Arkib untuk kategori 'DARWIN'

M001 Respond to Muhtar Suhaili

di Mei 11, 2008 pada 9:19 am12 shar
Salam semua

Mahasuci Allah yang telah membentuk segala yang ada di Alam ini termasuklah manusia, dari tiada kepada ada. Bagaimanapun sekiranya kita mengatakan bahawa Dia mengadakan kita dari tiada dengan yang sesuatu yang tiada, maka implikasinya ialah adanya sesuatu yang lain daripada zatNya. Secara saintifiknya, terbatallah Thermodyamic Law no satu, itupun kalau kita percaya dengan sains dan cuba untuk mengaitkannya dengan akidah kita.

Kita sebagai roh, yang diberikan jasad di Dunia, melalui 7 phasa kehidupan di alam Allah. Dengan adanya roh (pemandu) dan jasad (kenderaan) maka kita di gelar An Naas (pelupa) kerana semamangnya itu yang berlaku. Di alam roh sebelum diberikan kenderaan baru, roh kita telah kenal dengan sekenal-kenalnya Allah, tetapi akibat kecanggihan BMW (kenderaan) yang diberikan, terus lupa diri dan mememandu laju, tanpa menghiraukan had-laju dan peraturan yang disediakan.

Alam ke3 yang akan kita lalui ialah alam Barzah, persempadanan, antara kebangkitaan dan keduniaan. Dan kita tidak lagi berada di di dimensi yang sama seperti di dunia, kerana kereta kita dah reput, bukan dimakan ulat dari tanah, tetapi ulat yang hidup dari microorganism yang sememangnya hidup bersama kita di dunia, walaupun tidak kita sedari atau tidak kita mahu menerima keberadaannya. Kita (roh) tidak ke kubor, tetapi ke alam Barzah. Kalau kita ke kubur mudahlah untuk kita mengelak soalan dengan menyertai projek membeku jasad yang berleluasa sekarang ni.

Kehidupan yang ke4 ialah apbila kita dikejutkan dengan semboyan alam kebangkitan, bukan dari tidur lena di kubur, tetapi dari alam barzah. Protein-protein jasad kita tadi telah bertuka dari complex molecules kepada basic element seperti hidrogen, oxygen dan sebagainya dan diserap oleh akar-akar dan udara yang ada di persekitaran kawasan kubur. Allah telah mengajar kitar semua dari azali.

Kehidupan ke5 apabila kita berkumpul untuk kemudian menerima buku akaun (kehidupan ke 6) dan akhirnya mendapat balasan (ke7). Setiap fasa mengambil masa yang lama dan Al Quran mengingatkan “Adakah kau ingat kau hidup lama di dunia?”

Maka mendefinasikan mati sebagai ‘habislah, tiada kehidupan lagi’ merupakan satu mitos yang perlu diperbaharui kalau tidak mahu diperbetulkan. Setuju dengan kenyataan Dunia bahawa hidup itu untuk mati, tetapi aktifnya kita di dunia menggunakan nikmat Allah, akan menunjukkan adakah kita akan bersikap ‘habislah … mati’ di alam-alam berikutnya.

di Mei 10, 2008 pada 10:32 am12 shar
Salam semua

Bukan kali pertama di sini, tetapi tergerak untuk meneliti motto yang sdr kemukakan “Kecemerlangan Akhirat Melalui Prestasi Hidup Di Dunia”.

Atas dasar ‘berkongsi idea minda’ sudah pasti saya bersetuju dengan motto di atas sebagaimana juga saya sanga setuju dengan motto SI (maaf di sini pula?) “Erti hidup pada memberi”.

Apabila saya membaca ‘mayat yang cemerlang’ maka timbullah perbezaan yang memerlukan sync pulse. Saya berpendapat kita adalah roh, yang diberikan jasad unutk menjalani ujian kehidupan di Dunia untuk menentukan kedudukan di Akhirat. Maka jasad itu adalah kenderaan bagi kita. Bila kita dah tak suka dengan jasad dan meninggalkannya, roh (kita) tidak ke kubur, kerana yang ke situ adalah kenderaan buruk kita. Kita diberikan kenderaan baru di Akhirat nanti untuk pergi menerima Buku Akaun Amalan.

Kecemerlangan di Akhirat sudah pasti berdasarkan aktifnya kegiatan di Dunia ke arah tujuan hidup, yang yang kita asasnya ialah mengenal Tuhan. Kalau keaktifan di Dunia itu tidak disandarkan kepada kenalnya kita (roh) kepada Pembentuknya, maka jadi kita seorang yang sangat kuat bekerja dan sangat banyak memberi, tetapi masih tidak memenuhi sasaran, kerana tidak mengenal tuan punya diri yang memodalkan segalanya. Sebab itu pentingnya “Awal Ad Din MaarifatuLlah”

S008 Barisan itu warisan.

Kereta lembu baru tiba di Kota Melaka. Bukan pilihan utama menaiki kereta lembu tetapi kerana kekangan semasa selalu membuatkan kita tak mempunyai pilihan. Tetapi awas jangan sampai kita tidak membuat pilihan kerana mahluk yang tidak membuat pilihan sebenarnya membenarkan mahluk lain membuat pilihan untuknya. Yang malangnya dia kemudian mengatakan dah suratan takdir. Dah ketentuanNya. Allah juga yang disalahkan akhirnya, walaupun dia yang membuat kesalahan tidak membuat pilihan. Jauh sekali membuat pilihan yang tepat. Kerana ilmu yang kurang se kolah.

Kota Melaka jatuh semasa pemerintahaan Islam kepada Protugis. Sayur orang Islam kalah bertanding pada sayur Ah Cheong (selalunya bukan Islam) kerana sebab yang sama. 500 tahun dijalah kini Melayu dah memerintah kembali. Malangnya adakah Melayu (yang selalunya Islam) mudah lupa diri atau tekanan pasaran hawa nafsu lebih menentukan halatuju kehidupan sendiri? Apakah Melayu perlu menjadi bukan Melayu untuk menyedari dan mempelajari apa yang telah berlaku? Kini susah payah Parameswara membangunan Kesultanan Melayu di Melaka, yang 100 tahun kemudiannya tersungkur kerana hambatan nafsu, nampaknya sedang berlaku lagi. Setelah 50 tahun merdeka dari susah payah pejuang kemerdekaan, isu cara kerja manusia mula menguasai nafsu penduduknya yang bergelar Melayu, kalau tidak Muslim.

Tahukah anda jarak antara masjid di Malaka adalah yang paling banyak hampir antara satu dengan yang lain, dan yang paling banyak umurnya di antara yang ada? Tapi isunya bukan masid di Melaka. Tetapi di msjid di mana tradisi lama telah dipecahkan. Bukan perlu dibaca dengan nada suka atau duka. Sokong atau bantah. Baca dengan akal yang berirama RAP, Ransangan Akal bukan Perasaan. Peringatan “ .. jangan menggunakan masjid untuk berpolitik”. Apakah politik sebenar terlalu kotor untuk dilaksanakan di masjid? Apakah politik itu bukan akhirnya menentukan kempimpinan? Bukankah kempimpinan itu sesuatu yang sangat asas kepada manusia? Sehinggakan “Aku ingin menjadikan seorang kahlifah (pemimpin) di muka bumi”.

Apa yang berlaku membuktikan siapa sahaja bermain (bukan berkerja atau beribadah) politik, caranya sama sahaja, sehinggakan mereka sendiri tahu ia tidak layak dikerjakan atau diibadahkan di masjid. Maka sebab itu barisan itu warisan. Barisan pemimpin dan barisan pembangkang telah memerintah Malaysia sejak kemerdekaan. Hanya selepas 50 tahun kematangan kedua-dua barisan nampak setara atau setanding. Dahulunya hanya catu tahu cara-cara kawin campur. Sekarang kedua-duanya dak tak tahan nafsu untuk berkahwin campur. Biarpun akidah yang berbeza. Biarpun apa alasan yang terpaksa dikemukakan untuk menghalalkannya. Kuatkan sedikit irama RAPnya.

Maka robohlah Kota Melaka. Angkara hasad dengki sesama bangsa. Bukan Portugis beberapa kerat yang datang itu kuat jasmaninya, tetapi rohani Melayu di Melaka yang terlalu lemah semangatnya. Ditambah semangat buluh runcing yang ditaufankan kepada jelata, Menyeru (berdoa) hanya mengiungatkan Allah menjalankan kerjaNya, tanpa mahu memahami seruan itu sepatutnya dihalakan kepada dirinya sendiri. 1 billion Muslim mengangkat tangan agar sea hawk tak meletup di Baghdad, 1 Bush diberikan keizinan menghancurkannya. Kehebatan Sunatullah berbanding saudaranya.

S007 Selamat memblog Dr M

www.chedet.com

Semuga hari-hari berlalu dapat dimanfaatkan dengan penulisan dari pengalaman lalu.

S006 Buku yang #3

Baru 2 bulan tak buat, dah bertukar pulak format WP, kena belajar baliklah nampaknya. Maaf ya gambar tak keluar.

S005 Bulan Agama menjadi Sharudin.com

Salam semua

Mulai 1hb Mei 2008 blog ini beralamat sharudin.com

S004 Antara buku yang ada 2.

Testing .. aduh kecilnya. Kecil pun tak apa lah!

S003 Antara buku yang ada 1.

Testing .. aduh kecilnya.

S002 Allah dan AlamNya.

1. Setiap hari Muslim menunaikan solah lima waktu dengan membaca 17 kali surah Al Fatehah. Ditambah dengan wirid selepas solat dan situasi lain, sangat mudah untuk Muslim membaca 40 kali Al Fatehah setiap hari. Apakah banyaknya bilangan membaca Al Fatehah itu menjadikan Muslim benar-benar Islam. Jawapan sebenarnya ialah ‘ya’ kerana tidak layak (dari segi bahasanya) untuk seseorang itu digelar Muslim sekiranya ia tidak berpegang teguh dan memahami apa itu Islam. Bagi tujuan muhasabah, kita selalu dengar, Islam dan Musim tidak berjalan kepada arah yang sama, maka timbul siapa yang bersalah? Islam atau Muslim, walaupun sebenarnya, seperti tadi Muslim itu adalah penganut Islam.

2. Situasi sebegini timbul kerana Muslim semakin jauh dalam membuat penafsiran kepada erti Islam sebenar. Dari kecil kebanyakan Muslim diajar atas dasar percaya dan ikut sahaja, dengan meletakkan kedudukan fikir ke tepi. Dengan latihan sebegini, cara pemikiran bukan setakad membesar dengan taklid semata-mata, malah memberikan zuriat taklidnya kepada keturunan seterusnya. Pengajaran Islam juga dilaksanakan oleh pendakwah yang hanya mementingkan percaya dan ikut sahaja, tanpa mahu atau tahu bagaimana pentingnya meningkatkan keparcayaan tersebut kepada tingkat iman yang lebih tinggi, iaitu tingkat iman ilmu.

3. Ilmu tidak akan diperolehi tanpa penggunaan akal. Kepincangan Muslim yang disebut di atas, adalah kerana merasakan ilmu itu diperolehi hanya dengan membaca wahyu, tanpa mahu memikirkan situasi dan keadaan persekitaran wahyu diberikan. Contoh biasa “N Adam dijadikan dari tanah” sepatutnya dibaca sebagai “N Adam dijadikan dari (unsur-unsur) tanah”. Masih ramai yang mempertahankan apa yang tersurat dari yang tersirat, hanya kerana kononnya, mereka akan menjadi lebih beriman. Pemikiran sebegini yang terus menutup minda Muslim dan akhirnya Sunnah Allah melaksanakan “Khatama Llahu ‘la kulub bihim”. Bukan Allah yang hendak menutup, tetapi Allah telah menetapkan dalam carakerjaNya (SunnahNya), orang yang berciri sedemikian, akan menjadikan penutupan itu belaku.

4. Allah membentuk Alam (segala mahlukNya) dengan tanaga dan kuasaNya. Setiap apa yang ada di Alam ini (termasuk manusia) adalah menifestasi (tajjali) kekuasaanNya. Iaitu bahan asas kepada wujudnya Alam ini adalah tenaga dan kuasa Allah awj. Tiada sesuatu berlaku dan tida kekuatan untuk sesuatu berlaku, melainkan dengan hadirnya tanaga dan kuasa Allah awj. Inilah yang telah dibuktikan oleh penemuan sains oleh sainstis yang sentiasa berkerja keras memerah otak memikirkan tentang bagaimana Alam ini dijadikan. Maka Allah dan Alam tidak terpisah dan sudah pasti kita merasakan kehadiranNya, tetapi kita mustahil akan dapat melihatNya dengan pandangan mata jasad. Hanya dengan akal yang terlatih akan dapat menyelami kesenian yang unggul kehadiran Allah dalam AlamNya.

5. Dari penemuan sains, terdapat 4 daya (istilah sains yang berkaitan dengan tenaga dan kuasa) asas yang hadir di Alam ini untuk membentuk segalanya, samasa dalam bentuk asas tenaga (rohani) atau bertukar menjadi materi (jasmani). Sainstelah menemui bahawa beberapa ketika selepas pembentukan Alam (Big Bang) kesemua daya ini adalah satu, yang kemudiannya berpechah menjadi 4 daya asas utama yang diketahui sekarang. Rajah di bawah menunjukkan pecahan dari 1 kepada 4 daya tersebut. Video Z002 menceritakan perincian proses yang berlaku.

6. Apa yang perlu difikirkan ialah kenyataan bahawa carakerja Allah mengarah kepada kesatuan, iaitu asasnya hanya Allah yang wujud dengan zat, yang kemudiannya membentuk segala yang kita nampak sebagai ‘wujud’ di Alam ini. Maka wujud Allah dan wujud mahluk adalah dua wujud yang sangat berbeza dan sebenar tidak layak wujud mahluk diistilahkan sebagai wujud, melainkan diistilahkan sebagai ‘wujud pada nama’, sementara wujud Allah adalah wujud pada zat. Wujud pada nama bukanlah wujud yang sebenar atau hakiki kerana wujudnya memerlukan kepada wujud yang lebih asas, iaitu wujudnya Allah. Penemuan sains ini yang dirujuk sebagai ‘Teori of Everything (TOE)’ adalah tidak sama dengan konsep Wahdatul Wujud seperti yang pernah diperkenalkan oleh Al-Hallaj, ‘Tiada apa di dalam jubahku melainkan Allah’.

7. Kefahaman kepada TOE akan memudahkan lagi kita membuktikan keesaan Allah. Bagaimanpun ia tidak semudah yang disangka, kerana pemikiran akal banyak yang tersangkut atau terhalang oleh keenganan manusia menggunakan akal semaksima mungkin disebabkan perangkap adat, seperti disebut di perenggan 3. Timbulnya persoalan mengapa ramai saintis tidak mengakui kehadiran Allah adalah kerana mereka pula tidak memulakan pembuktian dengan kepercayaan adanya Allah sebagai asas permulaan. Maka saintis menjadi akur Sunnah tetapi enkar Allah. Sebaliknya kaum Muslimin yang tidak berganjak dari permulaan percaya (yang seterusnya tidak membuktikan kepercayaan itu) menjadi kumpulan yang akur Syariat tetapi masih engkar Allah. Maka kedua-duanya tidak mengenal Allah tetapi akur kepada Sunnah dan SyariahNya. Ibarat kita perlukan pertolongan seseorang, tetapi kita tak berminat mengetahu keupayaan dirinya.

R65 Terima kasih SI kerana ruang dan peluang.

1. #30 Pak_Din Says:
February 14th, 2008 at 2:39 am
Salam semua,
Kisah singa dan rusa sangat menarik … tetapi saya selalu ingat ‘Early bird catches first worm’ … being first does matter, from the right angle. MFR … dah lama tak tengok cerita, tapi cerita tu habis saya tengok, mungkin pasal budak sixth sense.

2. #5 Pak_Din Says:
February 14th, 2008 at 12:37 pm
Saya lebih suka compilation ‘budak 6th sense’ tu dari ‘testing ceramah’ yang kurang audio-less-visualnya, hehe.
Untuk tidak hilang wang pertaruhan, jangan pertaruhkan semangat buluh runcing di zaman tekan butang ni. 2/3 yang ada tidak ada masaalah tayar bocor untuk meneruskan perjalanannya. Saya faham ada tyre balancing dan wheel alignment yang perlu dibuat, tetapi setiap kali wiper rosak (masaalah yang agak kecil) kita beli kereta baru tu, sama dengan semangat buluh runcing.
Ada lagi ke siri ‘budak 6th sense’ tu, yang akan datang? Terima kasih.

3. #14 Pak_Din Says:
February 14th, 2008 at 2:38 pm
Dalam isu berdoa ni kita perlu berhati-hati mengendalikan senjata yang diberikan. Tak tahu menggunakan dan tidak mahu tahu menggunakan senjata menjadikan senjata Mukmin ibarat Gajah Putih, kalau tidak lebih teruk lagi memusnahkan diri Muslim. Ada satu kata-kata yang selalu saya ingat ‘Tak berdoa kufur dan berdoa syrik’. Kalau setiap kali berdoa hanya mengingatkan Allah tentang kerja yang sepatutnya Dia lakukan, contoh ‘Ya Allah berikan kemenangan Muslim ke atas bukan Muslim’, kita hanya mengingatakn Allah, semacamlah Allah lupa kerjaNya. Sebab itu berdoa jadi syrik, kerana mengarah Allah memberikan sesuatu. Sebaliknya kalau tak berdoa sudah pasti kita akan menjadi kufur kerana tidak menghayati kesempurnaanNya.

Doa itu tidak boleh dijadikan satu pulau sendirian. Doa, Usaha, Iltizan dan Tawakal (DUIT). Doa sepatutnya menyeru diri (mengingatkan diri) supaya berazam membuat pillihan terbaik (Ikhtiar) dan dengan azam itu diterjemah menjadi usaha mengikut Sunnah Allah, contoh mengambil tahu kenapa sawi Ah Chong subur dari sawi Ali. Ramai Muslim yang berdoa kemudian berusaha, bukan untuk mengambil tahu (belajar) sawi AC subur, tetapi sibuk dengan Fardu Ain semata-mata tanpa mahu mengetahui keperluan FA itu diadakan. Fardu Kifayahnya untuk memastikan, seperti kata Ustaz, “kesempurnaan usaha melengkapi syarat kemenangan” dianaktirikan.

4. #17 Pak_Din Says:
February 15th, 2008 at 11:32 am
Terima kasih Ustaz atas alu-aluan. Saya tak ke halaman lain pun semasa cuti. Memang rindu nak menulis di SI ni. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Ustaz atas milestone terbaru dengan penerokaan ke Timur Tengah, walaupun ia bukannya suasana baru bagi Ustaz. Sudah pasti kejayaan akan datang buat Ustaz dan sesiapa sahaja yang meniti usaha mengikut acuan Allah. Sunnah dan peraturanNya menentu segalanya. Syabas sekali lagi.

Sesekala di masa akan datang saya akan bercuti lagi, tujuan untuk memuhasabah apa yang telah ditulis. Ditambah pula dengan mode ‘menulis tetapi bukan penulis’ memaksa graph mood penulisan turun-naik. Mungkin ia satu kelemahan diri saya tetapi itulah yang saay cuba untuk perbaiki dan mencari kekuatan di dalam kelemahan yang ada. Walau apapun yang dapat dirumus dari turun-naik mood itu, ia adalah jatidiri saya dalam merentasi hutan belentara kehidupan yang penuh dengan ujian ini.

Menyentuh hal perang, atau lebih tepat bemain mercun, saya melihatnya sebagai bukti kepada benarnya kata-kata bahawa kepercayaan semata-mata itu, bersifat bahaya asasnya. Tanpa ilmu dan pengetahuan yang kemudian membuktikan kepercayaan, manusia sesat di dalam banyak aspek kehidupan. Mungkin mercun bagi mereka tetapi apa kata meraka kepada apa yang mereka kata sebagai gangguan kepada mereka yang berdasarkan kepada kepercayaan sahaja.

5. #24 Pak_Din Says:
February 15th, 2008 at 12:54 pm
Kalau kita percaya kenaikan harga adalah kerana BN maka betullah kepercayaan itu, tetapi sebaliknya sekiranya kita percaya dan kemudian berpengetahuan tentang ilmu ekonomi, kita akan dapati kepercayaan itu meleset. Kenaikan harga tiada kaitan hampir dengan siapa memerintah, ia berkait rapat dengan siapa yang memilih pemerintah, iaitu pengguna. Kerakusan pengguna yang menaikkan harga barang. Buktinya tunggu bulan puasa nanti, dimana kita percaya bahawa dengan datangnya Ramadan pengambilan barang makanan sepatutnya berkurangan, tetapi hakikat menunjukkan sebaliknya. Inilah kuasa percaya tanpa bukti. Untuk yang duduk atas pagar lompat kepada percaya dan fikir dan bukan percaya semata-mata.

6. #41 Pak_Din Says:
February 15th, 2008 at 4:27 pm
Dasar perjuangan kedua-dua sebenarnya sama, cuma beza satu Hadari (lebih fikir) satu lagi Popular (lebih percaya). Bagaiman boleh berbeza kalau kedua-dua BA dan BN punya rakan kongi yang berlainan akidah. Wajib kita memperbetulkan salah tanggapan bahawa yang satu tu sahaja yang berjuang untuk Islam.

7. #17 Pak_Din Says:
February 15th, 2008 at 4:36 pm
Kesian Ustaz, Ini kes guna matahari sebagai lampu suluh sampaikan tak nampak tulisan yang ada.

8. #39 Pak_Din Says:
February 15th, 2008 at 5:59 pm
Untuk tidak termakan ‘ubat racun’ eloklah diandaikan BA tidak menang kerana sebelum bertanding lagi jawapan kepada kegagalan memerintah telah diberikan … termakun racun. Saya lebih kuhatir rarun-racun PRU semasa kempen yang samar, yang selalunya berdasarkan andaian dan jangkaan yang dibuat tanpa pengalaman. Memanglah kalau tidak diberi peluang pertama, masakan boleh ada pengalaman, tetapi itulah kekhuatiran yang ada di sudut benak. Belum berjaya mengendali skala mini dan memasang semangat mengejar skala mega. Belum pasti boleh berjalan dah berkempen mengajak berlari. Kita perlu menghayati realiti kerana fantasi senang diperolehi di alam maya (cyber) sekarang ini. Belum belajar membuktikan percaya sudah mahu membuat andaian.

Kepada YusMMu, saya bukan rindukan Mahathir, tetapi saya rindukan orang-orang yang berwawasan seperti dia. Ciri-ciri jatidiri bukan menunggu penggal kedua atau ketiga, tetapi dari sebelum menjadi pemimpin sudah terserlah kepimpinannya. Saya bukan sukakan wadah (BN) tetapi saya rindukan isi di dalam wadah. Jangan asyik menukar wadah kerana kita akan terlupa kepentingan isinya. Kalau rasa isinya kurang masin, kenapa tak cari garam. Kenapa tidak sama-sama membetulkan citarasa dari sibuk mencari wadah baru? Kita tidak menyusun keutamaan akibat selalu mengikut selera dan hati.

S001 Bermula bulan ke 6.

Salam semua,

1. Bersyukur kita kepada Allah Azza Wa Jal (awj), dengan limpah kurnia qudrah dan iradah dariNya dapat kita bertemu kembali di halaman ini. Terus terang saya katakan, tiada pekara pokok baru yang ingin diutarakan kerana pada asasnya kehidupan ini adalah berkaitan dengan tauhid atau mengesakan. Sepertimana telah saya sentuh di masa lepas, carakerja Allah mengarah kepada kesatuan (convergent) sementara carakerja mahluk mengarah kepada perpecahan (divergent). Al Quran menekankan bahawa kita tidak akan dapat bertemu dengan perubahan kepada carakerja Allah (Sunah Allah). Sementara penurunan kitab-kitab berbeza mengikut zaman, membuktikan carakerja manusia, sebagai khalifah kepada mahluk, sentiasa berubah mengikut zaman.

2. Mahluk dicipta oleh Allah awj. Sebelum adanya mahluk, zat Allah telah sedia ada atau qidam dan selepas ketiadaan mahluk nanti hanya zat Allah sahaja yang ada atau baqa. Kedua-dua ini jelas kepada kebanyakan kita tentang hanya adanya zat Allah. Yang kurang difahami ramai ialah setelah adanya mahluk atau Alam ini, masih HANYA zat Allah yang ada atau wujud. Mustahil wujud dua zat dengan hanya perbezaan, antara beberapa pendapat, bahawa zat mahluk itu tiada sebelum ada dan kemudian tiada selepas ada. Tidak layak bagi mahluk untuk menggunakan sifat ada. Kalau digunakan kata sifat yang sama bagi menerangkan sifat Allah dan mahluk, ia merupakan hanya sama pada nama atau kata dan tidak sama pada zat atau hakikat.

3. Dengan sifat berkuasaNya Allah (’Az) maka Allah membentuk mahlukNya dengan ‘penjelamaan’ atau ‘penterjemaahan’ (dua perkataan Melayu yang paling hampir untuk menghurai Jal). Kuasa, tenaga dan daya Allah itulah yang tajjali membentuk mahluk. Ini diperhatikan dan dibuktikan oleh saintis dengan rumusan e=mc^2. Maka segala-galanya adalah berasal dari tenaga dan kuasa. Secara saintifiknya kuasa itu ada pengawalan penggunaan tenaga. Allah mempunyai tenaga yang tidak terkira jumlahnya (saintifiknya infinity). Tidak bermakna jumlah tenaga yang banyak jumlahnya sekiranya tidak dikawal penggunaannya. Sebab itu Allah menjadikan sesuatu itu dengan kadar tertentu dan sebab yang ditentukan oleh iradahNya.

4. Kesemua benda (matters) mengandungi mass (m), yang dihurai oleh rumusan di atas, sebagai berhubungan dengan tenaga (e) dan ganda dua kelajuan cahaya (c x c atau c ^ 2) sebagai konstantnya. Ibarat wap air boleh menjadi air sekiranya disejukkan dan air menjadi wap air sekiranya dipanaskan, maka air (cecair) boleh bertukar menjadi wap (gas) dan sebaliknya. Ibarat ini tidak bergitu tepat kerana kedua-duanya masih benda (matters), tetapi ia dapat menggambarkan dari air ia hilang dari pandangan menjadi wap dan kemudian boleh ditukar kembali menjadi air. Dalam rumusan di atas ia mengaitkan hubungan benda (matters) dengan bukan-benda/tenaga (non-matters/energy). Jadi jelas bahawa Alam ini terdiri dari benda (matters), yang kemudiannya menimbulkan konsep ‘materialistic world’, dan tenaga (roh).

5. Di dalam pasa kedua penulisan saya di halaman ini saya akan cuba memaparkan dari sudut ketuhanan segala pemenuan sains yang menyokong kepada adanya kuasa yang membentuk Alam ini. Kita akan juga lihat kemudian bagaimana kuasa ini membentuk jasmani dan rohani Alam. Seterusnya bagaimana kepintaran (intelligent) yang berada bersama Alam itu merupakan tajjali dari adanya Allah. Walaupun mathematik yang terlibat di dalam memahami rumusan-rumusan ini sangat komplek, kita akan cuba menjelajahinya dengan tidak melibatkannya sebaik yang mungkin. Isunya ialah untuk membolehkan kita seterusnya memahami bahagian-bahagian yang positif di dalam percaya dan fikir, arts dan sains, iman dan ilmu, dan sebagainya, yang kemudiannya menerangkan apa itu creationist dan evolutionist.

6. Sebagai manusia, Allah memberikan kita dua kaki dan dua tangan (malah dua bahagian otak) untuk kestabilan dan kekuatan untuk melaksanakan tugas jasmani di dunia. Begitu juga dua carakerja (sunnah atau peraturan) yang akan memastikan perjalanan rohani kita stabil iaitu Sunnah Allah dan Sunnah Mahluk, atau lebih tepat lagi Sunnah Nabi, kerana antara semua mahluk yang ada, Nabi saw telah dipilih untuk menerima wahyu terakhir bagi menjadikan kehidupan manusia ke arah kesempurnaan sebagai khalibah di muka bumi ini. Kalau kecacatan jasmani dengan berkaki satu akan mendatangkan masaalah kepada manusia, maka kepincangan mengikuti kedua-dua sunnah juga akan menyebabkan masaalah besar kepada rohani manusia.

7. Topik utama di bawah Sunnah Nabi akan menyentuh banyak tentang kegiatan ekonomi, kerana ekonomi merupakan kayu ukur yang berkesan untuk melambangkan kegiatan sosial manusia, walau sensitif mana ia akan dilihat oleh sesetengah pehak. Ekonomi juga diberikan penekanan oleh Nabi saw, dengan peringatan bahawa berniaga itu adalah 90% dari sumber rezeki. Nabi saw juga menghabiskan jangka masa yang panjang bekecimpung di dalam bidang ekonomi dengan berniaga, sebagai menyediakan asas keperluan diri sebelum dilantik untuk membawa tugasan yang lebih berat berdakwah kepada manusia di persekitaran, khasnya dan seluruh dunia amnya.

X001 Halatuju IT - Open flatform.

Y002 China, what you need to know?

Y001 The Ultimate Dollar Collapse.

Z003 The God Theory.

Z002 The Big Bang.

Z001 Listen to the scientists.

Pandangan saya hanya akan muncul selepas 15hb Feb 2008. Selamat memasang deria pandang dengar dan fikir.

5 bulan memblog

Sempena menyambut bulan ke 5 memblog, saya kini menyambung percutian menulis artikel baru. Saya akan respond kepada artikel yang ada. Terima kasih.

DARWIN36 Menghidupkan kerja

Peta

1. Allah mengingatkan jin dan mansuia, tentang sebab dijadikan mereka sebagai untuk mengabdikan diri kepadaNya. Manusia diberikan akal dan kemudian ilmu, untuk melayakkan mereka menjadi khalifah di muka bumi ini. Dengan pilihan yang paling banyak di antara mahluk, kejaya sebagai manusia dipengaruhi oleh dua asas penting iaitu akal dan nafsu. Maka membiaklah manusia di atas muka bumi ini dengan pelbagai rupa bentuk dan ragam, sehinggalah Allah mengingatkan bahawa ianya untuk menguji siapa antara kita yang lebih mengenaliNya sebagai pencipta dan pembentuk alam ini.

2. Dari belum lahir ke dunia, manusia telah berkerja. Pertama sekali bila ia ditugaskan, secara tidak lansung, berlumba antara berjuta sperma yang dizuriatkan oleh bapa, untuk berjuang bermati-matian mendapatkan telur dari ibu. Hanya satu dari berjuta yang akan hidup, yang lainnya akan menemui ajal. Yang satu itulah (kalau tidak kembar) yang menjadikan kita. Yang satu antara berjuta inilah yang akan memumpang di perut ibu, sebelum di lahirkan ke dunia, sebagai seorang manusia yang mempunyai identiti tersendiri.

3. Segala evolusi dan tumbesaran (dari bayi menjadi dewasa dan tua) merupakan kerja yang perlu dilaksanakan manusia. Makan, minum, benafas, berfikir, berjalan ke sana ke mari, tidur bangun dan sebagainya merupakan kerja-kerja harian yang perlu dilakukan samada di sedari atau tidak. Memang banyak yang telah menjadi routine harian sehinggkan menjadi pekara biasa. Kalau hendak difikirkan semuanya sudah pasti kita tidak mempunyai masa yang cukup untuk menulis semuanya. Maka di sinilah perbezaan antara mereka yang berfikir dengan yang tidak, tentang bagaimana manusia dijadikan dan menjalani penghidupannya, mengabdikan diri kepada Sunattulah, carakerja Allah atau Qadar kehendak Allah.

Peta

4. Dengan hanya menambahkan niat atau tujuan yang betul, melaksanakan setiap satu kerja, Allah menjadikan kerja tersebut sebagai satu kategori yang berbeza, yang lebih tinggi, dari kerja biasa kepada ibadah. Dari hanya mendapat keizinan kepada mendapat keredhaan Allah swt. Begitu mudahnya tugas manusia mendapatkan keredhaan dari Tuhannya, menjadi sesuatu yang amat berat untuk dilaksanakan kerana ramai antara manusai yang tidak mahu memikirkannya sebelum membuat sesuatu pekerjaan.

5. Syariat Allah diturunkan melalui Rasul-rasulNya, untuk dijadikan panduan dan rujukan menjalankan kerja seharian. Diwahyukan melalui Kitab-kitabNya, dengan dilengkapkan tentang pekara-pekara asas kehidupan, oleh Kitab Al Quran. Menjadi tujuan utama hidup beragama ialah mengenal pencipta alam ini, termasuklah di dalamnya kita sebagai manusia. Oleh itu Tauhid (mengasakan Allah) adalah tujuan utama hidup. Persoalannya ialah bagaimana kita hendak mencapai tujuan tersebut? Mengenal Allah. Allah memberikan kebebasan kepada manusia belajar dari alam sekelilingnya. Setelah gagal manusia memperlajari dari alam, barulah Allah memilih orang-orang terpilih untuk membawa perutusan khusus, bagaimana untuk melaksanakan kerja-kerja harian, dalam mendapat keredhaan dariNya.

6. Dengan sebab itu menghidupkan kerja menjadi pekara yang sangat penting dalam hidup sebagai Muslim. Setiap kali lauangan azan berkumandang, kita diingatkan untuk menghidupkan tiang agama, iaitu solat (puji dan pinta) ‘Hay ya’alas solah’ dan kemudian ‘hay ya’alal falah’ iaitu hidupkalah kejayaan. Dah berjaya pun kena hidupkan juga! Bagaimana tidak? Dah berjaya melawan berjuta yang lain, barulah kita memulakan hidup. Kemudian dah berjaya melalui rintangan hidup di dalam perut ibu barulah bermula hidup di dunia. Dah berjaya mengawal segala pegerakan asas fizikal, tangan kaki, mulut, akal dan anggota lain barulah mula kehidupan berfikir. Dan seterusnya.

Peta

7. Malangnya penekanan yang diberian kepada Muslim sekarang tidak menghasilkan kepekaan kepada budaya menghidupkan kerja. Ada yang mengatakan bahawa ibadah itu ialah apa yang diwahyukan oleh Kitab-kitab Allah. Jadi apabila Allah telah mengkategorikan itu sebagai ibadah, baut macanapun ia jadi ibadah, bukan kerja. Kalau kita ambil solah, yang menjadi simbol beribadah kepada Allah, dan seterusnya menjadi tiang kepada agama, Allah memberikan amaran yang sangat keras, kepada mereka yang mengerjakannya (solah) tetapi tidak mencapai tujuan. Tujuan bersolah adalah untuk menghindarkan diri dari pekara fahsa dan mungkar, termasuklah yang paling asas tidak menduakanNya.

8. Bagaimana manusia mengatakan mereka kenal pada Tuhannya yang sebenarnya, sekiranya meraka tidak berminat untuk mengenal carakerjaNya. Kita dilarang memikirkan tentang isi kandungan zatNya, bukan kerana Allah tidak mahu kita mengenal zatNya, tetapi kerana kita tidak diberikan alat yang boleh memikirkan zatNya. Tetapi Allah mengingatkan kita, berkali-kali di dalam Al Quran (setelah manusia gagal membuat pemerhatian sendiri), bahawa segala kejadian alam (pekara-pekara yang berlaku di alam ini) menunjukkan tanda-tanda kekuasaanNya (carakerjaNya).

9. Muslim sekarang tidak bermiant untuk menghidupakan kerjanya. Ramai yang hanya mahu menjadikan kerjanya sebagai routine harian. Sesuatu yang dibuat tanpa perlu memikirkan bagaimana, untuk apa dan apa kesan (tujuan) sepatutnya diperolehi dari melaksanakannya. Allah tidak melayakan seseorang masuk ke syurga dengan kiraan pahala yang tiada keikhlasan padanya. Dan untuk mendapatkan keikhlasan, seseorang itu perlu mengenal Tuhannya.

10. Marilah kita sama-sama belajar menghiupkan kerja. Dengan hidupnya kerja Muslim, kita akan berjaya bukan sahaja di akhirat malah di dunia juga. Apa kita perlu bangga dengan pencapaian Muslim di dunia sekarang? Yang segala-galanya di bawah kawalan yang bukan Muslim. Apakah boleh kita mendapatkan kebahagian akhirat, tanpa terlebih dahulu mendapat kejayaan di atas muka bumi ini? Dari keadaan dunia sekarang, malangnya memang ramai yang berfikir begitu.

