesungguhnya manusai benar-benar melampaui batas, kerana dia melihat dirinya serba cukup. Sesungguhnya hanya kepada Tuahanmulah kembali(mu).
17 Surah Fatir ayat 29-30 pula Allah berfirman, “Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan solat serta mendermakan sebahagian daripada apa yang Kami kurniakan secara bersembunyi atau terang-terangan, mereka mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian. Supaya (dengan itu) Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahkan kepada mereka kurniaannya. Allah Maha Pengampun lagi sentiasa membalas sebaik-baiknya.”
Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) NYAMUK hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya) - Al-Baqarah : 26
Surah AnNuur : 35
اللَّهُ نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ مَثَلُ نُورِهِ كَمِشْكَاةٍ فِيهَا مِصْبَاحٌ الْمِصْبَاحُ فِي زُجَاجَةٍ الزُّجَاجَةُ كَأَنَّهَا كَوْكَبٌ دُرِّيٌّ يُوقَدُ مِن شَجَرَةٍ مُّبَارَكَةٍ زَيْتُونِةٍ لَّا شَرْقِيَّةٍ وَلَا غَرْبِيَّةٍ يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِيءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ نُّورٌ عَلَى نُورٍ يَهْدِي اللَّهُ لِنُورِهِ مَن يَشَاءُ وَيَضْرِبُ اللَّهُ الْأَمْثَالَ لِلنَّاسِ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
Allah adalah cahaya langit dan bumi. Perbandingan cahaya-Nya laksana misykat (sebuah lubang dinding yang tumpat), yang berisi sebuah lampu yang amat terang di dalam sebuah kaca dan kaca itu bersinar laksana bintang mutiara, ia dinyalakan dengan minyak dari sejenis pokok yang amat berkat iaitu pokok zaitun yang tumbuh tidak di sebelah Timur dan tidak pula di sebelah Barat. Minyaknya sahaja hampir-hampir memancarkan cahaya yang terang walaupun belum disentuh api. Iaitu cahaya yang berlapis cahaya. Allah menunjukkan kepada cahaya-Nya siapa sahaja yang dikehendaki-Nya. Dan Allah membuat perbandingan-perbandingan kepada manusia dan Allah maha Mengetahui segala sesuatu.
17:12 Dan Kami jadikan malam dan siang itu dua tanda (yang membuktikan kekuasaan kami), maka Kami hapuskan tanda malam itu (sehingga menjadi gelap-gelita), dan Kami jadikan tanda siang itu terang-benderang supaya kamu mudah mencari rezeki dari limpah kurnia Tuhan kamu dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan hitungan hisab (bulan dan hari) dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu (yang kamu perlukan untuk dunia dan agama kamu), Kami telah menerangkannya satu persatu (dalam Al-Quran) dengan sejelas-jelasnya.
17:15 Sesiapa yang beroleh hidayat petunjuk (menurut panduan Al-Quran), maka sesungguhnya faedah petunjuk yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja) dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah).