DARWIN adalah singkatan bagi “Dengan Allah Ramai Warga Ingat Neraca”.
1. DARWIN timbul bagi menjawab persoalan isu Teori Darwin, yang mana mendapat sambutan negative di kalangan muslim. Saya terpanggil untuk memberikan pendapat setelah disarankanoleh abang saya, Adros, yang mengatakan halaman Ustaz Hasrizal, Saifulislam.com membincangkan isu berkenaan.
2. Membincang teori Darwin (TD) bukan untuk mengiakan asal-usul kita dari monyet. Sebagaimana tulisan saya Bhg 4 Per 8, TD adalah berkenaan sejarah kehidupan. The history of Life. Kemudian saya kaitkan kepada Teori Big Bang, yang membincangkan sejarah bukan-kehidupan (sejarah alam yang dibentuk untuk menyokong kehidupan).
3. Intipati TD, Bhg 1 Per 12, (di dalam halaman Ust Hasrizal berlum bernombor) mengatakan (a) alam dijadikan secara kebetulan (by chances) (b) pemilihan semulajadi (natural selection) dan (c) yang kuat selamat (the fittest survived). Kemarahan muslim terhadap teori ini adalah berdasarkan tiadanya kredit pada Allah dalam teori tersebut.
4. Keseluruhan artikel yang dikeluarkan di bawah kategori ini adalah berkaitan dengan kehidupan. Maka kehidupan itu ialah sekelian alam (mahluk - yang dibentuk/dicipta), yang dibentuk Halik (Pembentuk/Pencipta). ‘Mengkaji Carakerja Halik’ menjadi tema utama halaman ini dan ia merangkumi segala aspek kehidupan dan bukan-kehidupan yang menyokong kehidupan.
5. Sifat/ciri utama yang ada pada Halik ialah kesempurnaan dan dari kesempurnaan itu timbul keadilan (Ha Ka Ma - Hikmah, Hukum, Hakim) yang selalunya dikaitkan dengan NERACA atau timbangan. Keadilan juga ialah meletak sesuatu pada tempatnya.
6. Pada 14hb Ogos 2007, Ustaz Hasrizal dari Saifulislam.com mengemukakan perbincangan bertajuk “Adam-adam sebelum Adam”. Lihat teks asalnya di bawah tajuk “Darwin asal”. Saya mula respond pada 16hb Ogos 2007. Selepas 18 bahagian penerangan tentang apa itu teori Darwin, Bhg 19 membuat rumusan tentang teori DARWIN saya sebenarnya
DARWIN akan terus menyentuh isu-isu kehidupan dari kacamata sains.
Apa yang berlaku sekarang akan terus mencabar teori evolusi Darwin yang sememang tidak dapat dibuktikan itu. Pada awal tahun 1980an Dr. Sulaiman Nordin dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menghasilkan buku yang menentang teori evolusi Darwin yang menolak pewujudan Tuhan.
http://www.malaysia-today.net/guest-columnists/2006/03/saintis-barat-mencari-pencipta.html
Hakikat (Kejadian) Manusia
Materialisme beranggapan, sama seperti kejadian alam, manusia
dilahirkan melalui interaksi matter yang berterusan. Satu teori dari
fahaman ini ialah teori evolusi Darwin dengan konsep penyaringan
tabi’inya.
Bagi Islam, manusia adalah ciptaan Allah.
http://www.jim.org.my/galeri/ebuku/risalah_pemimpin/RP5.pdf
Begitu juga dalam persoalan kehidupan kita, sekiranya kita sendiri yang menyoal & memberi jawapan, maka bersedialah, & sekiranya kita menyoal individu lain, seharusnya kita bersedia sekiranya jawapan yang diterima kelak bercanggah dari apa yang kita kehendaki.
http://ibn-ali.blogspot.com/
Dalam CVT, ada 4 perkara yang menjadi asas kepada semua teori dan kaedah perawatan kami. Inilah yang kami anggap sebagai kesatuan 4 atom yang mendominasi penciptaan manusia sebagai ciptaan Allah yang paling sempurna. 4 atom ini ialah nitrogen, oksigen, hidrogen dan karbon. Inilah komposisi utama unsur-unsur dalam binaan sel-sel tubuh. Selebihnya adalah unsur-unsur surih seperti Kalium, Mangnesium, Kalsium serta unsur ultra surih seperti Zink, Ferum, Kuprum dan lain-lain.