Allahu ‘alam

DARWIN35 Hukum E = A + B + C + D

Peta

1. “Mamak, roti satu”, Ali menegur mamak Restoren Barakth, yang biasa dikunjungi setiap pagi. Entah apa formulanya, kalau kedai makan selalunya mamak yang berjaya mengendalikannya. Sudah pasti rakyat Malaysia begitu serasi dengan kedai makan mamak, tertutup atau terbuka. Sesetengahnya beroperasi 24 jam dan ada sahaja orang yang mengunjunginya, untuk mendapatkan khidmat mereka. “Salah ni mamak … tukar yang lain” rungut seorang pelanggan bersebelahan Ali. Begegaslah seorang pekerja Bangla melayan kendehak pelanggan itu. Mungkin itu respinya.

2. Ali bertugas sebagai seorang akauntant di sebuah syarikat kecil. Segala pekara berkaitan duit di syarikat tersebut adalah di bawah tanggung-jawabnya. Yang paling rumit adalah, setiap kali hujung tahun dia perlu membuat lapuran akaun tahunan, yang meliputi pelbagai aspek kewangan sesebuah syarikat. Akaun kena balance. Kredit dan Debit mesti seimbang, Tergerak pula di fikirannyam hari itu mengimbangi proses membuat roti canai. Roti canai ialah bahan (membuat roti canai) yang diuli dengan cara tertentu mengunakan kuali bulat dan tenaga seorang pembuat.

3. Entiti adalah jirim (matter) yang boleh didalam bentuk pepejal, cecair atau gas. Sesuatu entiti, E adalah terdiri dari komponen A + B + C + D, di mana
A = Alat dan pekakas yang diperlukan untuk membuat entiti, E
B = Bahan
C = Cara membuat, membentuk
D = Daya atau tenaga yang dikeluarkan oleh pembuat.

Peta

4. Dalam kes roti canai tadi, bagi menjernihkan pemahaman kita, A adalah kulali bulat dengan dapurnya dan juga semua pekakas dapur yang digunakan seperti sudu, pisau dll. B pula adalah tepung, air, bicarconate, telur, minyak masak dll. C pula menerangkan proses membuat seperti masuk tepung, telur, bicarbonate dll dan uli sehingga naik, simpan beberapa jam, sebelum dicanai dan dimasak. D kemudian mengambil kira semua tenaga (dalam sains Joules) semua proses iaitu menguli, mencanai, memasak dll. Maka dengan mencampurkan kesemua komponent ABCD tadi hasilnya ialah E, roti canai.

5. Kalau kita teliti alam, hukum E ini boleh digunakan untuk kita memahami pembentukaan dan pembuatan sesuatu. Bagi Allah, Dia tidak memerlukan alat untuk membentuk sesuatu, jadi A = 0 menjadikan E = B + C + D. C adalah cara, yang berkaitan dengan ilmu dan kehendak (tahu dan mahu). D pula melambangkan kuasa dan segala keperluan untuk menggunakan kuasa, seperti hidup, melihat, mendengar dll. Dan B adalah bahan asas binaan untuk membentuk alam ini. B memerlukan beberapa konsep asas sebelum kita dapat membincangkannya dalam proses pembentukan alam.

6. Dalam kes kehidupan, kita semua tahu kepentingan DNA. DNA adalah senarai barang , B, yang diperlukan (Bill of Quantity). DNA tidak menceritakan bagaimana, C, kerana cara adalah sesuatu yang tidak pergi kepada zat bahan yang dihasilkan. Contoh roti canai tidak datang dengan cara-cara membuatnya, cara tinggal di dalam minda pembuatnya.Tetapi bagi mereka yang berpengalaman membuat roti canai, dia mempunyai ilmu untuk mengagak cara-cara roti canai itu dihasilkan. Atau bagi mereka yang memrhatikan carakerja pembuat roti canai akan dapat mengetahi bagaimana ia dilaksanakan.

Peta

7. Allah membentuk alam semasa azali, t = 0. Maka Qalam diarah untuk menulis segala sesuatu yang akan berlaku. Inilah sebenarnya Superprogram Allah atau Qodo’ dan Qadar, QQ. Ilmu dan kehendak Allah diterjemah kepada QQ, yang akan menentukan hasil kepada pilihan yang dibuat oleh mahluk. Mahluk diberikan pilihan sepenuhnya di dalam batas-batas yang ditentukan. Keterbatasan ilmu mahluk, menyebabkan hasil dari pilihan yang dibuat berbeza dari apa yang diharapkan. Halusnya senibena Allah akan menyebabkan, Qodo’ yang di sangkankan sama oleh mahluk memberikan hasil yang berbeza.

8. Apa yang membetuk hard alam (material, matters) adalah kesan dari adanya bahan binaan B. Seperti dibincang di Bhg 25, firm alam menjadi perantara yang mempunyai bentuk sebagai tenaga atau daya. Jadi bahan binaan alam, B, asalnya adalah tenaga yang kemudian dibentuk sesuai QQ kepada matters. C sudah sememangnya di dalam bentuk tenaga, seperti dalam contoh roti canai tadi, C adalah pengetahuan pembuat yang letaknya di otaknya (akal). D juga di dalam bentuk tenaga, kerana ia adalah kuasa/kudrah pembuat yang membuat roti canai tadi.

9. Dengan memahami hukum E = A + B + C + D, kita akan dapat memperjelas kedudukan komponan utama sesuatu entiti, termasuklah alam ini. Kita akan menjelajah kepada beberapa konsep baru, sebelum dapat memperincikan bagaimana kedudukan bahan asas alam, B kepada komponen lain iaitu C dan D. Yang penting ialah C (ilmu membuat) dan D (daya membuat) tidak hadir di dalam entiti yang dihasilkan. Jadi tidak ada kemungkinan, apa yang dihasilkan menyerupai bahan yang membentuknya.

10. 47:36 Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.

Allahu ‘alam

DARWIN34 Bermacam-macam dunia.

