#46 Pak Din Says:
December 5th, 2007 at 11:12 am
Salam taklid
1. Saya sangat setuju dengan Saifuddin, “lebih ramai yang berjaya menemui Tuhan melalui jalan bukan agama berbanding jalan agama”, tetapi suka mengingatkan bahawa agama (Islam) itu dibena dari sejak Nabi Adam ra sehinggalah disempurnakan syariatnya oleh Nabi saw dan seramai 124k nabi terlibat di antaranya. Sebelum dari berakalnya Nabi Adam, Alam ini juga semuanya Islam (beragama) dengan Al Quran menyatakan bahawa mereka semua (yang tidak berakal) bertasbih kepada Allah. Jadi, bukan sahaja ‘hari ini’, malah sejak dari dahulu kala lagi penemuan Tuhan hanya dengan jalan agama. Yang menjadikan menemui Tuhan melalui ilmu sains, nampak sebagai bukan jalan agama, adalah kerana Muslim hari ini tidak mahu mempercayai atau menserasikan sains pada agama. Ilmu sains itu adalah kajian tentang Alam, Sunnah Allah dan kesan kerja Allah, dan sudah pasti ia sebahagian dari agama.
2. Mencari hakikat ketuhanan juga sangat dipinggirkan sekarang ini. Setelah mazhab sufi tercemar dengan isu ketaassuban kepada guru, semacam semua ajarannya salah, sedangkan terdapat banyak pendekatan mereka yang selaras dengan akal, terutama ke arah mencari hakikat Haliq dan mahluk. Jadi penekanan sekarang ke arah mengenal manusia untuk kemudian dikenalkan dengan Tuhan, sedangkan keutamaannya ialah ‘awwaludin marifatul Llah’, dan kemudian secara automatik kita mengenal siapa manusia di sisi Allah. Kerana beberapa isu berkaitan Ilmu Kalam Sifat 20, disalah tafsir oleh golongan yang kurang memberikan penekanan dalil aqli, pembaharuan (mengemaskini) tidak dilaksanakan, tetapi dipinggirkan keseluruhannya ke tepi. Sebagai ingatan sifat Allah tak terkira banyaknya, tetapi boleh dimulakan dengan Sifat 20 atau Asmaulhusna 99 dan sebagainya.
3. Maka yang taklid kepada iman taklid (iman keturunan), susah untuk diperbetul, dari contoh, seorang yang tidak beragama Islam, memeluk Islam kerana ilmu. Islamnya Melayu adalah kerana gen (zuriat) percaya. Memang kita perlukan percaya sebagai benih asas, tetapi penyuburannya tidak lain dari baja ilmu, bukan baja kepercayaan berterusan, terutama yang telah jauh menyimpang akibat penolakkan daya fikir, yang juga telah menjadikan Muslim anti sains ketuhanan. Hanya kerana tidak dapat memahami ilmu sains, mereka juga menolak orang-orang yang bersains, sehinggalah apabila sains menghasilkan sesuatu manfaat kepada kehidupan mereka, jadilah mereka orang pertama melanggannya.
4. Semakin jelas kesilapan dalam beragama ialah kerana penolakkan konsep maarifatullah sebagai asas. Kemudian dengan penolakkan asas ini, segala kegiatan asas harian tidak lagi berdasarkan kepada ingin mengenal atau mencari Tuhan, jauh lagi dari mengkaji carakerja Tuhan dan Sunnah Tuhan. Kehidupan seharian disebukkan dengan hanya mengkaji carakerja manusia tanpa mahu mengaitkan bahawa, hakikatnya, tiada Tuhan tiada manusia. Tiada yang wujud melainkan yang Esa. Tiada apa-apa boleh berlaku, dan tiada kekuatan melakukan sesuatu, melainkan dengan adanya Dia. Hanya Dia yang berkuasa melaksanakan segala-galanya. Menyebut ‘Dia Dia Dia …’ bukanlah proses mengkaji carakerjanya. Itu mengharapkan keajaiban, sebagaimana salahnya Muslim menggunakan senjata Mukmin, iaitu doa. Tanpa senjata doa, bukan Muslim lebih berjaya kerana penyerapan sebenar konsep doa ke dalam, contoh, Habit 7 Stephen Covey.
5. Sunnah Allah tidak pernah dan tidak akan berubah. Ia mengarah kepada kesatuan. Ilmu sains membuktikan semua mahluk terbentuk dari zarah-zarah halus yang bergelar atom. Kalaulah dapat diterima itu, iaitu dari berbilion jenis mahluk di Alam ini (benda, tumbuahan, binatang, manusia dan lain) adalah berasal dari satu jenis iaitu atom (sebenarnya ada 120 element asas membentuk Alam, Chemistry Table of element), adalah sudah hampir kefahaman ke arah kesatuan Alam. Al Quran juga menerangkan mahluk berasal dari satu, Cuma kita menghadkan di mana satu itu. Ada yang berhenti pada satu Adam, satu cell, satu atom, satu Big Bang, satu ‘Darwin’ dan sebagainya, tanpa mahu mengunjurkan sedikit kepada yang wujud pada zat sebenar.
6. Kedangkalan meneruskan unjuran hanyalah kerana kita masih ada taklid dan taksub (TT) kepada apa yang telah diturunkan melalui zuriat. Seperti berhentinya kesatuan tadi di satu tahap, maka TT kita juga begitu. Yang telah menghapuskan 90% TT pasti mengatakan yang menghilangkan TT pada kadar 30%, sebagai masih TT, sedangkan mereka (yang 90%) masih ada 10% TT untuk dihapuskan. Kalau ia mengambil masa beberapa generasi, dari zaman kecemerlangan Islam kepada zaman perpechahan Islam (kini), Sunnah Allah akan menentukan proses pembetulannya juga akan mengambil masa. Kita mengharap ia tidak begitu lama, tetapi kadarnya bergantung penuh kepada kadar kembalinya Muslim secara keseluruhan, mengambil akal sebagai alat untuk maarifatullah (kenal Allah).
7. Sudah pasti kehilangan akal, mereka yang mengatakan ‘tiada apa di dalam jubahku melainkan Dia’, begitu juga ‘Ana ul Haq’ (Mansur Al-Hallaj) dan sememangnya patut dipisah roh dan jasadnya. Tetapi melalui Al Quran dan kajian ilmu sains, pencarian hakikat menghala ke arah itu. Sudah pasti ada persimpangan yang mengelirukan, tetapi simpang yang perlu di ambil berhampiran persimpangan yang telah salah di ambil. Jadi kenapa kita harus takut mengarah ke persimpangan itu. Hanya akal yang digunakan secara besyukur (ke atas pemberiannya) yang dapat masalahah dalam jubah itu. Ia bukan ke arah pantheism, wahdat al-wujud, Bahá’í Faith’s unity atau sebagainya, tetapi kesatuan ke arah Theory of Everyhing, dengan pandangan dari sudut mereka yang mempunyai benih iman (bukan taklid dan taasub).
#34 Pak Din Says:
December 5th, 2007 at 3:55 am
Usik usik membawa bahagia. Balah berbalah padah ke neraka. Ingat mengingat dah pun dicerita. Masa dah tiba nak layan mata .. ngantuk. Salam.
#32 Pak Din Says:
December 5th, 2007 at 3:42 am
huhuhuhuhu kena beri space lah, takut orang tak tahu. Apa ada pada menyebut tanpa tahu apa yang disebut?