http://www.smach.net/blog
Atas dasar ilmu yang terpesong jauh daripada realiti ini, Albert Enstein dan rakan-rakannya pada awal abad ke-20 telah menyingkap pula teori mengenai alam semesta berasaskan prinsip bahawa ukuran ruang dan masa (ilmu fizik kuantum dan teori relativiti) adalah berkaitan. Teori ini terbukti benar, telah membuka dan memperjelaskan bahawa pandangan mekanistik Cartesian-Newtonian adalah amat terhad, antik dan kesahihannya boleh dipertikaikan. Teori Albert Einstein ini juga telah memberi laluan kepada konsep kewujudan organik dan kosmik dalam dunia sains perubatan. Fritjof Capra di dalam buku Space, Time & Medicine oleh Larry Dossey secara terang-terangan turut memperkatakan tentang krisis persepsi ini.
http://www.komplimentari.com/node/97
Pak Din, ni saya kongsi link tentang sanggahan terhadap tuduhan yang dibuat oleh anti-evolutionist. Antaranya manusia berasal dari monyet.
http://www.uwgb.edu/dutchs/PSEUDOSC/Top10MythsEvol.HTM
Terima kasih Saifuddin. Beritahu saya kalau ada lagi yang berkaitan evolusi dan sains, termasuk Big Bang dan Teory of Everything.
Pak Din, website ni ada paparkan dokumentari tentang ‘peperangan’ Theory of Evolution dengan Intelligent Design. Interesting indeed. Saya baru tengok sampai chapter 4. Ada cerita tentang bagaimana Evolution mula-mula hebat ditentang dan akhirnya kini diterima bahkan menjadi silibus Biology.
http://www.pbs.org/wgbh/nova/id/program.html
Tentang Big Bang, walaupun saya ada background fizik tapi susah jugak nak memahamkan teori ni. Tahap pemikiran Stephen Hawking terlalu tinggi untuk saya faham. Minta maaf kalau saya tak dapat bincang tentang Big Bang.
Saya sekarang tengah nak mengkaji beberapa penipuan Harun Yahya dalam sains. Ramai yang mengangkat beliau sebagai hero, tapi bagi saya hero apa kalau menipu? Idea beliau sedikitpun tidak menyumbang kepada perkembangan mainstream science kini. Berbanding dengan Ahmed Zewail yang memperoleh Nobel Prize pada 1999, Harun Yahya is mere nothing.
Saya berani mengkritik beliau kerana beliau tiada latarbelakang agama (bukan ulama’) mahupun sains (he was interior-design student). Mungkin sumbangan beliau terhadap Islam lebih banyak dari saya. Well, macam yang saya kata tadi, sekurang-kurangnya saya tidak menipu.
Salam Pak Din.
Saya ada ditanya pendapat tentang hari kebangkitan dari sudut saintifik. Saya tak dapat nak jelaskan tentang hari kebangkitan kerana keterbatasan akal, tapi saya berpendapat cara Allah membangkitkan manusia pada hari kebangkitan sama dengan cara Allah mula-mula menciptakan manusia.
Pada hari kebangkitan nanti, tubuh yang yang telah hancur dimakan tanah akan dijadikan kembali oleh Allah (mungkin) dengan tindak balas antara atom unsur-unsur dalam tanah sama seperti mula-mula kejadian manusia. Bagaimana, wallahua’lam.
Tapi bukan ini poin saya sebenarnya. Satu poin yang menarik pada pandangan saya, theory of evolution menyokong kebenaran dan ketibaan hari kiamat. Kita tahu salah satu perbincangan dalam evolution ialah tentang bagaimana asal kejadian sesuatu spesis. Salah satu teori menyatakan berbillion tahun dahulu pada awal penciptaan Bumi, pasang surut Bumi lebih tinggi dari sekarang kerana jarak bulan yang terlalu dekat dengan Bumi. Pasang surut ini menghasilkan ombak yang sangat besar dan fenomena ini berlaku berulang-ulang selama berbillion tahun.
Dalam tempoh yang amat panjang tersebut dan proses yang berulang, saintis mengemukakan teori bahawa hidupan pertama muncul dalam bentuk microbe hasil tindak balas antara atom dalam air. Hal ini selari dengan Al-Quran yang mana Allah mengatakan haiwan dicipta dari air. Sekiranya Allah mencipta haiwan tanpa melanggar sunnah-Nya, begitu jugalah caranya Allah mencipta manusia (malah di neraka dan syurga pun masih mengikut aturan sunnatullah).
Bagaimana caranya kali pertama dicipta manusia? Wallahua’lam. Tapi dengan evolution, penciptaan manusia dari tanah adalah tidak mustahil dari sudut saintifik.
Wallahua’alam.
Salam Saifuddin,
Maaf tak nampak yang datang terawal tu (15-Jan). Terima kasih terlebih dahulu.
