Kalam adalah ruangan untuk mengkaji perkata-perkataan yang ada di dalam Al Quran

Dari 6,236 ayat-ayat di dalam Al Quran, terdapat lebih kurang 77,000 perkataan. Setelah diambil perkataan yang sama, jumlah perkataan berlainan di dalam Al Quran menjadi lebihkurang 17,000. Kata-kata perbuatan memainkan peranan besar dalam pembentukan ayat. Dengan memahami kurang dari 700 pekataan asas perbuatan, seseorang itu boleh membaca Al Quran dengan memahami apa yang dibacanya. Ruangan ini disediakan untuk membincang pengkajian tersebut. Khusus buat mereka yang tak sempat ke sekolah bahasa Arab.

Dalam pembenaan, masaalahnya macamana nak import dari Excel, to start with.

6 Respon to “Kalam”


  1. 1 sharudin September 21, 2007 pada 1:11 am

    Saya adalah Pensyarah Bahasa Arab di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Berkelulusan Ijazah Sarjana Pengajian Bahasa Moden dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Arab dari Univerisiti Al al-Bayt Jordan.
    http://www.belajarbahasaarab.com/index.htm

  2. 2 ibnu ismail Oktober 11, 2007 pada 3:10 pm

    Salam Abg Sharudin,

    First time melawat blog tuan amat teruja melihat pengalaman lampau yg telah mengajar abg mengenal diri…dan kerja Khaliq..

    Tapi yang paling sy kagumi melihat bahagian ini, sy tak sabar nak menerima (suapan) kaedah yang mungkin dapat membantu sy menghaz=faz dan memahami Al Quran dengan lebih sempurna….terusklan usaha yg mulia ini..wasslam…

  3. 3 shar Oktober 11, 2007 pada 3:58 pm

    Terima kasih Akhi Ibnu Ismail

    1. Itulah masaalahnnya, tengah nak cari cara nak inport dari Excel sebab semua pengkajian ini di buat dengan Excel. Saya gunakan program Visual Basic Excel untuk membantu menganalisa setiap perkataan yang digunakan dalam Al Quran. Proses pertama memechah code untuk memasukkan ayat Al Quran di Excel. Saya mula ni dulu tahun 80an, dengan Window95. Masa tu tak banyak lagi software Al Quran. Jadi kena decode dari “The Alim”, program pertama yang keluar masa tu. Internet belum ada.

    2. Selepas diteliti saya dapati perkataan Arab hanya terbena dari tiga huruf asas. Jadi saya programkan Excel untuk memechahkan perkataan biasa kepada perkataan asas, contoh Fa Ca La (C ada untuk ain). Dari situ terbenalah satu dagtar perkataan asas yang seterusnya digunakan untuk memperkukuh pencarian seterusnya. Buat pengatahuan Akhi, memang banyak masa digunakan untuk pengkajian itu.

    3. Berhubung pengalaman lampau, sebenarnya saya nak tuangkan dalam page Makan, yang menceritakn termat-tempat saya telah pergi merantau bekerja dan seterusnya mengkaji perangai manusia. Pengalaman-pengalaman ini yang banyak membantu mengenai diri dan carakerja Haliq. Setiap kali merantau apa yang penting ialah keterbukaan minda kita menerima alam sekitar, sebagai bloh yang ditulis Allah.

    4. Terus terang saya katakan, bermula dari silibus sekolah agama Johor (Kitab Mutaaal Badrain, Ilmu Tauhid sifat 20 dan yang lain) membantu sebagai asas pencarian. Dengan ayah mendalami Tariqat Naksbandiah (Kitab Didokul Akbar) dan bebagai kitab-kitab yang sensitif sekarang, menambah lagi cara-cara zikrullah yang sebenar, yang sepatutnya kita lakukan. Jadi masa sekolah rendah silibus sekolah agama Johor menjadi rujukan.

    5. Sekolah menengah R-1-3 saya terdedah kepada Tabliq. Ke sana-sini dengannya. Tetapi saya bagaimanapun tidak terlalu rapat sehngga terpaksa meniggalkan sekolah, sebagaimana yang berlaku kepada mereka yang terlalu taksub. Kerana kemiskinan, saya juga terpaksa bekerja untuk membantu keluarga. Tapi yang sai pasti minat saya kepada sain sangat mendalam, dan senitasa memikirkan applikasinya kepada agama.

    6. Tingkatan 4-5 di Melaka, saya samat berterima kasih kepada guru-guru, ustaz-ustaz yang mendedahkan saya kepada ABIM, GPMS dan pelbagai pengalaman berpersatuan. Saya ingat masa itu Anwar sedang di dalam tahanan. Tetapi yang pasti saya juga sentiasa menjaga batas-batan penglibatan dalam berpersatuan dan sangat mengutamakan pelajaran selibus sekolah.

    7. Berpeluang ke UK dibawah JPA, menambah pencarian pengalaman dengan yang saya ingat FOSIS Federation of Student Islamic Soceity lebihkurang begitu. Macam biasa jaga batas, pelajaran tak lupa, dunia pun tak lupa. Summer sempat bekerja petik strawberry, berbasikal ke Belanda, dan kegiatan lain biasa orang muda, jiwa mencari dan resah. Teringat saya pergi demonstrasi di London semasa Revolusi Iran, tetapi sentiasa mengamalkan kesederhanaan dalam berpersatuan. Pelajaran tetap tak lupa. Sepatutnya 5 tahun saya buat dalam 4 tahun dan pulang Malaysia bekerja dengan JTM, Jabatan Telekom.

