Sebahagian dari petikan denga tajuk asal dari Ustaz Hasrizal, Saifulislam.com
‘Adam-adam’ Sebelum ADAM?
Aug 14th, 2007 by saifulislam
“Tapi saya rasa lecturer saya dapat yakinkan saya bahawa Teori Evolusi itu ada benarnya. Rasa resah betul masa dalam kelas”, kata Nazri, salah seorang pelajar yang mengikuti kursus bersama saya.
“Soalnya sekarang, apakah Teori Evolusi itu memang bertentangan dengan Islam? Apakah pendirian Islam terhadap Teori Darwin? 100% bertentangan atau bagaimana?”, saya bertanya kembali kepada beliau.
”Hmm, bab ni susah nak jawab”, katanya.
”Ustaz rasa, cabaran sekarang ialah, kita tidak boleh pukul rata. Kita kena bezakan di antara Charles Darwin, Darwinism, Neo-Darwinism, Social-Darwinism dan Teori Evolusi itu sendiri”, saya sekadar memberi cadangan.
Nazri mengangguk.
”Memang banyak bezanya. Tapi bila diterjemah kepada bahasa Melayu, semuanya dibakulkan jadi ’Teori Darwin’. Itu sahaja”, sambungnya.
”Itu masalahnya. Pada pandangan ustaz, sikap pukul rata penceramah-penceramah mencela Teori Darwin, akan mendatangkan masalah, khususnya kepada orang macam anta, yang ambil Biologi untuk peperiksaan A-Level. Ramai yang sangka Teori Darwin dan evolusinya…. 100% bertentangan dengan Islam”, saya meneruskan cerita.
”Hujah mereka mudah. Kalau percaya tentang Teori Darwin, maknanya kita percaya yang atuk nenek kita dulu ialah beruk! Itu sahaja”, Nazri menyokong.
Kami sama-sama termenung. Ia bukan isu yang mudah.
Atikel asal “Adam-adam sebelum Adam”
http://saifulislam.com/?p=776
Survival of the fittest cartoon
http://www.youtube.com/watch?v=vlgCKoT88pY&mode=related&search=
atheist http://www.youtube.com/watch?v=P89RfoHFnxA
The God Delution http://www.youtube.com/watch?v=Hyqvy52Kerg&mode=related&search=
Harun Yahaya Idolator http://www.youtube.com/watch?v=ubFyJI1XlAU
hamba Allah yang melanggani kebenaran.Penganut pakej Islam, yang satu-satunya Kaaffatan!
bersabar lah atas segala cercaan dan salah sangka
Apa hang biaq hidup hang diagendakan oleh orang lain?
menilai entiti kerana orang-orang didalam bukan halatuju entiti tersebut
Inna Allaahu Ma’a As Sobiriin
Leave them to say what they wish
Man ana?
Saya ajak peserta untuk melihat dan membandingkan Tauhid Rububiyyah dengan konsep Barat terhadap Nature. Merenung intipati Deism dari perspektif Tauhid Rububiyyah ini… agar implikasinya jatuh ke realiti, bukan hanya hafalan idea yang bakal menjadi muntahan otak yang sia-sia.
Tauhid Uluhiyyah saya olahkan agar ia difahami sebagai pembetulan world view, bahawa kehidupan ini mesti Allah Centric. Buat apa sahaja, pilih apa sahaja, pertimbangannya adalah Allah. Maka Tauhid Uluhiyyah cepat teraplikasi dalam kehidupan di tempat belajar dan kerja, di dalam rumahtangga dan jiran tetangga.
Tauhid Uluhiyyah juga menyelesaikan konflik Self Centered dan Social Centered yang membelenggu kehidupan manusia, apabila reference point masing-masing diangkat keluar dari lingkungan sesama manusia yang setaraf, kepada Absolute Truth di sisi Tuhan.
Manakala Tauhid al-Asmaa’ wa al-Sifaat harus dipermudahkan cara memahaminya. Ia dapat mencegah usrah dari terjebak ke dalam diskusi perbalahan tentang ayat-ayat Mutasyabihaat yang meletihkan.
http://saifulislam.com/?p=457
However, by the term evolution, modern Darwinians mean something more. They argue that life on Earth is the product of the blind forces of nature and that there is no Creator worth speaking about. “Chance and necessity,” as the famous atheist Jacques Monod argued, is their substitute for a Creator.
http://www.thewhitepath.com/archives/2006/09/akyolmatzke_debate_on_darwinism_vs_id.php
Tetapi selepas membaca sendiri susur galur perkembangan Darwinisma dari sumber Eropah, saya dapat melihat dengan jelas, benih tumbuhnya idea ini. Bermula dari kajian datuk kepada Charles Darwin iaitu Erasmus Darwin yang telah menulis pada tahun 1794, Zoonomia (The Law of Organic Life), membawa kepada kajian Charles Darwin di dalam Origin of Species (1859) dan Descent of Man (1871), saya dapat melihat bahawa penjenayah terbesarnya adalah golongan yang datang kemudian. Bukannya Erasmus dan Charles itu sendiri. Golongan Social Darwinists adalah golongan yang bertanggungjawab memindahkan teori saintifik Charles Darwin kepada aspek sosial dan ekonomi, yang menjadi teras kepada Kolonialisma.
Berlaku adil kepada kawan dan lawan, adalah prinsip tinggi di dalam Islam.
http://saifulislam.com/?p=194