Saya mulakan dengan mengakui terlalu banyak yang tidak kita ketahui. Bagi kita, Al-Baab, orang-orang yang hendak menggunakan akal fikiran secara kritikal dna maksima, lagi perlu untuk kita memulakan dengan kenyataan tersebut. Selalaunya, itu dijadikan sandaran untuk menguatkan pengunaan wahyu secara tersuratnya. Pendapat ini yang saya kurang setuju. Keutamaan wahyu tidak dapat dipertikai, tetapi penerimaan wahyu sebagai petunjuk itu hanya boleh dibuat dengan menggunakan akal. Dengan membacanya secara tersurat kita akan banyak dibawa arus percaya semata-mata tanpa mahu berfikir tentangnya. Pendekatan saya ialah kita perlukan wahyu dan percaya, tetapi wahuyu sendiri mengarah kita menjadi Al Baab, dan keluar merujuk kepada Kitab Alam (segala kejadian semulajadi yang dicipta oleh Allah). Maka sudah pasti kita terpaksa mengakui banyak pekara yang masih perlu diperlajari dari Alam, terutamanya bagi kita sebagai Muslim, yang selama ini banyak tersangkut pada perangkap adat, iaitu percaya tanpa berfikiran kritikal.
Walaupun pada dasarnya kita tidak perlu mengetahui bagaimana Allah melaksanakan kerjaNya (melalui SunnahNya), kita mencapai keimanan yang lebih tinggi dengan dapat membuktikan apa yang dipercayai. Kita bernasib baik, saudara kita bukan-Muslim, sebagai saintis, tidak jemu-jemu mengkaji kejadian Alam. Tanpa mereka tidak mungkin kita dapat mengetahui sejauh kini. Saya faham satu masa dahulu, saintist Islam berkembang maju mendahului zaman, tetapi kerana ombak tsumani kepercayaan (tanpa berfikiran kritikal) yang tersebar luas selepas itu, telah memadamkan semangat saintis Muslim, kemudian diambilalih kemajuan oleh sainstis bukan-Muslim.
Lagi banyak kita mengkaji akan bertambah banyak yang kita tak tahu. Lagi banyak persoalan yang dijawab akan bertambah persoalan yang tidak terjawab. Bagaimanapun tugas kita jelas. Kita sepatutnya sentiasa mengkaji dan berfikir tentang bagaiman Allah melaksanakan kerjaNnya dengan memahami segala kejadian Alam. Maka sesuatu yang tidak berlaku di Alam ini, adalah menjadi satu kesusahan dan ujian pada kita. Kita boleh menggunakan pendekatan extrapolation, parrel thinking dan thinking outside the box, tetapi semua ini merupakan educated guess. Akan ramai yang mengatakan bahawa educated guess itu setara dengan guess.
Bagi saya kesemua laws of physics, chemistry dan biology adalah berperanan menghurai bagaimana Allah menjalankan kerjaNya, bagaimana ia memastikan perturan SunnahNya berlaku. Tugas kita ialah memahami dan mengaitkan dengan segala pekara yang berlaku di Alam ini dan juga kalau boleh kepada pekara yang akan berlaku di Alam seterusnya. Walaupun ia mungkin tidak tepat tetapi ia adalah yang terbaik dan sudah pasti lebih baik dari pendekatan menerima sahaja tanpa berusaha membuktikannya, sebagaimana kegemaran arus perdana Muslim berfikir.
Pak Din jangan lupa, 12 February ni
Banyak hal berlaku … yang mana satu? Yang saya ingat setiap hal mesti dapat keizinan Allah!
12 Februari kan Darwin’s Day
Terima kasih kerana memberitahu dan sebenarnya banyak yang saya tak tahu tentang Darwin. Maka bolehlah disimpulkan begini, mengambil sempena kehangatan pilihanraya yang menjelang tiba di Malaysia (BA vs BN) dan USA (Obama vs Clinton).
Kerana tanggungjawab dan tidak mahu memangkah kertas undi rosak, kita terpaksa pilih BN atau BA. Tetapi saya sukakan politik Malaysia ala British, iaitu penyokong-kerajaan dan pembangkang. Itu yang memastikan sistem berjalan. BN tak bermakna tanpa BA dan sama juga kalau BA naik ia macam BN juga, pasal kedua-duanya manusia. Nampak duit dan kuasa semuanya rabun. Jadi BA tak bermakna tanpa BN.
Dalam hal mencari hakikat melalaui makrifat bagi mendapat hadirat, kita terpaksa melalui tariqat yang sama. Syariatnya ialah dengan kesederhanaan. Ada kebenaran pada Evolution (Darwin) dan ada kebenaran pada Creation (Kitab). Segalanya memerlukan akal yang terlatih secara kritikal untuk menjadi Al Baab yang ilmiah (saintifik) kerana Islam itu menghargai iman yang disulam dengan ilmu.