    8. Lebihkurang 15 tahun bekerja pelbagai pengalaman kehidupan yang lebih pesat berlaku, Paling utama sains melekat dalam pemikiran saya sebagai sesuatu yang patut disatukan dengan agama. Walaupun pelbagai pesentren (di Medan Indonesia) yang dilawati, dengan pendekatan traditional atau modern, sains dan alam tidak pernah luput dari ingatan. Saya maksudkan disini sain ketuhanan, bukan sains gunaan. Begitu juga pengalaman berpuluh negara yang di lawati dan menetap, semuanya menambah pengalaman menserasikan sains dan agama.

    9. Sampai satu tahap, kekecewaan memuncak setaip kali saya mendengarkan ceramah dan pendapat yang anti sains. Tapi kerana jiwa ini tidak agrasif, saya hanya mampu tidak bersetuju di dalam hati sahaja, disebalik sekali-sekala bertukar pendapat secara lisan. Kemuncak tiba bila datangnya internet dan penyebaran debat creationist dan evolutionist. Saya begitu tidak bersetuju Muslim dan penyampai agama, dengan tidak berfikir panjang terus menolak teori-teori yang dikeluarkan sains.

    10. Akhirnya saya diberitahu abang saya bahawa ada web yang nampaknya tidak menolak sains, iaitu web Saifulislam. Ia memberikan nafas baru dalam mengemukakan pendapat saya berhubung sains dan agama. Pencarian Tuhan sekarang tidak keseorangan kerana ada Ustaz Hasrizal. Dari penulisan-penulisannya saya sedang mencari persamaan pendekatan. Saya tahu Ustaz sangat berpengtahuan di dalam bidang agama, dan mndanya terbuka kepada kemajuan sains.

    Semuga Allah sentiasa membuka minda untuk berfikir

  4. 4 shiha November 2, 2007 pada 4:57 pm

    Salam :)

    Merujuk kepada 10. Ruangan Tumpang (Pembukuan Saifulislam): Segan pula nak cerita kat Saifulislam, jadi saya cerita kat sini saja lah ye.

    Saya kat Surrey (UK) ni baru register sebagai PhD student. Alhamdulillah awal bulan 10 hari tu, dapat title student balik :) Sebelum ni pegang title Career Mother hehe.

    Hmm.. supaya tak memeningkan kepala Pak Din, let me introduce myself properly. Maaf ye, bahasa bercampur, otak dah rojak bila dididik dengan bahasa rojak sejak sekolah menengah :)

    Asal orang Kedah dan berkahwin dengan orang Penang (Mrs. Z actually, mana datang Mrs. K tu? hehe). Anak dah 2, dan insyaAllah menunggu due date 23/12 nanti untuk yang ketiga. Doakan saya!

    Sek. Men. di SM Sultanah Asma (F1 - F3), A. Setar. Sambung di MRSM Taiping (F4 - F5). Sambung lagi Medicine di UM (MBBS). Houseman di UH/PPUM (thus the story about my dear Consultant, Prof Wan). Waktu penghujung houseman was my turning point. Bila lahirkan anak pertama, (still during housemanship), it was such an overwhelming experience for me. Alhamdulillah, takde masalah dengan pihak atasan / seniors / nurses semua, cuma, saya betul2 berfikir panjang “Is this the life that I am looking for?” Dengan masa yang terhad dengan keluarga, kehidupan serupa bukan kehidupan, suami pun yang tak kurang sibuk, what will happen to my kid and future kids?

    Jadi saya ambil tindakan yang agak drastik dan join Ins. of Medical Research (IMR, Jln. Pahang) bila habis houseman dan bekerja sebagai Medical Officer di situ. Life was better. Dalam masa yang sama, of course I want to pursue further study. Jadi saya apply sebagai Trainee Lecturer under Fakulti Perubatan, UM. Tapi bukan untuk kursus specialist, tapi cukuplah Masters by Research. Just completed my MMedSci last 2006.

    As we know, new requirement by the university, semua lecturers kena ada PhD. So, here I am :) Sensorang di Surrey for the time being (one of the hardest decision in my family life - tinggalkan anak2, tengah pregnant, bulan puasa & raya..) sebab saya datang untuk registration process dan nak jumpa and discuss with my supervisor saja. Hee.. yang Pak Din tegur ‘ramai orang berqiam’ in one of the postings tu, saya kat Surrey bukannya pukul 4 pagi waktu tu hehe. InsyaAllah 10/11 nanti balik M’sia for the delivery and to do data collection kat M’sia. Doakan saya lagi agar semuanya selamat..

    A little bit more about me:

    http://nazatulshiha.blogspot.com/
    [dah setahun lebih tak update!]

    http://nazatulshiha.fotopages.com
    [ini pun dah lama tergendala hehe]

    http://susuibu.com/modules/newbb/viewtopic.php?topic_id=2353&forum=7&viewmode=flat&order=ASC&start=70 [scroll down ke bawah sikit, ada posting saya kat situ]

    and lastly,
    http://susuibu.com/modules/newbb/viewtopic.php?topic_id=2349&forum=7&viewmode=flat&order=ASC&start=20

    Wasalam.

  5. 5 shiha November 2, 2007 pada 5:09 pm

    opps tambah sket.. link yang last skali tu, sila baca posting saya yang pukul 23:00 tu ye, bukan yang 12:44 tu. Sekian, terima kasih.

  6. 6 shar November 3, 2007 pada 1:01 am

    Noted and understood. Askimet caught due to links probably.

Tinggalkan jawapan