#29 Pak Din Says:
December 5th, 2007 at 1:27 am
Salam ism
1. Kalau dilihat dari fakta dalam 3 bulan SI menerima 6000+ komen dengan 10k komen yang tidak diterima, bukanlah aritkel asal yang bermasaalah, tetapi yang memberikan komen. ”Saifulislam.com bukan agenda suka-suka … gaya bebas tanpa arah dan tujuan…. Saya menulis dengan matlamat. … kembara insan mencari Tuhan”. Terbukti di artikel ”Beragama tanpa Tuhan”, 50% dari komen sesuai untuk padam dari pandangan. Tetapi apa kan daya, itulah SI, menerima apa sahaja pandangan, demi ”mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU.” Lainlah kalau sudah keterlalauan dan bukan ke arah pencarian Tuhan, hanya mahu mengisi masa, menulis sesuatu, tak tentu hala.
2. Kenapa perlu pencarian Tuhan? ”Kalau sudah jumpa, kenapa masyarakat makin binasa? Usahkan dalam majlis lagha, dalam seminar Islam kontemporari pun manusia boleh semacam tidak berTuhan, khususnya ketika tenggelam di dalam debat dan tikam lidah” tak berkesudahan. Ramai yang takut belajar dari Tuhan tetapi mengaku telah berjumpa Tuhan? Memang benar tuhan-tuhan yang ditemui, kerana pelbagai pendekatan dan cara telah dibeza-bezakan. Masing-masing mengaku mendapat petunjuk dan hidayah (Al-Quran dan Sunnah) dari Tuhan, tetapi semuanya hanya bersetuju untuk tidak bersetuju tentang ’Tiada tuhan melainkan Allah’.
3. Beberapa generasi selepas zaman kejatuhan Islam “adalah generasi yang disconnected. Terputus hubungan dengan Allah. Agama yang sepatutnya bertujuan menjawab persoalan siapa aku dan siapa Dia,” menjadi agama ritual semata-mata. Semuanya timbul gara-gara mengenepikan kekuatan fikir, setelah ia digunakan unutk membena zama kegemilangan Islam, gemilang dengan pencapaian dan kemajuan ilmu sainsnya, yang mengkaji kejadian Alam, kepunyaan Tuhan. Apabila berlaku itu (pembekuan akal), persoalan siapa aku dan siapa Dia, tidak dititik-beratkan, hanya cukup menjadi kakak-tua bertasbih di bibir, sedangkan ‘mengenal aku’ tidak ada kena mengena dengan ‘mengenal Dia’.
4. Maka segala niat dan kerja “dibuat atas nama agama, tetapi kesan berTuhankan Allah SWT tidak kelihatan … di mana banyak orang agama, di situlah banyak masalah dan kesulitan” kerana masing-masing memberi pandangan ‘tentang aku’ yang tidak ada kena mengena dengan ‘tentang Dia’. Aku, aku, Dia, Dia. Aku di dunia, Dia entah di mana? (tak boleh tanya!). Salafi, yang asalnya menceritakan tentang zaman, diputarbelit, secara tak sedar menjadi manhaj, mazhab dan sebagainya. Maka tak sesuai Salaf-ul-Soleh, ditukar Salafi-Tajdid, Salafi-Itu, Salafi-Ini, Salafi-Lapuk, Ultra-Salafi dan sebagainya. Begitu juga yang wujudnya satu diharamkan, dan yang wujudnya macam satu (sebenarnya bukan), dibolehkan. Macam mana masyarakat tak makin binasa?
5. Maka yang tidak mahu mencari Tuhan, kerana kononnya telah berjumpa Tuhan, mengajar masyarakat taklid dan taassub kepada ajaran mereka, kerana itu lebih mudah untuk diperjuangkan, dengan modal ‘tak ikut kata, tak masuk syurga’, lain sedikut dari pendekatan zaman Kristian dahulu, ‘siapa nak syurga, belilah sijil’. Tak banyak perbezaannya. Mengetahui manusia senang diperasaankan, pastikan sahaja hati mereka tertawan, biarpun akal jauh bertentangan. Dengan percaya dan perasaan, manusia akan sanggup melakukan apa sahaja, demi syurga, yang menawarkan pun tak pasti!