Peta

1. Berbincang pasal dunia, kita tahu roh kita akan melalui 7 alam, yang mana alam dunia adalah alam yang kedua roh (kita) lalui. Bhg 7 Per 3. Di dunia roh diberikan jasad sebagai kenderaan untuk menjalani ujian bagi menentukan kedudukan kita di alam seterusnya. Pengunaan perkataan dunia juga menggambarkan secara khusus, mahluk-mahluk berbeza yang wujud di dunia. Kita akan melihat dan membincang apa yang dimaksudkan dengan bermacam-macam dunia ini.

2. Semasa kanak-kanak, bagi mereka yang bernasib baik didedahkan dengan dunia Lego. Di dalam dunia lego, bahan benaan kepada dunia ini adalah terdiri dari blok-blok asas yang kadang-kadang serupa dan tidak ketinggalan juga ada yang mempunyai beberapa blok asas. Dari blok-blok asas ini, kanak-kanak dilatih untuk membentuk berbagai rupa mainan seperti kenderaan, bangunan, binatang dan bermacam-macam lain, mengikut kemampuan daya imaginasi sesorang. Maka dari bahan asas lego, terbentuklah dunia berasaskan blok lego.

3. Kita lihat pula kanak-kanak yang diberikan plastercine. Kita kata pula di dunia plastercine, bahan asas binaannya ialah plastercine. Terdapat pelbagai warna untuk menjadikan rekaan-rekaan yang dibentuk mempunyai warna kehidupan yang ceria. Maka seperti dunia lego tadi, berlatihlah kanak-kanak mengasah bakat membentuk bermacam-macam jelmaan mengikut daya kreativiti masing-masing.

Peta

4. Apabila kita melihat ke alam manusia dewasa, daya kreativiti yang diasuh sejak kecil menjadikan manusia mempunyai pelbagai cara mewarna kehidupan mereka. Kita lihat di dunia tepung, bermacam-macam jenis makanan dan hiasan boleh dibentuk dengan bahan asas tepung. Maka siaplah berbagai jenis kueh-mueh, biskut danpelbagai jenis roti. Bulat, leper, panjang dengan pelbagai perasa mengikut selera pembuatnya atau orang yang hendak memakannya. Jadi di dunia tepung, tepung menjadi bahan asas membentuk segalanya.

5. Kita beralih kepada dunia lebih berlapis. Kali ini kita ambil dunia kapas, di mana kapas menjadi bahan asas. Uniknya dunia kapas ini ia lebih membuatkan kita berfikir ke arah pembentukan dunia berlapis. Dari kapas manusia memintalnya menjadi pelbagai jenis benang, untuk kegunaan berbeza. Dari benang disulam menjadi kain. Di lapisan keempat, kita melihat kain yang pelbagai jenis tadi boleh dijadikan pakaian, perhiasan seperti langsir, alas meja, sarung bantal, cadar dan sebagainya.

6. Kita boleh terus mengambil contoh lagi seperti dunia konkrit (campuran cement, aggreget, pasir dan air) membentuk banyak bangunan-bangunan modern, menjadi lambang kemegahan ketamadunnan manusia. Kesemua contoh-contoh di atas mempunyai bahan asas yang sama, kemudian dibentuk menjadi lapisan-lapisan di atasnya. Kita banding kesemua contoh ini dengan pembentukan alam dalam enam tahap, seperti yang telah dibincang di Bhg 6 – Fi sittah …

Peta

7. Persoalan yang perlu difikirkan ialah, tentang keberadaan atau wujud. Contoh di dalam dunia kapas tadi, adakah baju di tahap empat (kapas, benang, kain, baju) itu wujud?. Sudah pasti kebanyakan kita mengatakan ya, wujud. Tapi, terfikirkah kita sebenarnya baju tidak wujud, kerana yang wujud hanya bahan asasnya iaitu kapas. Baju hanya wujud pada nama tetapi tidak wujud pada zat (material). Baju adalah nama yang kita persetujui bersama (untuk tujuan kommunikasi) sebagai kapas yang telah dijadikan benang, yang kemudiannya dijadikan kain dan seterusnya menjadi baju. Jadi wujud hakiki (wujud pada zat) hanya kapas, di dalam dunia kapas.

8. Wujud pada zat dan wujud pada nama adalah dua wujud yang berbeza. Kalau kita ambil perbandingan apple-to-apple, di dunia kapas, hanya kapas yang wujud, baju tak wujud atau tidak layak untuk dikategorikan sebagai wujud. Hanya perbandingan apple-to-orange (padang tak rata), yang boleh mengatakan dua wujud, iaitu wujud pada zat (kapas) dan wujud pada nama (baju). Kita ambil contoh dari pembentukan alam enam tahap. Di tahap pertama, kita namakan dunia quantum, yang mana bahan asasnya ialah quantum materials, qm. Maka qm ini yang membentuk tahap seterusnya iaitu atom, yang terdiri dari neutron, elektron dan proton. Dari atom-atom ini terbentuklah bahan-bahan asas jadual kimia (Table of elements - TOE). TOE adalah pada tahap ketiga dari bahan asas, qm. TOE kemudiannya membentuk lapisan ke empat, yang membentuk lapisan kelima dan akhirnya ke enam di mana tahap/lapisan ini manusia adalah satu daripadanya. Maka persoalan yang sama seperti dunia kapas tadi, adakah manusia (Complex Living Cells) wujud, di dalam dunia quantum? Jawapannya ialah seperti tadi, manusia, CLC hanya wujud pada nama tetapi tidak pada zat.

9. Kesimpulannya, dalam semua perbincangan kita perlu mengambil padang permainan yang rata (baru ada keadilan). Dari sudut lain, (padang tak rata) kita boleh kata adanya dua wujud kerana tiada keadilan dalam rujukan perbincangan. Dua wujud yang berbeza, tetapi sebenarnya hanya satu yang wujud.Hanya Allah yang layak memiliki sifat wujud hakiki. Wujudnya mahluk adalah wujud pada nama dan sebenarnya tidak layak dipanggil wujud (untuk dibandingkan dengan wujudnya Allah). Soalan seterusnya ialah, apakah atau siapakah yang menjadi bahan asas di dalam dunia Allah? Tunggu …

10. 37:23 Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan yang dipatuhinya dan dia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa dia tetap kufur ingkar) dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?

Allahu ‘alam

Laman Berikutnya »